Monday, August 18, 2008

Kawan Version 1.0


Yup! Mereka penting sekali! Takda kawan tiada kehidupan… Kalau nak dikira, aku memang slack sikit pasal kawan ni. Tapi bukan bermakna aku “kera sombong” plak. Aku memang appreciate mereka-mereka yang wujud dan sudi berkawan ngan aku. Thanks sangat, tanpa kamu apa la kehidupan aku? Baru-baru ni masa tahlil arwah nenek aku, aku “dibenarkan@membenarkan diri sendiri” untuk mengambil cuti selama seminggu lebih awal. Alhamdulillah.. memang tenaga aku amat diperlukan semasa tahlil itu dan Alhamdulillah jugak sebab kami mempunyai jiran-jiran yang sedia membantu mana yang patut and masa tu la jugak aku berpeluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan semasa kecil yang sama-sama berhingusan dan bermain lopak air depan rumah. Mungkin sebab aku tak pandai jaga kawan, kami dah rasa janggal betul. Atau mungkin bahan cerita dah berbeza. Manakan tidak, mereka dah mula bercerita pasal anak-anak atau anak dalam kandungan dah masuk berapa bulan and banyak la lagi cerita-cerita yang berkaitan ngan itu. Kawan-kawan sebaya aku semua dah kahwin and dah ada anak-anak yang dah masuk darjah 1. Aku? Sekarang ini, mungkin aku dah semakin matang dalam berkawan. Aku sayang mereka-mereka yang sedang, masih dan pernah menganggap aku sebagai kawan. Aku rindu kawan yang jauh, aku care kawan yang dekat, aku mau kawan yang dulu. Aku ingin jumpa kamu selalu!

6 comments:

Anonymous said...

:) hemm bagus juga tu jaga kawan... tapi rasanya dah masuk zaman nak kahwin tu.. he..he..he.. wish u luck..jgn lupa jemput kalau kahwin :)

Anonymous said...

:) hemm bagus juga tu jaga kawan... tapi rasanya dah masuk zaman nak kahwin tu.. he..he..he.. wish u luck..jgn lupa jemput kalau kahwin :)

RIZALY said...

iya..iya..kwn2 x mau kwn..bila lg bah..ekeke..

Azzah 'Izzat' AR said...

alwayz be ur fren..

takziah atas pemergian nenek kau ya.. semoga dia ditempatkan di kalangan org2 beriman..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

anonymous: nanti datang eh... owh.. kameranya cool sekali ya..

moque: hihihi

azzah: thanks