Saturday, August 23, 2008

naluriku dan naluri kamu

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

AAC


yah.. aku dah dapat! CD dan DVD Ayat-ayat Cinta sedia untuk ditonton. Besok aku masuk da Terusan Sugut dan aku akan merindui kamu sangat. Taknak break off boleh tak? Aku mau kamu tau yang aku takkan bermaksud untuk melepaskan mu walaupun kamu ingin pergi jauh dariku.

Merdeka


Selamat hari merdeka yang ke 51!

Monday, August 18, 2008

Kawan Version 1.0


Yup! Mereka penting sekali! Takda kawan tiada kehidupan… Kalau nak dikira, aku memang slack sikit pasal kawan ni. Tapi bukan bermakna aku “kera sombong” plak. Aku memang appreciate mereka-mereka yang wujud dan sudi berkawan ngan aku. Thanks sangat, tanpa kamu apa la kehidupan aku? Baru-baru ni masa tahlil arwah nenek aku, aku “dibenarkan@membenarkan diri sendiri” untuk mengambil cuti selama seminggu lebih awal. Alhamdulillah.. memang tenaga aku amat diperlukan semasa tahlil itu dan Alhamdulillah jugak sebab kami mempunyai jiran-jiran yang sedia membantu mana yang patut and masa tu la jugak aku berpeluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan semasa kecil yang sama-sama berhingusan dan bermain lopak air depan rumah. Mungkin sebab aku tak pandai jaga kawan, kami dah rasa janggal betul. Atau mungkin bahan cerita dah berbeza. Manakan tidak, mereka dah mula bercerita pasal anak-anak atau anak dalam kandungan dah masuk berapa bulan and banyak la lagi cerita-cerita yang berkaitan ngan itu. Kawan-kawan sebaya aku semua dah kahwin and dah ada anak-anak yang dah masuk darjah 1. Aku? Sekarang ini, mungkin aku dah semakin matang dalam berkawan. Aku sayang mereka-mereka yang sedang, masih dan pernah menganggap aku sebagai kawan. Aku rindu kawan yang jauh, aku care kawan yang dekat, aku mau kawan yang dulu. Aku ingin jumpa kamu selalu!

Wednesday, August 13, 2008

Life so far...

18 Julai 2008 (Khamis)
Hari ni bilik guru SK Terusan Sugut berwajah baru. Go Green!!..

30 & 31 Julai 2008 (Rabu & Khamis)
Majlis Sukan Sekolah Zon Sugut 1 2008

Padang SK Terusan Sugut

Empat buah sekolah yang berada di kawasan Zon Sugut 1 iaitu SK Terusan Sugut, SK Pantai Poring, SK Tampat dan SK Obah berkumpul di sekolah aku untuk pemilihan wakil bagi sukan Zon Sugut-Paitan. Walaupun persiapan dibuat dengan tergesa-gesa tapi Alhamdulillah sepanjang majlis sukan berlangsung, tiada masalah besar yang terjadi. Kali ini, SK Terusan Sugut muncul juara keseluruhan.


1 Ogos 2008 (Jumaat)

Bangun pagi ni dengan badan masih lagi dalam keadaan letih kesan sukan tiba-tiba dikejutkan dengan ketukan pintu Kak Nanan (Guard SMK Terusan) and dia bagi note pesanan phone untuk aku dari pakcik aku. Pesanannya pendek tapi buat aku terkedu, “Neneknya dah meninggal dunia” Aku hanya mempunyai seorang sahaja lagi nenek yang tinggal. Seketika aku tidak dapat fikir apa yang aku perlu buat. Nasib baik Mahadir tiada apa-apa hal hari tu. Dia ja yang aku boleh fikirkan untuk tolong aku keluar secepat mungkin. Berharap sangat dapat menatap wajah nenek aku buat kali terakhir. Sepanjang berada di bot selama 2 jam aku tak keruan. Biasanya aku tertidur dalam perjalanan tu walaupun ombak agak besar tapi kali ni banyak sangat aku fikirkan. Serabut… Sampai di Sandakan, aku terus pi stesen bas Sandakan-Semporna. Aku kena ambik bas sendiri sebab abang aku dah balik malam sebelumnya. Rupa-rupanya, nenek aku dah meninggal malam sebelumnya (31 Julai) selepas Isyak. Malang sekali, bas ke Semporna dah tak ada, even bas pi Tawau pun dah habis. Aku terpaksa menunggu bas keesokan harinya. Tak dapat menatap wajah arwah nenek… 
Sampai di rumah, suasana agak lain dari biasa and aku faham… Masa itu kakak-kakak aku and Ina’ masih lagi bercerita saat-saat terakhir arwah. Paling aku tak boleh tahan, bila kakak aku cerita yang arwah menghabiskan masa 2 minggu sebelum meninggal dengan menjahit selimut. Dan selimut itu arwah jahitkan untuk aku. Paling sedih bila selimut tu tak sempat pun arwah nenek aku siapkan.. 


11 Ogos 2008 (Isnin)
Alhamdulillah, Ina’ dan Amma’ sudah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah. Jemputan untuk mengunjungi kota suci itu adalah yang ke tiga buat mereka. Sayu ja rasanya. Teringin sangat menemani mereka pergi ke sana. Bersama-sama beribadat di depan Kaabah. Ingin merasa betapa kerdilnya menjadi hamba Allah. Sebelum ini aku dah baca kisah Azzah dan Nasrah semasa kunjungan mereka ke Tanah Suci dan memang aku selalu terpanggil untuk bersama-sama menziarahi tanah para Nabi itu. Kalau boleh, aku ingin sangat pergi di usia begini, semasa tenaga masih kuat dan jiwa masih muda. Moga-moga beroleh keinsafan hakiki dan menghindar dari melakukan lebih banyak dosa. Beruntungnya mereka yang telah sampai ke sana dan aku berharap aku akan sampai ke sana dalam waktu terdekat ini.

Terkadang terbayang yang apabila aku jadi seorang ibu *;p* aku berharap sangat mengandungkan baby semasa di sana. Mesti kelahirannya menjadi lebih bermakna sekiranya lahir di tanah suci itu. Subhanallah… Hmmm… best gak berangan-angan camni kan *wink*.