Saturday, July 05, 2008

poliTikus

hai dunia...
aku bukan ahli politik, bukan pemikir politik, jauh sekali untuk memasukkan diri dalam arena politik. Tapi dengan keadaan ahli-ahli politik negara sekarang buat aku sedikit terusik. Apa dah jadi ngan pemimpin yang kononnya membuat keputusan untuk rakyat. Aku hanya sekadar mampu melihat dari kaca TV umah aku yang kecik tu, semua berita yang dipenuhi cerita-cerita menteri itu tuduh ini dan sebaliknya. Ada jugak tuduhan yang tak masuk akal, dan ada jugak yang mungkin boleh diterima akal. Aku tak memihak mana-mana walaupun aku adalah salah seorang penjawat awam yang harus menyokong boss. Tapi, pokok akan bergoyang kalau ditiup angin dan juga jika sekiranya ada sesiapa yang mampu dengan sengaja menggoyangkan pokok itu.

2 comments:

Anonymous said...

A'ho na ;) lawa pula ini kaler..

Anonymous said...

free ja ;)