Sunday, July 06, 2008

Ayat-ayat cinta-The Movie

Aku dah baca novelnya, and memang menyentuh hati. Tak sangka pulak diorang terbitkan dalam movie. Aku nak sangat tengok tapi... bagaimana kalau aku begitu jauh di pedalaman sana dan tak mampu mendapatkan apa-apa sumber. Kepada anda yang perihatin, silalah hantar cd ke apa ke ngan aku ya.

kawan

Dear Friend, even if I never talk to you again, you are special to me and you have made a difference in my life, I look up to you, respect you, and truly cherish you.
Yah! Aku tidak ada ramai kawan, dan hari ni aku kehilangan seorang lagi kawan, bukan sebab dia melakukan sesuatu yang menyakitkan hati aku dan bukan juga melakukan sesuatu meruntuhkan title kawan yang kami cuba bina. Aku mengaku, semua ini salahku. Aku tidak berhak menjadi kawan kamu. Maafkan aku, aku harap aku punya kekuatan untuk tidak hubungi kamu lagi. Aku harus putuskan hubungan kawan ini. Maafkan aku... Aku memang tidak pandai menjaga hati kawan.

Saturday, July 05, 2008

poliTikus

hai dunia...
aku bukan ahli politik, bukan pemikir politik, jauh sekali untuk memasukkan diri dalam arena politik. Tapi dengan keadaan ahli-ahli politik negara sekarang buat aku sedikit terusik. Apa dah jadi ngan pemimpin yang kononnya membuat keputusan untuk rakyat. Aku hanya sekadar mampu melihat dari kaca TV umah aku yang kecik tu, semua berita yang dipenuhi cerita-cerita menteri itu tuduh ini dan sebaliknya. Ada jugak tuduhan yang tak masuk akal, dan ada jugak yang mungkin boleh diterima akal. Aku tak memihak mana-mana walaupun aku adalah salah seorang penjawat awam yang harus menyokong boss. Tapi, pokok akan bergoyang kalau ditiup angin dan juga jika sekiranya ada sesiapa yang mampu dengan sengaja menggoyangkan pokok itu.