Friday, May 16, 2008

Me job


Tak terasa dah sampai jugak bulan Mei. Hari ni genap lah setahun aku bergelar Cikgu Jamaliah. Tapi rasa macam baru ja minggu lalu aku mendengar taklimat dan mendaftar diri. Even sekarang ni aku masih lagi merasakan yang aku seorang guru baru sebab banyak lagi benda yang aku perlu pelajari. Hidup memang tak akan pernah habis belajar walaupun pekerjaannya adalah mengajar ;)

Ini jugak bermakna dah setahun aku berjauhan dengan mereka yang aku sayang. Jauh dari family and dia. Honestly, sometimes bila terasa rindu dan agak susah nak berhubung dengan dunia luar, aku persoalkan balik apa yang aku dah buat, adakah aku dah buat keputusan yang terbaik dalam hidup aku? Ada masa-masanya aku penat, tetapi ada masanya aku gembira. Namapun kehidupan, tak semua apa yang kita lalui akan sentiasa seperti yang kita harapkan. Kehidupan harus diteruskan, dan pastikan melakukan yang terbaik agar kepuasan akan berbalas balik ngan diri sendiri. Pastikan apa juga keputusan yang telah dibuat, akan membuahkan sesuatu untuk diri sendiri dan mereka-mereka di sekelilling.

Hei kamu, honestly, masa mula-mula aku datang ke Terusan Sugut dengan separuh hati sebab aku tahu aku akan terputus hubungan dengan dunia luar. Aku even tak boleh bayangkan yang tempat ni ada elektrik, thank God diorang dah ada and public phone yang sebiji itu adalah adalah benda kegemaran dan paling mengujakan di sini.

Bila dah terasa betapa perlunya kehadiran seorang guru seperti aku di sini, segala kekangan itu terlupa sementara. Bukannya bertahun2 tak kuar pun, setiap bulan pun akan keluar.
Tengok budak2 ngan pelbagai gelagat yang menyakitkan tapi menyeronokkan, damai ja rasanya… Insyaallah, kemungkinan aku akan stay sini 5 ke 10 tahun lagi. Hohooo…

Ada beberapa pelajar pada mula aku jumpa mereka, baru mengenal huruf and sekarang dah boleh membaca walaupun bacaan suku katanya tersekat-sekat. Tapi ada jugak yang masih lagi yang agak lambat, at least dah kenal huruf dan dah boleh baca 2 suku kata KVKV (Konsonan Vokal Konsonan Vokal). Alhamdulillah, dah ada pelajar-pelajar yang pulih tapi bila aku gitau dorang tak payah masuk kelas Pemulihan lagi, diorang tarik muka. Sebenarnya, bila dah tak masuk kelas Pemulihan, mereka akan terlepas peluang nak bermain permainan yang disediakan, sebab tu diorang insist nak gak masuk kelas pemulihan walaupun dah lancar membaca. Layan ja la…

HAPPY TEACHERS DAY!!

I didn’t know that years of school and a university degree would be of little consolation when facing a room full of bright little eyes on the first day of school. I thought I was ready.

I didn’t know that five minute can seem like five hours when there is idle time and an eight hours school day far too short for a well-planned day of teaching.

I didn’t know that teaching children was only a fraction of my job. No one tells you about the conferences, committees and paper works…

I didn’t know that I would become such a scavenger and that teaching materials would feel like pure gold in my hands…

I didn’t know that it took so long to cut out papers, letters, draw and color pictures, laminate it and that were always “just there”….

I didn’t know that there would be children that I loved and cared for and stayed up late worrying about, who, one day would simply not show up and that I would never see them again.

I didn’t know that administration and co-workers that support and help you could make such a difference.

I didn’t know that I can’t always dry little tears and mend broken hearts. I thought I could always make a difference.

I didn’t know that the sound of children’s laughter could drown out the sound of all the world’s sadness.

I didn’t know that children could feel so profoundly. A broken heart knows no age.

I didn’t know that a single “yes ma’am” from disrespectful child or a note in my desk that says “You’re the best!” could make me feel I am on top of a mountain.

I never know that I could feel so much wiser, more tired, sadder and happier, all at once. And that I would no longer call teaching my job, but my privilege…

HAPPY TEACHERS DAY TO ALL OF THE TEACHERS AROUND THE WORLD

it is me struggling for 2 hours, just to reach you my dear children...

Saturday, May 03, 2008

Later

Lusa aku akan memulakan tugas semula,

Esok kembali lagi mengharungi lautan luas itu.

Tak lama lagi jumpa kamu ya kawan.

Jangan kita berlawan.. kita kan kawan ;)

Kawan harus berkawan,

Kawan bukan kawin.

;P

Ntah apa-apa ntah...





sekadar saja-saja

Friday, May 02, 2008

Ultimate Champion


Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 12 2008
Hari Rabu (30hb April 2008)
Padang SK Terusan Sugut


Tahun ni rumah sukan Biru bertukar nama menjadi Tok Janggut dan kehebatan makin bertambah sebagaimana hebatnya pahlawan sejarah itu. Buat pertama kalinya rumah Tok Janggut meraih kejuaraan. Johan perbarisan dan johan keseluruhan walaupun markah keseluruhan bersaing sengit dengan pencabar ke dua, rumah merah (Mat Salleh). Aku yang dengan tidak rasminya menjadi tukang amik gambar, kena ke sana sini walaupun di tengah padang yang kepanasannya mampu menjadikan aku hilang kecutean.. ;P. Ada ke masa sukan bawak payung pi mana2? Payung pun kaler ijau, ayu lagi tuh.. ekekkekeh... tak leh blah.. tapi walaupun aku mengheret payung pi sana sini, kulit aku tetap tebakar. huhuu... gambar2 ada lagi dlm flickr, kalau anda2 ada masa sila2 la jenguk

Hibernation Interrupted


Aku ingat bulan mei nanti baru aku kuar dari hibernsiku di Terusan Sugut, tapi nampaknya aku kena kuar jap and spent almost rm600 untuk ulang alik kuar masuk semata-mata nak copy soalan midyear exam. Tapi salah aku jugak sapa suh tak buat soalan and copy awal2 sblm masuk hari tuh!. silly me. Seriously, sekolah kena mintak copier dari KPM, payah jugak kuar masuk and meredah lautan luas untuk buat soalan ja. Cadangan lain?