Wednesday, March 26, 2008

ache


Baru ja 23hb yang lalu aku menempuh perjalanan 2 jam menaiki bot untuk sampai ke Terusan Sugut and sekarang aku kena kuar lagi. Guru Besar suh aku attend taklimat SPBT. Hari isnin hari tu dia gitau aku, masa cuti dia try contact aku tapi tak dapat coz dia tak suruh aku masuk dulu, suh attend taklimat NILAM yang sepatutnya dibuat pada pagi Isnin tu jugak. Huh! nyesal jugak aku tak call boss aku ni and gitau aku masih kat luar, kalau tak save sikit duit tambang bot aku and badan pun taklah sakit2 sebab terhempas masa dalam perjalanan tu.


Ombak masa masuk ahad hari tu taklah teruk sangat tapi sebab gelombangnya datang dekat-dekat (menurut botman tu la) so, bot yang kami naik tu sentiasa terhempas, and menyebabkan belakang aku yang menyandar pada bot tu asyik terhempas gak. Masa dalam bot tu tak terasa sangat tapi bila dah sampai umah, huh! tak larat nak bangun. Dahlah umah nak kena bersihkan coz dah ditinggalkan selama 2 minggu.


Pagi isnin, sakit-sakit badan masih lagi terasa, macam malas sangat nak bangun pagi, lemas, lenguh, mual, tapi demi anak bangsa (cheh!) aku gagahkan jugak. Masa rehat jam 10.20am, aku balik umah jap, ingat nak baring2 sebab umah and sekolah dekat sangat so aku tunggu sampai loceng masa rehat habis baru aku gerak ke sekolah balik. Tup..tup.. hahaha.. rupanya aku tertidur. Aku bangun ja, suasana sunyi jaa.. tgk2 jam dah jam 1 stengah tghari. MasyaAllah.. aku tetido rupanya.. lengkap ngan tudung and baju kurung. Huh! aku ada 3 masa yang aku missed. Harap halalkan ja yang anak-anak. yang aku pelik, biasanya kalau aku balik umah masa rehatpun, blum lagi abis masa rehat, budak2 tu dah datang ketuk pintu umah and bgtau yang lepas ni masa dorang masuk kelas pemulihan. Mungkin dorang dah datang kot, tapi aku tak sedar.. dah ada di alam ghaib.. ehehehe.. entah cemana la keadaannya masa diorang nampak aku tebaring syok layan mimpi masa tu ;p apa-apahal pun terlelap beberapa jam itu membantu aku segar semula.

1 comment:

Jsmn said...

kah kha. mesti student ko tengok air liur kau meleleh pastu lari ketakutan.