Saturday, March 29, 2008

Doa

Ya Allah Ya Tuhanku...
Seandainya telah Engkau catatkan....
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku....
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ketepian yang sejahtera dan abadi....
Maka jodohkanlah kami....
Tetapi ya Allah....
Seandainya telah Engkau takdirkan ....
Dia bukan milikku....
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah dia dari ingatanku....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan....
Menolak bayangannya jauh ke dada langit....
Hilang bersama senja yang merah....
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan....
Adalah yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....
Ya Allah.....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian....
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah....
Ya Allah.....
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka....

Wednesday, March 26, 2008

ache


Baru ja 23hb yang lalu aku menempuh perjalanan 2 jam menaiki bot untuk sampai ke Terusan Sugut and sekarang aku kena kuar lagi. Guru Besar suh aku attend taklimat SPBT. Hari isnin hari tu dia gitau aku, masa cuti dia try contact aku tapi tak dapat coz dia tak suruh aku masuk dulu, suh attend taklimat NILAM yang sepatutnya dibuat pada pagi Isnin tu jugak. Huh! nyesal jugak aku tak call boss aku ni and gitau aku masih kat luar, kalau tak save sikit duit tambang bot aku and badan pun taklah sakit2 sebab terhempas masa dalam perjalanan tu.


Ombak masa masuk ahad hari tu taklah teruk sangat tapi sebab gelombangnya datang dekat-dekat (menurut botman tu la) so, bot yang kami naik tu sentiasa terhempas, and menyebabkan belakang aku yang menyandar pada bot tu asyik terhempas gak. Masa dalam bot tu tak terasa sangat tapi bila dah sampai umah, huh! tak larat nak bangun. Dahlah umah nak kena bersihkan coz dah ditinggalkan selama 2 minggu.


Pagi isnin, sakit-sakit badan masih lagi terasa, macam malas sangat nak bangun pagi, lemas, lenguh, mual, tapi demi anak bangsa (cheh!) aku gagahkan jugak. Masa rehat jam 10.20am, aku balik umah jap, ingat nak baring2 sebab umah and sekolah dekat sangat so aku tunggu sampai loceng masa rehat habis baru aku gerak ke sekolah balik. Tup..tup.. hahaha.. rupanya aku tertidur. Aku bangun ja, suasana sunyi jaa.. tgk2 jam dah jam 1 stengah tghari. MasyaAllah.. aku tetido rupanya.. lengkap ngan tudung and baju kurung. Huh! aku ada 3 masa yang aku missed. Harap halalkan ja yang anak-anak. yang aku pelik, biasanya kalau aku balik umah masa rehatpun, blum lagi abis masa rehat, budak2 tu dah datang ketuk pintu umah and bgtau yang lepas ni masa dorang masuk kelas pemulihan. Mungkin dorang dah datang kot, tapi aku tak sedar.. dah ada di alam ghaib.. ehehehe.. entah cemana la keadaannya masa diorang nampak aku tebaring syok layan mimpi masa tu ;p apa-apahal pun terlelap beberapa jam itu membantu aku segar semula.

Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku, mengagumi tanpa dicintai,
Tak mengapa bagiku, asal kau pun bahagia dalam hidupmu,
Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu, menyambut diriku
Tak mengapa bagiku, cintaimu pun adalah bahagia untukku

Kuingin kau tahu diriku disini menanti diri mu meski kutunggu hingga ujung waktuku dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Cinta Dalam Hati by Ungu
Jangan salahkan aku, kalau aku dah sungguh jiwang sekali ;)

Tercipta Untukku

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Saturday, March 22, 2008

Book..book...

Aku dah selamat sampai kepangkuan keluarga di Semporna. Alhamdulillah... Seminggu di KL dengan aktiviti yang macam-macam buat aku tak sedar aku dah menghabiskan cuti sekolah. Esok masa aku untuk menemui mereka-mereka yang dahagakan ilmu nun jauh di pedalaman sana. Semoga usaha untuk menjadikan mereka anak bangsa yang berguna akan tercapai. InsyaAllah..
Aku dah berjaya mendapatkan beberapa koleksi bahan bacaan untuk mengisi masa-masa terluang bila sampai di sana nanti, yang terbaru adalah novel thriller dari Bill Napier, Nemesis dan Shattered Icon. Aku just amik masa beberapa minit untuk membuat keputusan membeli dua buah buku ni coz di kulit buku tertulis "Fans of Dan Brown take note", so aku telah membuat andaian yang tulisan beliau jugak sehebat tulisan Dan Brown, tengok ja la nanti. Selain itu aku start cuba membaca tulisan Sidney Sheldon, dah lama aku tau pasal penulis ni tapi aku belum lagi membeli buku hasil tulisan beliau dan The Doomsday Conspiracy adalah yang pertama. Aku beli pun sebab kami singgah di Amcorp Mall hari tuh and terjumpa sebuah kedai buku ayng kat luarnya tertulis "Read More Pay Less" memang betul pay less coz harga bukunya memang murah! Novel2 yang berharga RM30++, dijual dengan harga RM 17.90. Huh! Apasalla aku tak perasan kedai ni masa aku duduk kat KL dulu.. Next book yang aku beli adalah buku yang dicadangkan oleh seorang kawan yang bertajuk Ayat-ayat Cinta, hasil tulisan Habiburahman El Shirazy, datang dalam beberapa versi and nasib baik aku terbeli versi Bahasa Melayu. Novel ni bukan novel Melayu yang pertama aku baca tapi novel Melayu pertama aku beli and sekarang aku sedang menghabiskannya. Thanks for your suggestion.. memang touching.. Lain dari tu aku menambahkan lagi koleksi buku Sudoku yang sememangnya amat bermanfaat untuk otak aku yang hampir nak beku ni. Aku jugak beli satu buku yang memang berbeza genre dengan buku-buku yang aku baca sebelum ini, bertajuk Penenang Jiwa. sebenarnya buku ni aku beli dengan tidak sengaja, cerita disebaliknya, just aku dan dia saja yang tahu ;)

Monday, March 17, 2008

Got Heroes on my palm

Siap memasukkan 3 episod Heroes ke dalam iPod. Tak sabar nak menontonnya, tapi aku save sehingga aku terperangkap dalam kebosanan pada masa akan datang, especially semasa menaiki bus Semporna-Sandakan yang akan mengambil masa hampir 5 atau 6 jam. 3 episod, bermakna aku akan mengisi masa aku dengan menontonnya selama 2 jam stengah and selebihnya lagi aku akan tido.. hehehe... itu cerita akan datang, sekarang ni aku ready untuk menonton midnite show, Spiderwick Chronicles.

Escape to PD


15 March 2008 - Port Dickson
Bertolak ke PD ngan menaiki keta Amin (coursemate Arief), sampai agak lambat iaitu almost jam 9 mlm. Nasib baik ada beberapa kawan Arief dah sampai dulu and setelkan apa yang patut. Bila sampai sana kami just menyambung tugas2 yang belum siap, acara BBQ. Tent and watsoever dah siap terpasang.. Ahli BBQ kali ni terdiri dari 3 dara iaitu aku, Nurul dan Lia serta 6 jejaka Arief, Safik, Amin, Man, Pjal dan Ariel (Kome) sambil dibantu oleh 3 keping keta seperti dalam gambar ;). Gambar yang lain aku upload kat Flickr.

Saturday, March 15, 2008

Musics Maximum: iPod Touch

Aku menghadiahkan diriku dengan sesuatu yang cool di harijadi yang ke 27 tahun. Boleh la aku mendengar muzik dan menikmatinya ke tahap maksimum. Aku rasa aku adalah orang yang paling cool sekali once aku membuat keputusan untuk memiliki gadget ini. haha...


4th day-KL

Tak sedar dah masuk hari keempat di KL, banyak aktiviti and semuanya hanya melibatkan seorang makhluk.. haha.. Bukannya lupa ngan makhluk yang lain tapi belum lagi ;)

Thursday, March 06, 2008

conversations

Conversation part 1 - Someplace on earth

Beberapa bulan lalu…
Saya : awak sayang awek awak?
Awak : hmmm…. Mungkin….
Saya : hah! Mungkin ja?
Awak : hmmmm… iya…
Saya : hmm…

Tak lama selepas itu…
Saya : kalau awak ada isteri nanti, awak panggil dia apa? “Awak” ja eh?
Awak : Eh! Apa pulak panggil “awak” ja? Tak romantic langsung…
Saya : habis tu?
Awak : panggil la “sayang”….
Saya : senyum…

Kelmarin…
Saya : bila awak panggil awek awak “sayang”?
Awak : tahun depan kot….
Saya : tahun depan??
Awak : Macam mana kalau saya cakap hujung tahun depan?
Saya : diam… gigit bibir…

Akhirnya awak berjaya melakukan apa yang saya selalu nak awak lakukan…kot… ;) tahniah…

Conversation Part 2
Somewhere around Sandakan City

Aku: macamana agaknya mau kenalkan kekasih kita seorang ustaz ngan mak kita eh?
Anis: mungkin camni kot:
Anis: Mak! Ni aku kenalkan bakal menantumu.
Mak Anis: Siapa namanya?
Anis: Namanya Ustaz… (tak sempat sebut nama!)
Mak Anis : Ok!..ok!!.. setuju!...

Aku : hahhahhaaaaa…. Gigit bibir