Wednesday, January 31, 2007

Alhamdulillah

Hari ni Faz, Patmah ngan Yan terima berita gembira. Diorang dapat tawaran jadik cikgu. Alhamdulillah... Harap diorang happy selalu...

Monday, January 29, 2007

Gimme 5

Post ni dedicate to jasmin. Thanks coz bagi aku idea untuk mem'fungsi'kan printer aku yang tersadai jak. Aku promo company sikit ek! Mesti kalau boss aku tebaca ni, dia bagi aku bonus dua bulan gaji. hehehe...

Flora Fest 2007

Sabtu, pegi Flora Parade kat Putrajaya. Huh! Napa la diorang promo tak cukup info, iklan tulis putrajaya ja tak spesifik, putrajaya tu bukan sekangkang kera. Kami parking kat tempat yang ramai org paking, pastu menapak punya jauh sebab tak tau info. Hahahha.. salah sendiri gak, napa tak tanya. Oleh kerana kami lambat sampai ( coz tak tau kat mana + pi bekpes dulu) sampai kat Dataran Perdana tu, keta2 bunga tu sedang masuk khemah pameran. Sempat la tgk beberapa keta sebelum diorang masuk. Huh! panas gila kat situ. Nasib baik khemah tu diorang bukak hari tu jugak tapi kena bayar RM 2.00 takpa.. takpa... Best!
Winner of the day, Penang Pacik KFC pun ada... yummy

Backdrop


Theme Trophy.. Sabah


Friday, January 26, 2007

Ceria :D

Hai! hai! hai! anda-anda semua! Apa khabar hari ni? Tetiba pagi ni aku menceriakan diri sendiri. Be positive! Arip tak berapa sihat and sengal-sengal, maybe sebab tiap2 hari bawak motor jauh2. KL-Shah Alam-Serdang. Tak tau nak tolong cemana. Oleh sebab itu, aku kena ceriakan diri sendiri supaya dia sentiasa gembira.. hahahha.. apa-apa tah!
Big sorry to Jasmin and frens, kami tak dapat join Pangkor next week. Lain kali kalau ada acara lagi, jangan tak ajak lak! Kali ni ja kami mengkenselkan penyertaan sebab masalah yang tak dapat dielakkan.. ;) Hahaha..
Sebenarnya takda benda nak update... Kehidupan sama ja stiap hari. Pegi opis, duduk kat opis, pi makan, masuk opis balik, tepat jam 5.30ptg kuar opis. Arip pun pi kelas, so takda la dating selepas waktu opis. Takda event untuk minggu-minggu ni. Mungkin besok aku nak ajak Arip pi Putrajaya, tengok bunga-bungaan. hiks!
Owh! Semalam aku tertengok satu program kat 8tv, What woman want, dah lama dah kot program ni bejalan aku jak tak perasan coz tak banyak tgk tv akhir2 ni. I tot program ni cam citer-citer mencari jodoh but it different! Tapi cam biasa la, ada lelaki2 yang macho and struggle untuk menonjolkan diri. Diorang kena pastikan diri mereka mempunyai ciri2 yang diingini oleh wanita. One of the guy name Hafiz, dia memang cute tapi compare to others dia taklah standout sgt. Tapi dia good at heart, so natural, kampung boy yang tiada kepura-puraan. Tengok sekali dah tahu dari wajah dia. Jatuh cinta? Oh tidak sekali-kali! This week task diorang kena berjalan dalam hutan wearing only 'sarong'! hahaha.. freak!
Apa lagi? hmm.. camps akan hanya akan bermula bulan April. Banyak masa akan dihabiskan di opis.. Boring gak! Nak pi travel, nak gi camp, bergerak!
Ok la chiow!

Gambar tiada kaitan ngan entry. Saja ja nak letak untuk hiasan. ;p

Tuesday, January 23, 2007

Mau...mau

Aku nak headfon baru yang best! And aku nak MP3 player yang best. Pastu aku nak speaker baru yang best coz nak cucuk kat laptop yang speaker dia dah pecah gila b***. Aku nak sambung wireless. Aku nak itu, aku nak ini... Sapa nak blanja aku? Bestnya kalau aku banyak duit, mesti bahagia...

Friday, January 19, 2007

B****t

Fuh! Maxis Planner dah sent out. Leh benapas sikit, kalau tak memang tak tersedarpun masa belalu, sibuk. Nasib baik bos belanja makan tghari, kalau tak memang aku kena gastrik la. Semalam 19th monthniversary, hmm... tak macam selalu tapi still trying untuk bersama on 18th. Untuk tahun ni and 4 tahun seterusnya, macam ni la kot. The day before (17 jan) jasmin ajak pi cm. dia bagi donate untuk flood victims kat johor, aku tak sempat nak prepare apa-apa. Just tengok je la event malam tu. There were group yang main musical instruments yang aku pun tak tau apa ke namanya, its like 'bonggo' macam dalam cerita p.ramlee dalam versi yang besar, nanti aku cari la info pasal benda ni. Teruja gak tgk dorang main, teringat bunyi-bunyian yang selalu aku dengar back in my homeland bila ada majlis kawin. Rindu nak balik kampung... duk umah berlama-lama. Naik kat tingkat 3 annexe CM tu, ada tarian tradisional, sayang sangat aku tak bawak kemra. Pastu ada satu band yang main, walaupun aku tak tau nama band tu since aku tak brapa involve dlm scene malaysian music. Tapi enjoy gak performance diorang. Awal-awal tu aku just tgk kepala and bahu org2 kat depan aku jak sebab mostly yang datang hari tu foreigner dalam bentuk yang besar2 tapi aku sebat je kerusi kat belakang and hasilnya aku sempat gak tengok bontot vocalistnya yang extreme and berani. Nasib baik aku tak bawak kemra, kalau tak, bole la aku upload gambar menjilat yang unsensored. hahaha.. lucky guy!

Jom membantu kengkawan yang umah mereka ditenggelamkan oleh banjir..

Monday, January 15, 2007

moody

Hari ni takda mood la.. Aku tak tau kenapa... Rasa macam dah penat hidup. Aku nak becuti lama. Pegi mana-mana, bercuti kat luar negara yang takda sorangpun kenal aku. Nak buat apa yang aku suka tanpa perlu berfikir apa yang orang akan fikir bila aku buat sesuatu. Aku nak jadik orang lain.. sesuatu yang lain... Argh.. sesak nafas!

Weekend

13 Jan Zouk: Republic of Brickfield 13 Jan Zouk: OAG 13 Jan Zouk: Butterfingers 14 Jan Ampang Point: WGSB Bowling Tournament

Thursday, January 11, 2007

Beautiful Agony

Met him, held his hand, told him that I love him, see his face everyday, call him everynight and told him that I already missed him. Get up in the morning, call him and tell him that I love him.. again and again... He is part of me, the other side of me, complete me... I am nobody without him... But we are not gonna see each other everyday like we used to but I know that he is always be there for me. Thats why I am still here, waiting for this agony comes to an end.

Tuesday, January 09, 2007

Friend: Friend & Boyfriend on 8tv

Jam 11.30 malam, 8tv Quickie hosted by Rina and a bold guy (dun know his name actually.. heheh) Talking about something and suddenly ms. Rina talked about go blogging and then, there were familliar faces appeared! hahaha Guess who?!

Friend: Butters & Friend

First time masuk Zouk! hahaha... selama ni aku lalu kat situ and membayangkan apa kah isi kat dalam. Arief ajak aku tengok Butterfingers & Friends last saturday. Dah lama tak head banging, sejak aku bertukar jadik ayu ni. ahhaha... agak lama benda-benda ni aku tinggalkan. Bukan sebab dah tak minat tapi sejak duduk KL ni aku tak tau nak amik source kat mana. Luckily Arief ajak aku... Thanks.. memang nak pegi dari dulu pun, selalu takda peluang. Only a few yang aku kenal actually, Prana, 7collartshirt, LoveMeButch and Butterfingers. AKu tak selalu dengar lagu diorang tengok sekali dua je kat TV. Untuk gambar2, aku tak dapat nak upload coz malam tu aku tak bawak personal kemra, aku just jadik fotografer rasmi kepada En. Arief. Tapi seriously aku enjoy sangat show malam tu and looking forward for the next show, not gonna miss it!

Monday, January 08, 2007

Friend-NewHousemate

Hari sabtu hari tu umah aku bertambah ahli lagi. Sorang member baru, Kak Cha dari kedah meramaikan lagi umah kami... Heheh tak la aku tengok muka Er and Er tengok muka aku jak! Kalau ada rezeki mungkin dia akan diserap masuk WGSB gak, hehehehe... Housemate, Officemate, Universitymate, Storymate... nak mate apa lagik!? Roommate aku? sudah semestinya Bing-bing yang comel! Aku peluk, gomol, tumbuk, gigit, tapi dia tetap tersenyum... buat aku betambah geram.. ;) Thanks to My Hubby coz u gave me such a cute companian.


Friday, January 05, 2007

Gudbai Mirmo

Esok hari sabtu, biasanya aku akan tertunggu hari minggu sebab nak bangun awal and redi kat depan TV3 sebelum jam 8 pagi. Nak tengok katun punya pasal, Mirmo Zibang!.. Hehehhe... Tapi start last week, aku bangun dengan hampa bila aku tengok bukan Mirmo lagi yang ada depan mata... Warghh! DOrang dah tukar dah! Mana aku nak tgk katun tu lagi.. Dahla takda jual kat kedai.. puas aku pusing satu MAlaysia cari CD ke buku ke tapi tak jumpa gak! Cari kat Youtube pun tak puas hati tul, semua video dalam bahasa yang tak difahami. Hmmm... Nak tengok kecomelan pari-pari tuh! Nak dengar suara Hanzo and Sasuke.. Pengikut Yash yang ikut jerk! huhuhu... Hidup aku tak bererti tanpa pari-pari.... Gimme back my pari-pari!!


Thursday, January 04, 2007

4 years Route

Semalam Arief ajak temankan dia tengok route sepanjang ofis-Uitm. Selama 4 tahun ahead, dia akan menghambakan diri ngan dewan kuliah sekali lagi. Wish him luck! Next week (8th Jan) bermula la kehidupan dia semula sebagai pelajar universiti. And aku telah melantik diri sendiri sebagai PA dia and aku akan menyokong sedaya yang mampu, u have me my dear... dun wori! ;)

NewYear+EidAdha

Selamat Tahun Baru And Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tahun ni aku tak berkesempatan mengajak kawan buat umah tebuka kat umah sempena Aidil Adha. Sori la ye, karang kalau aku kaya sikit aku ajak laa... Pagi raya aku just pakai baju kurung untuk feel hari raya pastu ajak Er pi umah kakak aku (umah aku dulu) and makan apa yang dia sediakan.. hahaha.. at least merasa gak aku beraya kat umah lain.
Malam tu aku and Er just habiskan masa kami berkubang kat ruang tamu and tengok bunga api dari tingkap jak.. kalau bunga api tu terbang tinggi sikit, dapat la kami tengok kalau tak, dengar bunyi je laa.. Syok jugak betenggek kat tepi tingkap ni menunggu kalau-kalau ada nasib, tambahan plak umah aku kat tingkat 4. Kalau kat basement memang aku tak merasa la tengok bunga api.



Semalam (3hb Jan) birthday kakak aku yang ke 27! Kalau kakak aku tua setahun dari aku, maknanya umur aku adalah:_____ hahahhahaha!!! Jawapannya akan diberikan dalam entry akan datang...