Friday, June 16, 2006

Ordinary

Tiap hari aku naik bas balik dari ofis, bila la agaknya aku leh tunggang skuter aku tuh! Time will come.. Tak brani lagi bawak jauh2. Aku bukan nak crita pasal skuter aku but nak crita tentang satu iklan kat salah satu bas kat kl nih. Aku tak ingat iklan coffee jenama apa, yang aku tau iklan tu letak slogan "U're Extraordinary why take something ordinary?" Hmm... Memang betul apa yang dia cakap tuh... Sesuatu yang luar biasa akan kelihatan janggal bila berada dengan yang biasa. Memangla benda luarbiasa dan biasa tuh kan jauh berbeza, walaubagaimana sekalipun perbezaan itu try untuk diletak ke tepi tetapi ia tetap berbeza. Buat la macamanapun ia tetap berbeza... Aku rasa samalah halnya dengan manusia ciptaan Allah ni.. Memang la semuanya makhluk diciptakan berbeza kalau sama, kang ada yang tertukar bini pulak!. Perbezaan tuh ada kalanya membawa kesempurnaan dan adakalanya membawa kesengsaraan. MAcam coffee ngan coffeemate, ada orang yang takleh minum coffee kalau takda coffeemate and ada yang tak dapat minum bila someone letak coffeemate dalam minumannya. Hmm.. memang manusia berbeza...
Apa akan jadi bila seseorang sedaya upaya untuk meletakkan perbezaan itu di belakang? Hmm.. Belakang is still belakang, still there... walaupun dibelakang, kita still leh lihat perbezaan itu.. Kalau kiri?? Kanan?? sama jugak! Depan?? Lagilaa... Kesimpulannya, walaubagaimana sekalipun kita try untuk meletakkannya di mana-mana dalam hidup kita, ia masih ada di sana... dalam hidup kita.. takkan mati.. Melainkan kita hapuskan perbezaan itu.
Timbul pulak persoalan bagaimana nak hapuskan perbezaan?
Mungkin kita leh ubahkan mana2 pihak kat mana patut... KAtakan lah satu situasi A dan B. kalau pihak A nak perbezaan itu tiada, dia kena sama macam yang di B, dan begitu jugak sebaliknya..
Ataupun... nak hapuskan perbezaan antara A dan B yang memang nyata berbeza dan takleh nak diperbetulkan lagi... A atau B boleh cari cara yang lain contohnya, cari pihak yang lain pula, katakanlah pihak C ada cara yang sama dengan salah seorang antara mereka, so amik je la pihak C supaya takkan timbul lagi persoalan perbezaan yang saling membebankan perasaan...
Biar lah ada persamaan barulah timbul keserasian...
ExtraOrdinary biar lah dengan extraordinary...
And Ordinary Girl... Let her fly... By herself...

Wednesday, June 14, 2006

2nd Final Destination

Sampai gak aku kat Wilayah Persekutuan Labuan nih! Nama ja orang Sabah tapi tak penah lagi jejak kat sini. 12hb aku landed kat airport Labuan... MAke it 2nd last state yang aku belum lawati. So, sekarang ni, tinggal Melaka ja aku lum jejak tapi awal bulan Julai nih aku pegi ah... aku rasa Maxis ni memang memahami aku laa.. diorang tau aku lum pi 2 negeri nih lagi sebab tuh kot dorang buat kem kat sini. Ataupun, petanda yang menunjukkan destinasi yang terakhir adalah kem terakhir aku. Who knows??... Memang aku hepi ngan apa yang aku buat sekarang, earn money and still buat charity.. tapi I have family that i have to take care.. Aku dah lama tak stay kat parents aku di Sabah... Miss them so much!! Sometimes aku rasa berdosa sangat coz time aku pegi dulu mak aku tak setuju sangat. Walaupun dia relakan aku pergi tapi dalam hati siapa tahu, dia nak sangat anak-anak dia stay close ngan diorang sebelum.... Aku pun fikir macam tuh, dahlah kecik2 dulu nyusahkan mak bapak. Aku ngaku aku bukan budak baik sangat tapi takla jahat sangat ;)... Aku harap sangat aku dapat peluang balik Sabah and berbakti ngan parents tapi, aku tak tau nak buat apa karang kalau aku balik. Memang aku ngaku yang akupun terikat ngan semenanjung tapi still... My hometown always the greener...