Tuesday, December 24, 2013

Berhabuk!

Assalamualaikum..

Internet 24/7 di rumah pada waktu cuti sekolah pun tak membantu menaikkan semangat dan kerajinanku untuk post apa2.. Semangat berblog suda hilang kot. Mungkin sebab busy melayan Aaira, dan buat kerja2 di rumah.. Iye keee??? ke memang malas.. ahahhhahahaa.... Dah hampir setahun sejak last post. Memang pemalas aa!.. 

Aku kononnya nak buat blog khas untuk Aaira, dah create dah pun tapi.... habuk jek adaaa.. ahahaha.. dah nak masuk 2 tahun dah budak ni. Banyak perkembangannya yang dah terlepas. Kalau boleh nak post di internet sebab lagi secure. Sekarang ni ambik gambar n video pakai phone jak. Tapi problemnya kalau phone tu hilang/dicuri.. memang haru laaa... Macam kejadian pecah rumah masa RAmadhan aritu, henfon aku yang berisi video Aaira baru nak belajar berjalan ada dalam tu, tak transfer lagi. Nasib baik satu aku post ke fesbuk, jadi adaaa laaa jugak... Moralnyaaa.. Selalulah transfer gmbar ke laptop/pc and cuci gambar tu sebab manalaa tau laptop plak yg dikebas.. hilang semua kenangan.. kannnnn...

Hari ni hari sebelum christmas. Minggu terakhir sebelum sekolah dibuka balik. Tahun 2014, SK Jalan Semenyih 2 akan memulakan sesi petang pulak. Tak pernah lagi merasa sesi petang. Even masa zaman sekolah pun tak penah. Guru-guru lain cakap, kalau sekolah petang agak penat. Mudah2an aku boleh mengurus kehidupan kami dengan baik. Cuma problem sekarang adalah, Aaira tak lagi dijaga oleh pengasuh bos Arip, so memang kena cari pengasuh/nursery yang terbaik untuk Aaira.

Jumpa di tahun 2014!!!!


Wednesday, January 30, 2013

1st 2013 entry

Nak tunggu internet pasang di umah baru nak post memang bersawang laa blog ni.. and kalau dah pasang pun tak tau rajin ke tak.. tau2 jek laa.. orang baru nak berumah dan complete ngan tangga ni agak kucar-kacir sikit... ;P

Dah sebulan officially pindah mengajar di SK Jalan Semenyih 2, Kajang sejak 2 Januari hari tu. Alhamdulillah.. Walaupun agak penat berbanding mengajar di SK Terusan Sugut tapi kepenatan macam hilang begitu sahaja bila balik rumah dan boleh berehat bersama suami and Aaira.. Baru terasa kehidupan yang complete.. Syukur Alhamdulillah.. 
Sejak aku mengajar di sini, jadual semua orang dah berubah.. Jadual aku, jadual suami, jadual Aaira. Kalau di Terusan dulu, paling awal aku bangun jam 5, sebab subuh pun dah jam 4.40++.. So, bila bangun dah bole subuh and bersiap ke sekolah yang beberapa tapak jek dari umah. Kalau hari2 keuzuran, bangun jam 6.30am pun bole sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi.. :).. sempat laa jugak sarapan, borak2 sikit ngan housemate pastu pegi sekolah.





Di sini, bangun jam 5 jugak tapi kena bersiap gile-gile pya.. lambat 5 minit jek, jadual akan berubah.. so, kalau aku decide tak buat breakfast, bangun kena sharp jam 5. Kalau buat breakfast, kena bangun awal lagi (baru sekali jek masak pagi2.. ;P tu pun sebab nak sahur).. Lepas subuh ja, gerak terus.. Oleh kerana kami masih hanya mampu memiliki 1 kereta, jadinya Arip yang sepatutnya masuk opis jam 8.30am pun, sekali gerak awallaa jugak.. Dalam jam 6.48 sampai aa di sekolah.. Patu dia anta Aaira plak di seksyen 3 bangi.. pastu gerak ke opis dia di seksyen 7..

Nak balik lak, abis sekolah jam 1.10pm, tumpang kawan ke seksyen 7, aku ngan Arip lunch sesama pastu ambik Aaira and hantar balik umah di Serdang, pastu Arip patah balik ke opis dia. So far mcm tu laa rutin kami selama sebulan ni. Kesian jugak tgk Arip kepenatan kehulu ke hilir. Kalau ada rezeki lebih, boleh la ambik satu keta lagi.. kalau tak, bertahan la dulu dengan rutin sekarang. Apa yang penting kami dah duduk bersama, semua akan ditempuhi bersama.. InsyaAllah .. :)