Sunday, November 04, 2012

ALHAMDULILLAH

Syukur Alhamdulillah..

Allah Maha Berkuasa atas semua hambaNya.

Setelah 5 tahun, akhirnya...


Terima kasih atas doa yang tak putus-putus dari keluarga dan rakan bagi memungkinkan aku, suami dan Aaira dapat tinggal sebumbung. Syukur Ya Allah... 

Semalam, aku, Kak Jiang, Ani and Nenny jalan-jalan pusing di Kampung Terusan Sugut. Memula nak jumpa  makcik Tu yang baru ja dapat cucu baru. Oleh kerana jalan agak becak, jadi kami ambil keputusan untuk pusing keliling gunakan jalan bersimen. Entah napa terdetik di hati untuk singgah di rumah-rumah yang aku tak penah naik. Ia semacam satu petanda... Nasib baik dah nak masuk maghrib and kami terpaksa balik. Rupa-rupanya, Allah bagi aku peluang untuk berjumpa dengan orang kampung and bermesra dengan lebih rapat sebelum aku menerima keputusan yang sangat menggembirakan pada hari ini. MasyaAllah.. sehingga saat ini aku masih lagi belum boleh menerima kenyataan yang aku akan berpindah. Allah Maha Mendengar... 

Bermula hari ini, sehingga cuti sekolah bermula, banyak yang aku perlu selesaikan.. Naik rumah orang kampung yang aku tak naik lagi, kemaskini semua kerja, surat penyerahan tugas.. kemas barang... Ugh! terasa seperti angel di tengah-tengah snow.. 

Jadinya.. Mari sujud syukur bersama-sama kami.. :) Terasa nak peluk semua orang ja saat ini.. mmmphhhh!!