Friday, July 06, 2012

Unofficial Maternity Leave

Assalamualaikum...

Esok aku dah keluar dari Kg. Terusan Sugut ni. Walaupun due aku pada 25hb tu masih agak jauh, tapi memandangkan kedudukan bayi yang masih melintang, Klinik Kesihatan Terusan Sugut suggest aku buat pemeriksaan doktor. Silap2 aku boleh kena tahan terus, untuk bagi dorang tgk perkembangan baby. Jadinya aku terpaksa bercuti lebih awal dari yang sepatutnya. Walaupun guru besar aku agak ragu and siap suruh aku masuk balik kalau doktor cakap semua ok.. Masuk balik dengan keadaan laut bergelora dan perut kembang adalah sangat tidak sesuai ok..

Menurut pengalaman dari kawan-kawan yang menjalani ceasar, sekiranya kaedah ini terpaksa dijalani, seseorang ibu yang mempunyai bayi melintang perlu dibedah dua atau satu minggu sebelum due. Kalau mengikut perkiraan, 2 minggu sebelum due aku adalah pada rabu minggu depan 11 July dan seminggu sebelum due adalah pada 18 July. Aku tidak la mengharap untuk dibedah.. Gila ke ape.. Tapi kalau itu ja kaedah untuk menjadikan baby kami selamat, InsyaAllah, aku redha jek.. 

Aku tak tau kalau aku di luar nanti aku senang nak access internet ke tak.. Jadinya, sebelum aku off dari dunia maya ni, aku nak minta ampun dan maaf kepada anda-anda yang membaca blog ni. Sekiranya aku pernah buat salah kepada korang, harap maafkan. Halalkan makan minum yang sengaja atau tak.. Sekiranya ada terhutang, bolehlaa tinggalkan komen and bagitau amaun hutang, supaya waris aku boleh langsaikan. :)

Me at early of 9th month.. kembang bulat dengan berat 70kg!