Sudah sangat lama tak update.. bukan sebab busy atau tiada connection internet, atau bukan sebab takda benda nak share... Tapi cuma.. entah... takda alasan.. ehehehe :) dan oleh kerana dah lama sangat tak update, entry kali ini agak panjang.. :)
Hari ni nak cerita pasal our bundle of joy. Walaupun sudah 3 tahun kami kahwin, dan oleh kerana jarak yang jauh, kami telah buat keputusan bahawa kami ingin menunda niat untuk menambah ahli keluarga. Tapi bila dah kira2, umur dah meningkat, kami gagahkan juga bercahaya mata walaupun aku masih lagi jauh di sini...
Sejak November lalu aku dengan rasminya telah disahkan mengandung. Alhamdulillah... yeay! I got a baby in my tummy! rasa lengkap kewanitaanku.. :)
Aku mula perasan bila period aku dah missed seminggu.. So, bila aku fly balik ke Serdang, aku minta Arip belikan personal test tube. Oleh kerana aku sangat excited, aku tak baca pun arahannya. Aku just bukak lari dalam toilet and test...
gambar test tube yg telah lama di simpan... |
Lepas test, dalam beberapa saat ja aku dah dapat keputusan. Aku bole nampak aku pya urine tu begerak and tetingkap result jadik merah. Aku tak tau perasaan aku masa tu, gembira, tak sangka, risau pun ada...
Aku bagitau Arip result and dia tya:
"Kau dah baca arahan penggunaan belum?"
Aku like "Hehehe.. belum" Pastu baru aku baca arahan.. Lepas tu aku stat jadik ragu balik. Sebab aku buat waktu petang sedangkan arahan dia suh buat awal pagi... pastu aku terurinate dekat dia pya tetingkap tanpa sengaja walhal dalam arahan, dia tak suh kena ngan tetingkap tu.. Aku pun jadi tertanya2.. betul ke mengandung eh?
Hari kami pegi klinik - lepas gi klinik terus ke Big Bad Wolf.. Akibatnya, aku keletihan tahap gaban |
Kami decide pegi klinik untuk confirmkan.. Tapi bila sampai sana, aku tunjukkan test tube tu, diapun kata.
"Haaa... ni confirm dah mengandung laa ni, kami pun gunakan alat yang sama"
So, oleh kerana dah mendapat penjelasan pakar, kami telah meyakinkan diri bahawa aku sudah mengandung. Satu lagi sebab aku masih ragu2 aku tengah mengandung sebab aku tak rasa apa2 beza pun. Aku tak mual2 ke, loya ke, aku just selalu rasa semput dan sering penat. Aku ingat sebab dah lama aku tak exercise...
Aku dah excited nak war2kan satu dunia berita gembira ni. Ye laa.. berita gembira.. mesti la nak kongsi ngan semua orang.. spread the love bebeh.. Tapi Arip kata jangan dulu sebab dia risau jadi apa2 ngan baby masa awal kandungan (atau mungkin dia masih tak pecaya aku tgh pregnen kot ;P)
Beberapa hari lepas tu, aku buat pemeriksaan seluruh badan di Laurent Beau di Cheras. Nak check kalau badan ni ada benda yang tak sepatutnya ke apa. Lapipun aku selalu sakit dekat abdomen belah kanan. So, kami pi sana nak check la benda alah tu... Bila dapat result, dia gitau aku ada kandungan protien tumor yang agak tinggi dalam perut, means mungkin aku ada kanser perut ke apa.. and dia syorkan aku pi klinik.
Mengikut scanning dah 12 week, tp br 10 week laa |
Aku gi Klinik An-Nur dekat Bangi sebab klinik tu dekat ngan tempat Arip keja. Dia scankan aku pya kidney sebab nak tgk kalau ada failure ke apa.. and then dengan baik hatinya, dia terus scan baby aku.
Masa tu, nak nangis jek ada.. Terharu sangat tengok jantung baby yang berdegup2. Tahu bahawa ada kehidupan lain sedang membesar dalam perut aku.. my very own belly... Sedih sebab aku tak tengok sekali ngan Arip.. Ingatkan, kalau nak scan pun, nak dia ada sekali. Tapi dah tak tersengaja scan.. ok je..
Doktor tu printkan gambar baby sekali.. Sangat excited gila babi!... Pastu memang tak penah puas tgk gambar tuh... rasa nak bawak ke sana sini and tgk selalu.. pagi petang siang malam asik tengok sekeping gambar tu jek.. So, aku telah membuat keputusan untuk berkongsi kegilaan aku ngan semua kengkawan...
Dan sebab gambar itu lah, aku dengan rasminya telah disahkan sesah-sahnya bahawa aku sedang mengandung.. ehehehehe..
1st Visit - Klinik Kesihatan Seri Kembangan |
Perut di usia 10 minggu?? Iyee kee?? |
Walaupun aku baru 10 minggu tapi perut aku dengan tiba-tiba mengembang tak tentu pasal.. ini lemak kot!
Cuti sekolah dah berakhir dan aku harus kembali bertugas! Walaupun aku risau sebenarnya sebab, nak masuk kena baik bot and biasanya awal tahun atau sebelum Chinese New Year, ombak dia sangat la mendebarkan. Tapi demi kehendak perkhidmatan, aku gagahkan jugak untuk masuk.. Apa2pun jadi ngan aku and baby kami aku serahkan padaNya..
2nd Visit Klinik Kesihatan Terusan Sugut |
Doakan kami semua sihat2 sahaja yee... :)