Wednesday, June 22, 2011

Kem Bina Insan SK Terusan Sugut 2011

Bermula pada Jumaat 17 Jun 2011, SK Terusan Sugut mengadakan Kem Bina Insan untuk pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6. Semuanya cuma seramai 31 orang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang... walaupun masa agak pack dan terkejar-kejar, tapi nampak semua pelajar telah menimba sesuatu dari kem ini. Alhamdulillah.

Jumaat:
Registration-Taklimat kem-Riadah-Makan-Solat-Ice Breaking-Kembara Malam

Sabtu:
Kuliah Subuh-Kawad-Mencari harta Karun-Ceramah-Ikatan-Penyelesaian Masalah-Latihan Persembahan-Riadah-Makan-Solat-Malam Kebudayaan-Malam Penghayatan
Ahad:
Kuliah Subuh-Kawad-Merentas Halangan-Majlis penutupan - Usai!





Aksi facis terlampau:


Kem ni bukan sahaja baik untuk murid-murid, malah mengeratkan kerjasama guru-guru semua... Sangat happy sebab kami semua macam satu family!.. u guys rocks!!

Tuesday, June 14, 2011

Showdown 2011

Showdown 2011 Top 8!

Ambik2 gmbr masa tgh line up nak tunggu turn masuk dalam hall... Walaupun encik suami nak bawa jenjalan sekitar i-city dulu. Tapi sebab aku risau kang tak dapat masuk.. ahahaha.. so naive laa Jamal.. banyak lagi space bole masuk.. ni excited punya pasal la nih..
8tv Quickie hosted by Zher and Prem.. nampak tak muka aku ngan arip? ahaaha.. kecik kat tepi.. kakak aku call and gitau derang ada nampak.. sipi-sipi jek.. heheeh...
Top 8 Crews:
StepholicHMC Phlow
Rokustep
Bounce Stepperz
Panic
Blazin Squad
Force 136
Elecoldxhot
Me after the show!.. puas!

Monday, June 13, 2011

June Holiday!

Banyak sangat aku nak update di blog ni tapi mcm takda masa jek aku buat masa cuti aritu.. asik bercinta jek.. ingatkan masa cuti la masa la update segala2, tapi masa cuti laa hari yang perlu kami saling lepaskan rindu dendam masing.. erk.. dah jadi 18sx lak post ni.. ok.. stop..

Aku sampai KL pada tengah malam 27 Mei. Oleh sebab aku masih lagi penat, so pada hari sabtu tu, kami just ronda2 sekitar Mines dan menonton Nur Kasih!... okeh.. tanak review pasal movie itu sebab aku malas nak review.. heheheh...
Ahad plak, kami pegi putrajaya, memula nak singgah je tengok Himpunan 1 Million Belia tu, tapi sebab tetiba aku excited nak tgk semua2 akhirnya kami end up hampir dua jam di situ, itupun tak abis lagi round.. banyaaak lagi booth yg tak sempat nak pegi... Pastu masa bejalan2 tu, tetiba ada wartawan RTM approach.. dia nak interview pasal event nih.. wahahahahaa.. teruk sangat aku kena interview... aku pun tak tau hapa aku ckp, sebab aku baru jek sampai dan aku jawab entah apa2 tah.. ahahahaa.. arip kat seblah gelakkan aku jek.. ntah dia masukkan ke tak dalam tv tah.. tak terasa nak tengok pun sebab rasanya tak ditayangkan kot. Pastu kami bergegas pi Alamanda, Encik Suami kata dia dah beli tiket Pirate of The Caribbean 3D jam 3.45pm.. So, kami pegi sana dulu ambik tiket dan makan2 (kononnya laaa).. alih2, masa ambik tiket tu, orang kat kaunter tu gitau tiket jam 3.15 and jam aku menunjukkan jam 3.15!.. hahahaa.. kami belari macam pompuan kena ragut kejar pencuri... ahahaa.. nasib baik sempat sebab mestila derang siarkan iklan dulu.

Esoknya, kami pi Mid Valley lak tgk Kungfu Panda 3D!.. Yeah!! sangat beshhh!!!! 3 hari aku baru sampai KL dan kami dah tgk sampai 3 movie.. lepas gian la nih punya pasal.

Masuk hari keja Arip. Macam biasa, aku akan ngekot arip pi opis... hehehe.. dan masa dia keja aku akan merayau-rayau sensorang di jalan TAR. Walaupun takde laa nak beli apa pun, tapi bila dah balik dari situ ada jek shopping bag yg nyangkut kat bahu aku... ahahahaa.. sorry la sayang.. pompuan dan shopping ni sangat sinonim laa... takleh pisah...

Paling best, hari rabu lepas, laki aku bawak tgk Showdown di i-City.. Aku memang selalu teruja tengok orang menari2 ni... so aku suda follow show ni sejak 2010 lagi. Tapi untuk tahun ni, sejak aku tak da astro dah, aku takleh aa bukak di TV. Nasib baik internet dah ok.. bole laa aku surf dan tgk di tonton.com. So malam tu kami pun berlabuh di i-City.. sangat cool tempat tuh ok... Update pasal benda ni akan menyusul (kalau rajin).. hehehe

Hari khamis plak, aku tak ikut arip pi opis sebab aku nak kemaskan barang2 kami yang nak bawak ke Terengganu. Kami betolak ke terengganu Khamis malam Jumaat. Encik Arip ambik cuti ari jumaat. Cuti di Ganu akan diupdate kendian laa erk.

Balik dari Ganu, aku tak ikut arip pi opis gak sebab nak kemaskan balik barang yg kami dah bawak tapi tetiba, penyakit pompuan aku suda mari.. so... aku just terbaring dan terkurung sehingga laa hari Rabu.. Thanks kepada incek suami yg sanggup jaga aku walaupun dia kena keja n bila balik, kena jaga aku plak yg tengah terguling2 sakit perut.. Hari khamis baru la aku ikut encik somi ke opis.

Well, cuti 2 minggu adalah sangat tidak memadai bagi kami (bawaklah cuti selori pun takkan puas punya).. Alhamdulillah jugak laaa kami diberikan ujian berjauhan macam ni, sebab bila berjumpa kami akan sentiasa dalam mood percintaan dan honey moon. Dah nak hampir 3 tahun rupanya kami kawin. Masa sangat cepat berlalu, dan moga Allah mempermudahkan usaha kami kami untuk tinggal sebumbung.. Kepada anda2 di sana yang baca ni, sila doakan untuk kami jugak yaaa...

Monday, May 30, 2011

Himpunan 1 M Belia Malaysia

Tak rancang pun nak pegi Himpunan 1 M Belia Malaysia ni.. Tapi ntah napa tetiba tersampai lak ke sana. Tapi perhimpunan ini ok laa.. Banyak info.. tapi sangat panas ok... dan sangat besar sampai kami tak sempat nak pegi semua booth. Lagi pun kami terpaksa berkejar ke Alamanda coz Pirates of Caribbean suda menunggu....

Tuesday, May 24, 2011

My Thirty!

Come, meet Thirty!Look at how cute it is! My heart melt just by looking at those puppy eyes.

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru 2011

Tanggal 16 hb Mei 2011. SK Terusan Sugut belum lagi buat apa2 majlis sempena Hari Guru memandangkan hari tersebut kena pada hari pertama peperiksaan pertengahan semester. So, majlis akan di pospone ke hari lain yang akan diberitahu kelak. Semasa rehat. Budak yg duduk di riba aku itu namanya Zulwah Zulaiqha. Salah seorang budak pemulihan aku jugak. Budak ni special sikit. Mungkin aku akan blog tentang dia.


Namun begitu, pada sebelah malamya, guru-guru telah mengadakan majlis tertutup barbecue di perkarangan rumah. Thanks to each and everyone yang hadir dan sama2 berasap bakar ayam dan ikan dan juga berjaya menghabiskan makanan-makanan... Buat camni tiap2 tahun best jugak nih!And here some pictures during our barbecue night:

Encik Bos yang sedang karaoke..
Konco-konco pembakar sayap, Cikgu Hazman dan Cikgu Jimran serta bunga-bunga Cik Rohaineh dan Puan Jamal.Berasap!
Wanita-wanita yang hadir: (siap ada buaian baby lagi.. ehehehh)

Wednesday, May 11, 2011

Hari Pulang

Cuti sekolah adalah waktu yang sangat ditunggu2, bukan budak jek.. Cikgunya pun sama jugak. Lebih2 lagi kalau husband jauh2 macam aku ni.. hari2 menanda kalender. Tengok jampun macam tak begerak jek. Tapi pejam celik pejam celik sebenarnya masa sangat cepat berlalu. Sekarang dah masuk bulan Mei. Maknanya tidak lama lagi Cuti Pertengahan Tahun akan bermula. Memang tak terasa, sedar2 minggu depan budak2 ni dah nak exam. Ini salah satu tanda-tanda kiamat ni..

Masa paling tak best bila cuti sekolah adalah apabila menjelang berakhirnya cuti sekolah itu. Hari terakhir sebelum nak buka sekolah adalah hari yang sangat sayu.. Sungguh.. To be honest, hampir setiap kali nak balik, mesti aku nangis. ahahahhaa.. buruk kan.. pedulik laaa... Ialah, nak jumpa suami lambat lagi... huhu.. sedih...

Hari ni aku nak cerita pasal aku balik dari KL selepas cuti bulan Mac aritu. Perjalanan nak masuk terus ke sekolah memang memakan masa sehari. Hari tu aku cerita pasal cemana nak kuar dari Terusan di sini, sekarang nak cerita cemana nak masuk lak.

Awal pagi lagi husband akan hantar ke airport. Biasanya aku ambik flight jam 7.00am.

Seawal jam 6 sudah bertolak dari rumah. Kalau dah lambat, encik suami akan bawak keta mcm pelesit dan tak sampai setengah jam dah sampai airport. Sempat la bercinta2 dulu sebelum naik flight. Biasanya aku ambik flight AirAsia sebab lagi murah, tapi kali ni tetiba pulan encik Suami berjaya mendapatkan tiket MAS yang murah jugak. So, naik dari KLIA la.. (Aktiviti wajib sebelum naik flight adalah breakfast di McD!). Egg Muffin dan Coffee nya sangat menggiurkan.
Tiba la waktunya aku naik flight... Tengok muka sedih aku tu.. nak ambik gambar nangis nanti tak macho la plak.. Tapi gambar masih lagi dalam mood berduka lara...
Sampai di KK dalam lebih kurang jam 10.30 pagi. Aku ambik teksi ke Center Point dengan harga RM 30.00. Masa ini la aku ambik masa nak beli2 barang keperluan untuk dibawa masuk ke Terusan Sugut. Setelah abis beli2 barang, dreber tak bertauliah aku iaitu Cikgu Steve Micheal akan ambil di situ. Dari KK perjalanan kami akan merentasi beberapa daerah seperti Telipok, Menggatal, Inanam, Tuaran, Kota Marudu, Pitas dan Paitan sebelum sampai ke gate nak masuk ke jalan nak masuk. Ini la gate yg aku tak sempat ambik: gate Pertama.
Lepas beberapa minit, jumpa lagi gate yang kedua. Kalau kereta yang dah biasa masuk sini, just hon and angkat tangan. Kalau 1st time masuk bawak keta, sila sediakan RM 10 untuk pendaftaran.
Setelah melalui gate yang kedua ini, dalam beberapa minit jek lagi jumpa laaa jalan lecak seperti yang aku cerita dalam ini sebelum ini. Kami sampai di Kampung Pantai Poring dalam kira-kira jam 9.00 malam. Oleh kerana ada sedkit misunderstanding ngan boatman, kami terpaksa menunggu sehingga jam 11.00 malam baru bot sampai. Kamipun bersesak2 masuk. Lega..
Oleh kerana misunderstanding juga, kami terpaksa menaiki 2 bot sahaja dan sepatutnya tidak dapat menampung kesemua yang ada pada masa itu. Maka perjalanan kami menaiki bot yang sepatutnya hanya mengambil masa kira 40-50 minit, berlalu dengan sangat lama.. dengan hujan lagi.. sungguh tragik... Tapi kami mampu jugak laa buat2 senyum comel..
Setelah menempuh semua, maka kami semua selamat sampai di rumah masing pada jam 1.20 pagi.. atau lebih tepat, 1.20 SUBUH. Mukapun dah tak tentu arah. Masa ni jugak la kena prepare sebab esoknya dah stat masuk kelas untuk mengajar murid-murid yang dahagakan ilmu...Kesimpulannya, dalam sehari aku akan menaiki semua mode perjalanan: darat, udara dan laut.. Kau ada begitu? hehehehe.. bestkan?

Sekian

Monday, May 09, 2011

boot

bila bole pakai ini? atau mungkin bole jumpa yang begini? apa katamu?

hehehe.. bila cuti skolah start ni?? hadoih! tak sabar mau pakai kasut boot yang dah sedia menanti... tunggu aku wahai kasut boot!

better late than never


Diberi tajuk Better late than never adalah sebab aku mau update tentang ke beradaan aku di KL sempena hari Good Friday pada 21hb April lalu... Walaupun just 3 hari jak tapi dapat menghabiskan masa yang sangat berkualiti dengan buah hati.. Thanks hubby coz amik cuti jugak pada hari tu.. Walaupun muka masih lagi ada kesan dari kemalangan hari tuh.. tapi tetap hensem dan tetap nombor satu di hatiku.. wahwehh!