Showing posts with label skool. Show all posts
Showing posts with label skool. Show all posts

Sunday, July 03, 2011

1murid? 1sukan? 1 sekolah

Kementerian Pelajaran dah lancarkan dasar 1murid 1sukan sejak tahun lalu lagi. Bersempena dengan dasar itu, satu lagi projek 1Malaysia yang perlu diadakan di seluruh sekolah-sekolah di seluruh Malaysia iaitu Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada 2 July 2011 (Sabtu). Aku sebagai ahli-ahli "Yang Menurut Perintah" pun kena juga menyahut cabaran 1Murid 1Sukan 1 Malaysia  ini. Projek ini yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah secara serentak di seluruh negara ingin mencipta rekod Malaysia Book of Records sebagai larian yang terbesar disertai oleh pelajar sekolah.




Tapi yang aku kenfius, tajuk projek ini 1Murid, 1Sukan 1Malaysia. Hmm.. Satu murid? aku rasa dia nak semua murid termasuk guru dan semua kakitangan sekolah... apasal laa dia bagi nama 1Murid. Dorang kena revise betul2 laa baru keluarkan nama projek apa-apa.. jangan main sedap jaa letak 1 dan 1 untuk menyokong 1Malaysia.

Tapi, trima kasih laa jgk sebab dengan adanya projek ini, merasa jugak laa aku joging satu kampung Terusan Sugut ni.. Rasa macam nak joging hari-hari plak lepas ni.. hmmm... menarek..


Wednesday, June 22, 2011

Kem Bina Insan SK Terusan Sugut 2011

Bermula pada Jumaat 17 Jun 2011, SK Terusan Sugut mengadakan Kem Bina Insan untuk pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6. Semuanya cuma seramai 31 orang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang... walaupun masa agak pack dan terkejar-kejar, tapi nampak semua pelajar telah menimba sesuatu dari kem ini. Alhamdulillah.

Jumaat:
Registration-Taklimat kem-Riadah-Makan-Solat-Ice Breaking-Kembara Malam

Sabtu:
Kuliah Subuh-Kawad-Mencari harta Karun-Ceramah-Ikatan-Penyelesaian Masalah-Latihan Persembahan-Riadah-Makan-Solat-Malam Kebudayaan-Malam Penghayatan
Ahad:
Kuliah Subuh-Kawad-Merentas Halangan-Majlis penutupan - Usai!





Aksi facis terlampau:


Kem ni bukan sahaja baik untuk murid-murid, malah mengeratkan kerjasama guru-guru semua... Sangat happy sebab kami semua macam satu family!.. u guys rocks!!

Saturday, March 12, 2011

Getaway or Get Away?... to Terusan Sugut ;)

Macam mana cara untuk 'get away' dari Terusan Sugut?

Langkah 1: Dari Jeti sekolah, naik bot menyusuri Sungai Sugut menuju ke Kampung Pantai Poring. Menggunakan enjin kuasa 30hp, perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 20 - 30 minit. Dengan bayaran sebanyak RM 70 (minyak =RM 50 & khidmat = RM 20)


Langkah 2 : Sampai ke Kampung Pantai Poring dan menaiki pacuan empat roda. Bagi pengguna kancil sila parking kereta anda elok-elok di luar yee. Bagi yang tiada pacuan empat roda, bole menumpang kawan je. Memula nak bayar minyak kawan tapi oleh kerana dia baik hati, so bagi free je. Tapi kalau ada pacuan empat roda, minyak yang diperlukan kira-kira RM 60 (full tank untuk diesel) untuk perjalanan pergi balik, tak termasuk jajan2 yang perlu dibeli untuk juadah sepanjang perjalanan.Langkah 3: Meredah jalan yang sangat "cantik" seperti yang anda bole saksikan di bawah ini, sepanjang 30km!!.. Bagi yang tak seronok dengan suasana sekeliling, boleh tidur ja tapi pastikan keliling anda ada bantal sebab kalau tak, anda bangun dengan kepala benjol sana sini.. so, lebih baik anda terjaga dan cuba untuk tidak menggeleng melihat keindahan sepanjang perjalanan yang dipenuhi tanah merah ;)





Langkah 4 : Setelah menempuh 30km yg penuh lumpur, sampailah anda di simpang ini. Kami panggil Simpang Obah sebab persimpangan ke Kampung Pantai Poring dan ke Kampung Obah. Masa ini pemandu2 boleh melihat2 kenderaan masing2 manalaa tau tercabut tayar ke, brake disk ke.. atau tercabut leher pun bole. Btw, lelaki yang agak hensem di bawah ini adalah Cikgu Steve. Cikgu baik hati yang saya maksudkan di atas sana. Beliau berdiri di simpang antara nak masuk Kg.Pantai Poring (kiri beliau) dan Kg.Obah (kanan beliau).
Langkah 5 : Setelah puas mengecek kereta2 anda dan mencongak2 berapa kos untuk memperbetulkannya nanti, anda tutup mata dahulu untuk menempuh jalan yang agak 'baik' sikit laa... gravel dengan batu halus sikit... Kira2 dalam 10km laa.. masa ni anda bole la bersedia dengan handset anda sebab bila2 masa sahaja telefon anda akan berbunyi menunjukkan bahawa anda tidak "out of coverage" lagi yeay!

Anda perlu melalui 2 gate (maaf, gambar gate tidak diambil kerana penulis sedang sibuk mengecek kalau ada line henfon)... Bagi kereta yang baru lalu, dorang tak akan bukak gate. Kena soal siasat dulu, kalau nasib malang, kena paw la dalam RM 10 untuk bayaran masuk. Kalau muka dikenali mcm Cikgu Steve yang setiap minggu keluar ni, dia just angguk dan angkat tangan, then pak guard tu akan bukak gate.. so, baik tumpang jek ngan dia...

Langkah 5: Setelah usai gate yang ketiga, anda akan jumpa jalan bitumen.. yeay! back to life!.. ini dipanggil kawasan Paitan.
Langkah 6: Alamak! mana langkah 6 nih? adohai.. rupanya aku dah tertidur dlm perjalanan.. ok laa.. langkah 6 akan bersambung kemudian nanti ;)

Tuesday, February 01, 2011

MOVED!


Sudah berpindah ke rumah baru sejak 19hb Januari lagi.. Alhamdulillah

Tuesday, June 29, 2010

Belated BBQ Hari Guru

26 Mei 2010
BBQ untuk sambutan hari guru.
Dah lama berlalu, tapi nak cerita tentang kejadian pada malam itu.

Ok.. aku sedar yang talent menyanyi aku sangat la sucks... tapi pada malam itu, semua guru2 wajib men"sumbang"kan lagu. Walaupun aku selalu gak men'sumbang'kan lagu di 'bilik kecik' tapi aku takda kekuatan untuk memperdengarkan bagi halwa telinga org lain.

Semua guru kena cabut undi untuk giliran persembahan karaoke.. tetiba aku tercabut lak angka 1. Wohooo.. persembahan pembukaan... dahla aku darah gemuruh... Ayam2 yang dibakar pun aku dah tak lalu dah coz memikirkan lagu apa yang aku akan 'sumbang'kan nanti.

Pastu, time2 tu jugak baru pilih lagu... Dah puas browse, aku kenal lagu ni jak:
When You Said Nothing At All - Ronan Keating...
Aku pun dengan gaya yakin, siap pegang microphone ala2 Mas Idayu...

Tapi, seperti yang aku jangkakan... aku berjaya men'sumbang'kan dengan jayanya... bila aku selesai nyanyi, semua diam jak... hahahhaaa... mesti derang berfikir..

"nak tepuk ke, nak gelak?"

Tobat! Lepas ni aku nak beli set karaoke... praktis hari2... ambek kau!

Apapun.. kami happy malam tu, Thanks ngan Cikgu Adam yang bersungguh untuk menjayakan BBQ malam itu dan Tahniah kepada semua staff yang sporting!... Lets do this again...

Friday, May 21, 2010

Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan...

Aku sudah lama menyimpan hasrat untuk meletakkan sesuatu wording di dinding kosong depan pusat Sumber. Semenjak aku memegang jawatan sebagai guru pusat sumber. Namun atas masalah kesibukan (k_m_l_s_n : isi dengan huruf vokal)... aku selalu menangguhkan hasrat..

Pagi tadi, dengan tidak semena2, tetiba semangat suda mari... dan.. tadaaaa...
Thanks ngan encik suami kerana menyumbangkan design maskot Pusat Sumber yang sangat comel! thanks jugak kepada guru2 lain yang membantu!... Kalau siap kang, aku upload lagi.. :D

Saturday, May 15, 2010

Genap 3 Tahun - Cikgu Jamaliah

Bermula di sini: Menerima surat tawaran sebagai guru 16 Mei 2007

18hb Mei 2007 - Perjalanan menaiki bot selama 2 jam ke SK Terusan Sugut..

Hari pertama di sekolah: 19 Mei 2007 : Murid tahun 3, sekarang sudah tahun 6...



16hb Mei 2010: Genap 3 tahun aku bergelar Cikgu Jamal

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU/ TEACHER DI MUKA BUMI INI.. SEMOGA ALLAH JUA YANG MEMBALAS JASA ANDA SEMUA..

Sunday, April 18, 2010

Sunday, February 28, 2010

Maulid Nabi

Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad.
12 Rabiul Awwal 1431 H
26 Februari 2009 M
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Monday, January 18, 2010

7+6 = 10?

Client: Sh. Zamani bin Sh. Masri
Kelas: Tahun 2
Aku ngaku, aku agak kelambatan untuk melakukan ujian Diagnostik kepada calon-calon murid pemulihan tahun ini.. Ini disebabkan oleh penjadualan semula yang berlaku hanya pada minggu kedua dan juga bla..bla.. and so on. So, pagi ni aku baru selesai ujian Diagnostik Matematik yang membolehkan aku menilai tahap kebolehan budak ni dalam Matematik dan membolehkan aku emphasize ngan topik yang dia lemah.
Masa ujian tu, aku duduk dengan mereka supaya kalau mereka ada persoalan, diorang boleh bertanya on the spot. Soalannya ada macam2.. dari yang membanding mana bilangan yang besar ke kecik, menulis ascending atau decending order sehingga lah soalan daily problem-solving.
Pasal banding banyak atau sikit tu, Zamani asyik cakap.."senang bah ni cikgu!" dengan bangga riak lagi dia tick gambar aiskrim yang lagi banyak.
Pastu, part menambah.
2 + 3 =... "senang bai ni cikgu!" sambail hayun2 jemari2nya... Comel..
Pastu part menambah lagi.
6 + 7 = 10
5 + 6 = 10
8 + 7 = 10
Masa tu jugak aku tya. "zamani, napa jawapan kamu semuanya 10?"
pastu dia jawab. "Tangan ndak cukup ba ni cikgu, sebelah ada lima, sebelah lagi lima, jadi sepuluh laa.. ndakkan mau pakai telinga... kekekeke...." pastu dia tegelak2 sambil tarik2 telinga dia.. Aku pun ikut ja gelak... Hai laa Zamani...

Tuesday, August 25, 2009

Struggling...

Finally!... Sampai jugak kami ke interaksi yang terakhir. InsyaAllah.. belum habis lagi. Tapi stat hari rabu ni, kami akan ada final exam. Rabu dan Khamis.

Hari ni da hari selasa. owh.. esok rupanya. hmmm.. sebab tu la kot sekarang da jam 2.47 pagi dan aku masih belum tido. Ngantok da... tapi nak kena abiskan jugak blaja. Sapa suh tak stadi awal2.. ambek kau jamal!.



Apa2 hal pun. Doakan yang terbaik buat aku ya. ;)

Sunday, August 09, 2009

Welcome

Alhamdulillah, hari jumaat aritu dah ada guru Bahasa Inggeris yang baru. Sekarang ni, sekolah agak kritikal ngan subjek english ni. Harap-harap dapat membantu. ;)

Thursday, July 23, 2009

responsibility

Nama Klien: Datu Hakif bin Datu Saharuddin
Kelas : Tahun 3
Tahap Kemahiran : KVKV (Konsonan Vokal Konsonan Vokal)
Dia adalah satu2 murid tahun 3 yang masih belum pulih dan aku semakin risau sebab Program Pemulihan di sekolah kena antar laporan setiap march, june dan oktober.
Last year, aku anta laporan and dalam tu aku selitkan penyebab kepada one of the student tahun 2 yang masih belum lagi pulih sehingga ujung tahun. Dia selalu tidak hadir ke sekolah. Masa mesyuarat ngan ketua Sektor Pendidikan Khas pun, sekali lagi diajukan dengan masalah yang sama. Selamba ja dia menjawab "Itu memang ciri-ciri murid Pemulihan Khas". Yes! memang itu lah salah satu sebab kenapa wujudnya Guru Pemulihan Khas di sekolah, untuk menyelesaikan masalah-masalah murid yang tidak dapat diselesaikan di dalam kelas biasa terutama masalah membaca, menulis dan mengira. Untuk menjadikan mereka ini boleh menguasai kemahiran2 ini, tingkah laku mereka harus diubah dahulu dan ini pada dasarnya adalah tugas guru pemulihan jugak. Which is, ME.
Aku pun masih belum dapat menyelami hati budi murid aku sorang ni. Dalam kelas di seorang yang pasif tapi dalam kelas Pemulihan dia bertukar ganas. Macam ada split personality. Aku belum berjaya lagi memulihkannya.. yaa... BELUM BERJAYA. Bermakna masih dalam proses. Masuk minggu ni dia dah 3 minggu tidak hadir ke sekolah. Ustazah di sekolah aku dah pergi melawat dia beberapa hari ini. InsyaAllah.. Aku pun nak jugak pegi kejap lagi. Walaupun aku tau aku bukan la pakar dalam arena pujuk-memujuk ni tapi aku akan cuba. Sepatutnya aku dah cuba untuk memujuk dia sejak di minggu pertama dia tidak datang. Tapi atas sebab kekangan masa dan beberapa perkara yang perlu dibereskan, aku kena postpone dulu.

Monday, July 06, 2009

stars...

Kepala ku pusing... aku seperti terlihat banyak bintang-bintang yang berputar pada paksi tertentu.
sambil menyanyikan lagu yang sungguh enak untuk aku terbuai entah ke mana.

Aku pusing, pening, tunggu terhantuk...

apa hal ni?

entah laa... sori.. agak berterabur entri ini.. tak perlu baca.. tak perlu lama2 di page ni.. ni luahan rasa yang tak berapa nak luah.. haiyaaa... apa ni???

hahahaha... aku gila! yah! itu kenyataannya!

kamu bole pergi saja atau ketawa seperti orang gila macam aku.. apadaa...

STOP!!!!
entri tiada kaitan dengan gambar ini.. sila abaikan...

Saturday, April 18, 2009

Smarter Bird ;)


Don’t blame me if this bird is smarter than the others. It is going to school indeed. Got this flying greenish thingy on my hand while busy explaining math to those kids. Luckily, I got my camera ready and just snap..snap! I wonder what I am going to meet next time in the future. Monkey? Or a Bujang Senang.. hohoho.. my pleasure… Bole jadi Steve Irving jap.

Saturday, April 11, 2009

1 week more

Seminggu lagi selesai la praktikum, 17hb April adalah hari akhir. Alhamdulillah. Tinggal nak tunggu interaksi Jun, seat for exam, gi btn, KISSM. owh... belum selesai lagi rupanya. Banyak jugak nak settlekan sebelum bergelar Guru Sandaran Terlatih. Still Sandaran ok... Nak tunggu jadi Guru Terlatih kena tunggu beberapa tahun lagi. Perjalanan karier aku baru bermula sebenarnya.

Hari rabu hari tu Pensyarah Pembimbing aku selamat sampai di Terusan Sugut. Aku pun agak terkejut jugak sebab menurut perancangan asal, beliau hanya akan sampai minggu depan. Alih-alih, lepas rehat hari Rabu tu dia dah sampai. Nak kata ready, taklah 100%. Ada beberapa RPH yang aku tak transfer ke komputer. Aku just pakai tulis tangan ja. Hohoho.... ini semua gara-gara sikap bertangguh aku yang terkutuk itu!. Huh! Harus dihapuskan... Nasib baik Encik Hussein itu baik orangnya. Memahami dan masih kosong dua lagi. hehehehe.... Apa-apapun, bila dia dah sampai dan melawat, aku pun rasa lega.