Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Freemason or Illuminati? or Vatican City?

We are what we read...

Aku suka membaca buku cerita thriller...
kerana aku merasakan yang buku Da Vinci Code itu sangat fenomena...
telah membaca kali yang keberpuluh kali, masih lagi excited..
Part tentang Vatican City, Holy Grail dan misteri2 di sebaliknya sangat mengujakan...
Ini adalah buku thriller...

Masih berkisar Dan Brown dengan bukunya Angel n Demon...
telah berulang kali, at least 3 times...
tentang freemason, illuminati dan kumpulan2 misteri zaman purba kala yang kononnya masih wujud.. sungguh exciting..
Ini adalah buku thriller...


Yang terbaru, Lost Symbol..
Tentang ahli2 Mason yang masih aktif dengan kaedah2 pemujaan segala bagai...
teruja.. Baru sahaja selesai membaca (wlupun hanya melalui ipod).. namun suda berkira2 mencari masa untuk membaca semula...
Ini adalah buku thriller...

Hanya ada 2 buku tulisan Dan Brown yang aku baca sekali :
Deception Point & Digital Fortress walaupun berkisar dengan crita2 misteri dan thriller..
Aku agak disebabkan kekurangan Mason dan Illuminati dalam buku itu yang menjadikan aku hanya membacanya sekali...

Agak2 aku ni addict ngan Illuminati kot

Friday, February 27, 2009

Ketika Cinta Bertasbih-The Movie

Akan Datang...
Ketika Cinta Bertasbih - The Movie
Satu lagi novel karya Habiburahman El-Shirazy yang diangkat ke layar perak. Aku harap sebelum aku tengok movie dia aku sempat membaca Novelnya dulu, dengar2 movie tu release April ni. Aku dah download e-book untuk dwilogi Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 and sudah tentu dalam bahasa Indonesia. InsyaAllah, kuar nanti aku akan cari buku yang terbit dalam Bahasa Malaysia. Jom ke panggung!!...
Apa-apa hal pun.. aku nak tengok Upin & Ipin The Movie... Please...

Saturday, March 22, 2008

Book..book...

Aku dah selamat sampai kepangkuan keluarga di Semporna. Alhamdulillah... Seminggu di KL dengan aktiviti yang macam-macam buat aku tak sedar aku dah menghabiskan cuti sekolah. Esok masa aku untuk menemui mereka-mereka yang dahagakan ilmu nun jauh di pedalaman sana. Semoga usaha untuk menjadikan mereka anak bangsa yang berguna akan tercapai. InsyaAllah..
Aku dah berjaya mendapatkan beberapa koleksi bahan bacaan untuk mengisi masa-masa terluang bila sampai di sana nanti, yang terbaru adalah novel thriller dari Bill Napier, Nemesis dan Shattered Icon. Aku just amik masa beberapa minit untuk membuat keputusan membeli dua buah buku ni coz di kulit buku tertulis "Fans of Dan Brown take note", so aku telah membuat andaian yang tulisan beliau jugak sehebat tulisan Dan Brown, tengok ja la nanti. Selain itu aku start cuba membaca tulisan Sidney Sheldon, dah lama aku tau pasal penulis ni tapi aku belum lagi membeli buku hasil tulisan beliau dan The Doomsday Conspiracy adalah yang pertama. Aku beli pun sebab kami singgah di Amcorp Mall hari tuh and terjumpa sebuah kedai buku ayng kat luarnya tertulis "Read More Pay Less" memang betul pay less coz harga bukunya memang murah! Novel2 yang berharga RM30++, dijual dengan harga RM 17.90. Huh! Apasalla aku tak perasan kedai ni masa aku duduk kat KL dulu.. Next book yang aku beli adalah buku yang dicadangkan oleh seorang kawan yang bertajuk Ayat-ayat Cinta, hasil tulisan Habiburahman El Shirazy, datang dalam beberapa versi and nasib baik aku terbeli versi Bahasa Melayu. Novel ni bukan novel Melayu yang pertama aku baca tapi novel Melayu pertama aku beli and sekarang aku sedang menghabiskannya. Thanks for your suggestion.. memang touching.. Lain dari tu aku menambahkan lagi koleksi buku Sudoku yang sememangnya amat bermanfaat untuk otak aku yang hampir nak beku ni. Aku jugak beli satu buku yang memang berbeza genre dengan buku-buku yang aku baca sebelum ini, bertajuk Penenang Jiwa. sebenarnya buku ni aku beli dengan tidak sengaja, cerita disebaliknya, just aku dan dia saja yang tahu ;)