Tuesday, June 14, 2011

Showdown 2011

Showdown 2011 Top 8!

Ambik2 gmbr masa tgh line up nak tunggu turn masuk dalam hall... Walaupun encik suami nak bawa jenjalan sekitar i-city dulu. Tapi sebab aku risau kang tak dapat masuk.. ahahaha.. so naive laa Jamal.. banyak lagi space bole masuk.. ni excited punya pasal la nih..
8tv Quickie hosted by Zher and Prem.. nampak tak muka aku ngan arip? ahaaha.. kecik kat tepi.. kakak aku call and gitau derang ada nampak.. sipi-sipi jek.. heheeh...
Top 8 Crews:
StepholicHMC Phlow
Rokustep
Bounce Stepperz
Panic
Blazin Squad
Force 136
Elecoldxhot
Me after the show!.. puas!

Monday, June 13, 2011

June Holiday!

Banyak sangat aku nak update di blog ni tapi mcm takda masa jek aku buat masa cuti aritu.. asik bercinta jek.. ingatkan masa cuti la masa la update segala2, tapi masa cuti laa hari yang perlu kami saling lepaskan rindu dendam masing.. erk.. dah jadi 18sx lak post ni.. ok.. stop..

Aku sampai KL pada tengah malam 27 Mei. Oleh sebab aku masih lagi penat, so pada hari sabtu tu, kami just ronda2 sekitar Mines dan menonton Nur Kasih!... okeh.. tanak review pasal movie itu sebab aku malas nak review.. heheheh...
Ahad plak, kami pegi putrajaya, memula nak singgah je tengok Himpunan 1 Million Belia tu, tapi sebab tetiba aku excited nak tgk semua2 akhirnya kami end up hampir dua jam di situ, itupun tak abis lagi round.. banyaaak lagi booth yg tak sempat nak pegi... Pastu masa bejalan2 tu, tetiba ada wartawan RTM approach.. dia nak interview pasal event nih.. wahahahahaa.. teruk sangat aku kena interview... aku pun tak tau hapa aku ckp, sebab aku baru jek sampai dan aku jawab entah apa2 tah.. ahahahaa.. arip kat seblah gelakkan aku jek.. ntah dia masukkan ke tak dalam tv tah.. tak terasa nak tengok pun sebab rasanya tak ditayangkan kot. Pastu kami bergegas pi Alamanda, Encik Suami kata dia dah beli tiket Pirate of The Caribbean 3D jam 3.45pm.. So, kami pegi sana dulu ambik tiket dan makan2 (kononnya laaa).. alih2, masa ambik tiket tu, orang kat kaunter tu gitau tiket jam 3.15 and jam aku menunjukkan jam 3.15!.. hahahaa.. kami belari macam pompuan kena ragut kejar pencuri... ahahaa.. nasib baik sempat sebab mestila derang siarkan iklan dulu.

Esoknya, kami pi Mid Valley lak tgk Kungfu Panda 3D!.. Yeah!! sangat beshhh!!!! 3 hari aku baru sampai KL dan kami dah tgk sampai 3 movie.. lepas gian la nih punya pasal.

Masuk hari keja Arip. Macam biasa, aku akan ngekot arip pi opis... hehehe.. dan masa dia keja aku akan merayau-rayau sensorang di jalan TAR. Walaupun takde laa nak beli apa pun, tapi bila dah balik dari situ ada jek shopping bag yg nyangkut kat bahu aku... ahahahaa.. sorry la sayang.. pompuan dan shopping ni sangat sinonim laa... takleh pisah...

Paling best, hari rabu lepas, laki aku bawak tgk Showdown di i-City.. Aku memang selalu teruja tengok orang menari2 ni... so aku suda follow show ni sejak 2010 lagi. Tapi untuk tahun ni, sejak aku tak da astro dah, aku takleh aa bukak di TV. Nasib baik internet dah ok.. bole laa aku surf dan tgk di tonton.com. So malam tu kami pun berlabuh di i-City.. sangat cool tempat tuh ok... Update pasal benda ni akan menyusul (kalau rajin).. hehehe

Hari khamis plak, aku tak ikut arip pi opis sebab aku nak kemaskan barang2 kami yang nak bawak ke Terengganu. Kami betolak ke terengganu Khamis malam Jumaat. Encik Arip ambik cuti ari jumaat. Cuti di Ganu akan diupdate kendian laa erk.

Balik dari Ganu, aku tak ikut arip pi opis gak sebab nak kemaskan balik barang yg kami dah bawak tapi tetiba, penyakit pompuan aku suda mari.. so... aku just terbaring dan terkurung sehingga laa hari Rabu.. Thanks kepada incek suami yg sanggup jaga aku walaupun dia kena keja n bila balik, kena jaga aku plak yg tengah terguling2 sakit perut.. Hari khamis baru la aku ikut encik somi ke opis.

Well, cuti 2 minggu adalah sangat tidak memadai bagi kami (bawaklah cuti selori pun takkan puas punya).. Alhamdulillah jugak laaa kami diberikan ujian berjauhan macam ni, sebab bila berjumpa kami akan sentiasa dalam mood percintaan dan honey moon. Dah nak hampir 3 tahun rupanya kami kawin. Masa sangat cepat berlalu, dan moga Allah mempermudahkan usaha kami kami untuk tinggal sebumbung.. Kepada anda2 di sana yang baca ni, sila doakan untuk kami jugak yaaa...

Monday, May 30, 2011

Himpunan 1 M Belia Malaysia

Tak rancang pun nak pegi Himpunan 1 M Belia Malaysia ni.. Tapi ntah napa tetiba tersampai lak ke sana. Tapi perhimpunan ini ok laa.. Banyak info.. tapi sangat panas ok... dan sangat besar sampai kami tak sempat nak pegi semua booth. Lagi pun kami terpaksa berkejar ke Alamanda coz Pirates of Caribbean suda menunggu....

Tuesday, May 24, 2011

My Thirty!

Come, meet Thirty!Look at how cute it is! My heart melt just by looking at those puppy eyes.

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru 2011

Tanggal 16 hb Mei 2011. SK Terusan Sugut belum lagi buat apa2 majlis sempena Hari Guru memandangkan hari tersebut kena pada hari pertama peperiksaan pertengahan semester. So, majlis akan di pospone ke hari lain yang akan diberitahu kelak. Semasa rehat. Budak yg duduk di riba aku itu namanya Zulwah Zulaiqha. Salah seorang budak pemulihan aku jugak. Budak ni special sikit. Mungkin aku akan blog tentang dia.


Namun begitu, pada sebelah malamya, guru-guru telah mengadakan majlis tertutup barbecue di perkarangan rumah. Thanks to each and everyone yang hadir dan sama2 berasap bakar ayam dan ikan dan juga berjaya menghabiskan makanan-makanan... Buat camni tiap2 tahun best jugak nih!And here some pictures during our barbecue night:

Encik Bos yang sedang karaoke..
Konco-konco pembakar sayap, Cikgu Hazman dan Cikgu Jimran serta bunga-bunga Cik Rohaineh dan Puan Jamal.Berasap!
Wanita-wanita yang hadir: (siap ada buaian baby lagi.. ehehehh)

Wednesday, May 11, 2011

Hari Pulang

Cuti sekolah adalah waktu yang sangat ditunggu2, bukan budak jek.. Cikgunya pun sama jugak. Lebih2 lagi kalau husband jauh2 macam aku ni.. hari2 menanda kalender. Tengok jampun macam tak begerak jek. Tapi pejam celik pejam celik sebenarnya masa sangat cepat berlalu. Sekarang dah masuk bulan Mei. Maknanya tidak lama lagi Cuti Pertengahan Tahun akan bermula. Memang tak terasa, sedar2 minggu depan budak2 ni dah nak exam. Ini salah satu tanda-tanda kiamat ni..

Masa paling tak best bila cuti sekolah adalah apabila menjelang berakhirnya cuti sekolah itu. Hari terakhir sebelum nak buka sekolah adalah hari yang sangat sayu.. Sungguh.. To be honest, hampir setiap kali nak balik, mesti aku nangis. ahahahhaa.. buruk kan.. pedulik laaa... Ialah, nak jumpa suami lambat lagi... huhu.. sedih...

Hari ni aku nak cerita pasal aku balik dari KL selepas cuti bulan Mac aritu. Perjalanan nak masuk terus ke sekolah memang memakan masa sehari. Hari tu aku cerita pasal cemana nak kuar dari Terusan di sini, sekarang nak cerita cemana nak masuk lak.

Awal pagi lagi husband akan hantar ke airport. Biasanya aku ambik flight jam 7.00am.

Seawal jam 6 sudah bertolak dari rumah. Kalau dah lambat, encik suami akan bawak keta mcm pelesit dan tak sampai setengah jam dah sampai airport. Sempat la bercinta2 dulu sebelum naik flight. Biasanya aku ambik flight AirAsia sebab lagi murah, tapi kali ni tetiba pulan encik Suami berjaya mendapatkan tiket MAS yang murah jugak. So, naik dari KLIA la.. (Aktiviti wajib sebelum naik flight adalah breakfast di McD!). Egg Muffin dan Coffee nya sangat menggiurkan.
Tiba la waktunya aku naik flight... Tengok muka sedih aku tu.. nak ambik gambar nangis nanti tak macho la plak.. Tapi gambar masih lagi dalam mood berduka lara...
Sampai di KK dalam lebih kurang jam 10.30 pagi. Aku ambik teksi ke Center Point dengan harga RM 30.00. Masa ini la aku ambik masa nak beli2 barang keperluan untuk dibawa masuk ke Terusan Sugut. Setelah abis beli2 barang, dreber tak bertauliah aku iaitu Cikgu Steve Micheal akan ambil di situ. Dari KK perjalanan kami akan merentasi beberapa daerah seperti Telipok, Menggatal, Inanam, Tuaran, Kota Marudu, Pitas dan Paitan sebelum sampai ke gate nak masuk ke jalan nak masuk. Ini la gate yg aku tak sempat ambik: gate Pertama.
Lepas beberapa minit, jumpa lagi gate yang kedua. Kalau kereta yang dah biasa masuk sini, just hon and angkat tangan. Kalau 1st time masuk bawak keta, sila sediakan RM 10 untuk pendaftaran.
Setelah melalui gate yang kedua ini, dalam beberapa minit jek lagi jumpa laaa jalan lecak seperti yang aku cerita dalam ini sebelum ini. Kami sampai di Kampung Pantai Poring dalam kira-kira jam 9.00 malam. Oleh kerana ada sedkit misunderstanding ngan boatman, kami terpaksa menunggu sehingga jam 11.00 malam baru bot sampai. Kamipun bersesak2 masuk. Lega..
Oleh kerana misunderstanding juga, kami terpaksa menaiki 2 bot sahaja dan sepatutnya tidak dapat menampung kesemua yang ada pada masa itu. Maka perjalanan kami menaiki bot yang sepatutnya hanya mengambil masa kira 40-50 minit, berlalu dengan sangat lama.. dengan hujan lagi.. sungguh tragik... Tapi kami mampu jugak laa buat2 senyum comel..
Setelah menempuh semua, maka kami semua selamat sampai di rumah masing pada jam 1.20 pagi.. atau lebih tepat, 1.20 SUBUH. Mukapun dah tak tentu arah. Masa ni jugak la kena prepare sebab esoknya dah stat masuk kelas untuk mengajar murid-murid yang dahagakan ilmu...Kesimpulannya, dalam sehari aku akan menaiki semua mode perjalanan: darat, udara dan laut.. Kau ada begitu? hehehehe.. bestkan?

Sekian

Monday, May 09, 2011

boot

bila bole pakai ini? atau mungkin bole jumpa yang begini? apa katamu?

hehehe.. bila cuti skolah start ni?? hadoih! tak sabar mau pakai kasut boot yang dah sedia menanti... tunggu aku wahai kasut boot!

better late than never


Diberi tajuk Better late than never adalah sebab aku mau update tentang ke beradaan aku di KL sempena hari Good Friday pada 21hb April lalu... Walaupun just 3 hari jak tapi dapat menghabiskan masa yang sangat berkualiti dengan buah hati.. Thanks hubby coz amik cuti jugak pada hari tu.. Walaupun muka masih lagi ada kesan dari kemalangan hari tuh.. tapi tetap hensem dan tetap nombor satu di hatiku.. wahwehh!

Friday, March 25, 2011

terribly sorry :(

Sayang..
Ampunkan aku.. Aku tidak berada di sisi kau semasa kau sakit... Ampunkan aku... :(
Moga tetap tabah hadapi semua dan cepat sembuh... Love u so much...

Thursday, March 17, 2011

30! horray!

Dah masuk 30 tahun! wah..wah! apa aku dah buat selama 30 tahun aku hidup ni?? mana aku dah pegi?? apa aku dah buat?? kena recalculate balik semua2 sisa-sisa kehidupan yang mungkin kira-kira tinggal 30 tahun lagi. Banyak lagi benda yang aku rasa belum selesai... Harap aku ada kekuatan untuk mencorak sisa ini menjadi kehidupan yang bole membuatkan aku tersenyum semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir...

Saturday, March 12, 2011

Getaway or Get Away?... to Terusan Sugut ;)

Macam mana cara untuk 'get away' dari Terusan Sugut?

Langkah 1: Dari Jeti sekolah, naik bot menyusuri Sungai Sugut menuju ke Kampung Pantai Poring. Menggunakan enjin kuasa 30hp, perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 20 - 30 minit. Dengan bayaran sebanyak RM 70 (minyak =RM 50 & khidmat = RM 20)


Langkah 2 : Sampai ke Kampung Pantai Poring dan menaiki pacuan empat roda. Bagi pengguna kancil sila parking kereta anda elok-elok di luar yee. Bagi yang tiada pacuan empat roda, bole menumpang kawan je. Memula nak bayar minyak kawan tapi oleh kerana dia baik hati, so bagi free je. Tapi kalau ada pacuan empat roda, minyak yang diperlukan kira-kira RM 60 (full tank untuk diesel) untuk perjalanan pergi balik, tak termasuk jajan2 yang perlu dibeli untuk juadah sepanjang perjalanan.Langkah 3: Meredah jalan yang sangat "cantik" seperti yang anda bole saksikan di bawah ini, sepanjang 30km!!.. Bagi yang tak seronok dengan suasana sekeliling, boleh tidur ja tapi pastikan keliling anda ada bantal sebab kalau tak, anda bangun dengan kepala benjol sana sini.. so, lebih baik anda terjaga dan cuba untuk tidak menggeleng melihat keindahan sepanjang perjalanan yang dipenuhi tanah merah ;)





Langkah 4 : Setelah menempuh 30km yg penuh lumpur, sampailah anda di simpang ini. Kami panggil Simpang Obah sebab persimpangan ke Kampung Pantai Poring dan ke Kampung Obah. Masa ini pemandu2 boleh melihat2 kenderaan masing2 manalaa tau tercabut tayar ke, brake disk ke.. atau tercabut leher pun bole. Btw, lelaki yang agak hensem di bawah ini adalah Cikgu Steve. Cikgu baik hati yang saya maksudkan di atas sana. Beliau berdiri di simpang antara nak masuk Kg.Pantai Poring (kiri beliau) dan Kg.Obah (kanan beliau).
Langkah 5 : Setelah puas mengecek kereta2 anda dan mencongak2 berapa kos untuk memperbetulkannya nanti, anda tutup mata dahulu untuk menempuh jalan yang agak 'baik' sikit laa... gravel dengan batu halus sikit... Kira2 dalam 10km laa.. masa ni anda bole la bersedia dengan handset anda sebab bila2 masa sahaja telefon anda akan berbunyi menunjukkan bahawa anda tidak "out of coverage" lagi yeay!

Anda perlu melalui 2 gate (maaf, gambar gate tidak diambil kerana penulis sedang sibuk mengecek kalau ada line henfon)... Bagi kereta yang baru lalu, dorang tak akan bukak gate. Kena soal siasat dulu, kalau nasib malang, kena paw la dalam RM 10 untuk bayaran masuk. Kalau muka dikenali mcm Cikgu Steve yang setiap minggu keluar ni, dia just angguk dan angkat tangan, then pak guard tu akan bukak gate.. so, baik tumpang jek ngan dia...

Langkah 5: Setelah usai gate yang ketiga, anda akan jumpa jalan bitumen.. yeay! back to life!.. ini dipanggil kawasan Paitan.
Langkah 6: Alamak! mana langkah 6 nih? adohai.. rupanya aku dah tertidur dlm perjalanan.. ok laa.. langkah 6 akan bersambung kemudian nanti ;)

Tuesday, February 15, 2011

left key-chain

Kekasih aku sangat sweet ok.. dia suka bagi aku benda2 yang handmade, ia buat aku lagi cair... Malah, semua yg dia buat sangat comel dan buat aku selalu teruja..

Telebih puji laki sendiri lak.. hahaha.. Well, that what i really think about him.. pasni buat lagi banyak2 yaa...

Salah satu benda yang dia suka bagi adalah handmade key-chain [sila rujuk gambar]yang dia buat dari tanah liat. Sangat comel.. 1st time yang kaler merah tu dia bagi masa aku keja di KL lagi.. and satu lagi yang kaler ijau tu masa hari Ulang Tahun Kawin kami yang ke-dua.. Sebijik lagi tu bukan hand made laa tapi key-chain yg dia bagi jugak masa aku nak pindah Sabah dulu.. Masa aku sgt gilakan Katun Chicken Little ni.. (sampai skg takleh tgk katun ni, rasa mcm nak gigit jak.. comel!)...

Perasan tak apa2 persamaan antara semua2 key-chain di atas?

Yaa... kaki sebelah kiri ketiga2 nya suda hilang di telan ntah apa.. sian para baby2 aku ni.. Lenkali nak minta encik suami buat key-chain yg takda kaki kiri lak aa.. mana laa tau tahan sikit.. hehehehehe...

Apa2pun terima kasih sangat2 ngan encik suami atas semua ke'sweet'an mu yang selalu meruntun jiwaku.. nanti cuti kita sambung bercinta2an yaa... hehehe... Love u Sayang!

Tuesday, February 01, 2011

MOVED!


Sudah berpindah ke rumah baru sejak 19hb Januari lagi.. Alhamdulillah

Wednesday, January 26, 2011

2nd Anniversary

27 Disember 2010

Suda sebulan berlalu, rasa macam semalam jak. 27hb, kami baru balik dari Pangkor, badan masih penat. Pepagi rancang nak pi Bukit Tinggi tapi sebab encik Somi masih lagi kurang tenaga, kami end up mencari tempat lunch sahaja dan memusing2 di sekitar Kuala Lumpur.. Begitu la cara kami menyambut ulang tahun kami yang kedua!.. moga selepas 2 tahun ini, cinta kami semakin mekar dan berkembang sehingga ke akhirat sana.. doakan yang terbaik untuk kami yaa..

Lokasi: La Bodega Deli, Bangsar.

Pembuka Selera: Croquetas De Cebolla Y Manchego Sobre Mojo Rojo. (mak aih, panjangnya nama menu ini.. nak sebutpun tebelit2 lidah).. Tapi just sebut Tapas. What is Tapas? click here

Menu Utama: Beef Lasagne. Memula Arip yang order Lasagne and aku order Spagetti de Mare. Tapi spageti tak sampai2. Rupanya adik tu lupa ambik oder kami tu.. adeh.. pastu, kami just cancel jak and puas hati ngan makan shared lasagne.

Pencuci Mulut: Ok, aku tak ingat apa nama kek yang kami makan ni.

Monday, January 24, 2011

mode : yuna - decorate

Decorate - Yuna.

So you decided to see me out of the blue,
should i let you come over?
i think you're doing fine..
that girl in your arms does she know where you come from?

Almost made me move out of town,
you don't want me to be around, i stayed anyway,
just in case...

finding reasons to hate you more than before
like how you said, you would call
but never at all..got rid off your number that i know by heart...

you left your things at my place,
as if i have all the space,cause you know i dont mind
just come back when you think its time..

i'm all black and white inside,
monotonous from left to right
i decorate my house with things you love
just in case, you show up..
in case you show up.
Download:
FLVMP43GP

Monday, January 10, 2011

2011

2011 masih fresh lagi.. baru sepuluh hari.. Hampir setiap hari kena tegur ngan budak2 tiap kali aku tulis tarikh di papan putih... 2010 is gone ma'am!..

Tiap kali tahun baru ramai orang buat wish list... macam2 adaa.. aku? hmmm... seriously, tak penah terfikir nak buat wish list...

Sebenarnya aku ada wishlist yang tak tertunai sejak berdekad lalu. Kata orang, kalau wishlist tu kita gitau ngan orang lain, nanti tak kesampaian.. So, yang ini memang aku diamkan saja kecuali kepada encik you-know-who. Tapi setelah beberapa tahun tak kesampaian, aku paparkan disini jugakla.. mana laaa tahu ada sesapa yang bermurah hati nak bantu aku capai apa yang aku nak. Setakat hari ini, ini senarai yang aku nak buat tapi tak sampai lagi...

1. Pembedahan orthodontik: Wish ini bermula sejak aku darjah 4 ke 5 cam tu la.. Masa tu, gigi depan aku ni tetiba ada tumbuh satu batang gigi panjang kat tengah2... Lama-lama gigi tu jadi buruk.. Yaks!.. mak akupun hantar pi klinik suh buang... lepas tu, jarak antara 2 gigi depan aku jadi jauh dan i tell u.. ia sangat hodddoh!.. Masa di klinik tu, aku nampak poster untuk pembedahan orthodontik dan aku bagi cadangan ngan mak suh buat... Pastu, mak aku diam jak.. dah tentulah kami takda duit nak buat menatang tu.. So, akupun tanam dalam diri aku.. Aku akan buat jugak pembedahan itu nanti walaupun gigi depan aku dah rapat dan menjadi gigi besar sebesar kapak.. hahahahaha.....

2. Bermain Roller Blade: Ok.. aku tau ia sangat old skool.. jarang dah aku tgk budak2 main roller blade..(ke, aku yg tak tau?). Masa skolah rendah dulu, aku tak ingat darjah berapa... Tapi ada satu movie Indonesia tu, tajuknya "Olga dan Kasut Roda".. sangat teruja tgk dia main roller blade.. tapi apakan daya... teruja jak lebih, duitnya nggak ada yaa...

3. Belajar Menari: Pelik tapi benar... Dulu aku selalu ngejek kak Tie sebab dia selalu menari joget ke apa ke even di tepi jalan pun dia akan menari gak... Tapi itu joget ok... Aku nak menari agak2 hip hop sort of thing... yang rancak... Benda ni bermula bila aku tgk movie "Save the Last Dance" masa aku di UMS dulu.. Rasa mcm best jak gerak badan ikut beat muzik.. yeaaarh!..

4. Belajar gitar: Hmmm... Ni disebabkan Erni ngan Darma la ni.. Masa duduk Blok D di UMS dulu selalu jek dorang main gitar.. jeles.. tapi masa di U, tak jugak blaja main. Abis ja U, baru try beli gitar, beli buku kod segala bagai... hahaha.. tapi hangat2 taik ayam... Belum lagi pandai sampai skg... hohoho.. dan aku rasa sebagai Guru Pemulihan atau Guru Pendidikan Awal murid, kebolehan bermain gitar itu adalah sangat sesuai!..

Eh.. 4 je ke? hmmm... tak banyak kan? ada sapa2 yang bole sponsor? hehehe...