Thursday, July 23, 2009

responsibility

Nama Klien: Datu Hakif bin Datu Saharuddin
Kelas : Tahun 3
Tahap Kemahiran : KVKV (Konsonan Vokal Konsonan Vokal)
Dia adalah satu2 murid tahun 3 yang masih belum pulih dan aku semakin risau sebab Program Pemulihan di sekolah kena antar laporan setiap march, june dan oktober.
Last year, aku anta laporan and dalam tu aku selitkan penyebab kepada one of the student tahun 2 yang masih belum lagi pulih sehingga ujung tahun. Dia selalu tidak hadir ke sekolah. Masa mesyuarat ngan ketua Sektor Pendidikan Khas pun, sekali lagi diajukan dengan masalah yang sama. Selamba ja dia menjawab "Itu memang ciri-ciri murid Pemulihan Khas". Yes! memang itu lah salah satu sebab kenapa wujudnya Guru Pemulihan Khas di sekolah, untuk menyelesaikan masalah-masalah murid yang tidak dapat diselesaikan di dalam kelas biasa terutama masalah membaca, menulis dan mengira. Untuk menjadikan mereka ini boleh menguasai kemahiran2 ini, tingkah laku mereka harus diubah dahulu dan ini pada dasarnya adalah tugas guru pemulihan jugak. Which is, ME.
Aku pun masih belum dapat menyelami hati budi murid aku sorang ni. Dalam kelas di seorang yang pasif tapi dalam kelas Pemulihan dia bertukar ganas. Macam ada split personality. Aku belum berjaya lagi memulihkannya.. yaa... BELUM BERJAYA. Bermakna masih dalam proses. Masuk minggu ni dia dah 3 minggu tidak hadir ke sekolah. Ustazah di sekolah aku dah pergi melawat dia beberapa hari ini. InsyaAllah.. Aku pun nak jugak pegi kejap lagi. Walaupun aku tau aku bukan la pakar dalam arena pujuk-memujuk ni tapi aku akan cuba. Sepatutnya aku dah cuba untuk memujuk dia sejak di minggu pertama dia tidak datang. Tapi atas sebab kekangan masa dan beberapa perkara yang perlu dibereskan, aku kena postpone dulu.

No comments: