Tuesday, July 26, 2011

stress out!

Hari ni cerita pasal budak-budak aku.. 

Sebagai guru pemulihan, wajib ada kesabaran dan kemahiran untuk memanipulasi stress menjadi sesuatu yang boleh menjadikan senyuman. 

Untuk tahun ni, budak pemulihan aku sikit jek sebenarnya. Tahun 2 ada 7 orang dan tahun  3 ada lagi 3 orang tak lepas. Kena berusaha lagii!!!... Dalam 7 orang tahun 2 tu, satu dah lepas. Alhamdulillah... tinggal lagi 6 orang. Bunyi macam sikiiit jek kan? hehehhee... bunyi macam nak cakap "Bestnya Cikgu ni ngaja budak 6 org jek".. hehehe.. 

Dalam 6 orang tu, ada 1 orang yang kira dah boleh laaa membaca buku bersukukata, 1 orang masih peringkat mengeja kvkvkvkk (cth: belalang, senapang dll), 3 orang masih lagi peringkat kvkv (contoh: saya, buku dll), 1 orang masih lagi dalam proses mengenal abc dan membunyikan huruf vokal. 

Dalam kelompok 3 orang yang baru kenal kvkv itu, 
Satu orang budak yang sangat degil dan macam ada dunia dia sendiri which is kalau dia cakap "tidak" maka jangan la bercita-cita untuk memujuknya. 
Sorang lagi, agak mendengar kata juga dan agak rajin apabila diminta oleh guru membaca, tetapi takdir Allah menjadikan otak dia sangat lambat untuk menerima apa yang di ajar, bagitau dia sekarang dan tanya balik time tu jugak, time tu jugak dia akan lupa. Maha Suci Allah.
Budak yang sorang lagi, aku agak merupakan seorang OKU tapi mak bapak dia taknak aku bawak dia jumpa doktor sebab dia rasa anak dia ok jek walhal, bila masuk kelas pemulihan jek, tiada lain keja dia panjat meja, lompat-lompat, tarik tudung kawan dan pelbagai kerosakan di muka bumi ini. Sangat Hiperaktif.

Budak yang baru mengenal abc dan huruf vokal ini, sangat jarang nampak muka dia di sekolah. Sebenarnya semasa tahun 1, dia tidak pernah bersekolahpun. Dia sangat fobia dengan sekolah. Puas la mak dia pujuk dia tapi taknak datang. Walhal, petang-petang dia main di padang sekolah jugak.. adeh... Masa awal tahun 2 ni, mak dia datang sekali ke sekolah!.. ha! ambik kau.. mak dia masuk ke kelas, duduk sebelah dia di kelas. Beberapa bulan jugak mak dia ikut sekali ke sekolah. huhuhu.. baru beberapa bulan terkebelakang ni barulah mak dia dah bagi pelbagai alasan supaya dia takyah ikut dan dia pun suda ok. Tapi selalu jugak tak datang. Dalam seminggu, paling banyak dalam 3 hari la dia datang.

Ada satu hari tu, budak yang baru kenal huruf ni aku dah ajar bunyi-bunyi huruf vokal a,e,i,o da u. Dah ajar bahawa "a" untuk ayam, "e" untuk enam, "i" untuk ikan, "o" untuk obor dan "u" untuk udang. Keesokan harinya, aku bagi lembaran kerja, aku just letak gambar dan satu petak kosong di sebelahnya untuk tulis huruf vokal yang sesuai. Oleh kerana dia pun belum expert lagi, so aku kena pantau gak masa dia menjawab. 

Cikgu: ini gambar apa?.. sambil tunjuk ayam
Murid: ayam
Cikgu: Apa huruf yang bunyinya aaaaa.. untuk ayam?
Murid: A... sambil tulis..
Cikgu: Bagus...
Cikgu: ini gambar apa? sambil tunjuk ikan..
Murid: Ikan
Cikgu: Cuba bunyikan huruf depan iiiiiiiiikan?
Murid: ssssssshhhhhhhhh.... blop..blopp..bloopp...
Cikgu: Hahahahahaaa...... dalam hati: salah soalannnn daa.....

Memang kadangkala agak stress jugak mengajar murid yang begini, bayangkan sudah hampir 7 bulan, mengajar abc. Sampaikan aku suda kehabisan idea nak mengajar macam mana lagi. Kalau kaedah diulang, murid sendiri akan tegur "Cikgu, kita suda belajar ba ni".. hehehe.. kena la perah otak sehabis daya bagi memastikan yang mereka tidak sedar yang mereka belajar benda yang sama hampir setiap hari. Kadang-kadang aku berfikir jugak, teruk sangat kah aku mengajar sampai dah 7 bulan budak ni masih lagi tak kenal abc. huhuhuhu... :( sedih.

Tapi adalah satu kepuasan bila murid yang kita pernah ajar dari abc sampai dia lancar membaca dan masuk ke kelas perdana, pulak tu dapat top di kelas pulak. Bila tengok balik muka-muka murid yang pernah menjadikan aku stress sudah pandai membaca kadang-kadang buat aku terharu dan rasa nak peluk jek.

Walaupun aku bukanlah seorang guru yang perfect, tapi moga murid-murid ini akan ingat apa yang telah mereka dapat. Dan sekiranya mereka berjaya suatu hari kelak, moga-moga mereka akan sedar bahawa segalanya bermula dari seorang guru biasa .. seorang guru pemulihan... :)

Friday, July 22, 2011

The Crow

Ingatkah anda pada movie yang pertama sekali anda tonton di wayang? Aku, The Crow. Walaupun masa tu ingatan aku pada movie itu agak vivid sebab tak biasa dengan gelap dan bunyi yg sangat kuat. Tapi bila aku tertengok The Crow - Stairway to Heaven di tv beberapa tahun lalu. Ia macam mengimbau kembali kenangan menonton movie buat kali pertama. Pulak tu masa Stairway to Heaven, pelakon dia adalah Mark Dacascos yang memang aku rasa dia cute sejak tengok movie pasal Capoiera dalam Only The Strong. 

Aku tak ingat tv apa yang siarkan cerita tu tapi aku tak tahupun sebenarnya ia adalah bersiri. Sebab ia hanya siarkan episod 1 -Soul Can't Rest. Sehinggalah aku minta movie itu ngan Syed then dia bagitau semua ada 22 episodes. Then, baru aku tau rupanya franchise The Crow rupanya banyak. Dari komik, movie dan cerita bersiri. Setakat ini movie The Crow suda ada 4: The Crow, City of Angels, Salvation dan Wicked Prayer.

Komik






 


Stairway to Heaven ~ 





 


  
 The Crow 
  The Crow - City of Angel 



The Crow - Salvation 
lakonan Eric Mabius (the one that play Danial Meade on Ugly Betty, lain sangat ok karakter dia sini)











The Crow - Wicked Prayer





Setakat ni aku just ada 22 episodes of Stairway to Heaven dan City of Angel. Mana nak cari yang lain2 ya? hmm.. ada sesiapa boleh bantu?

Sunday, July 10, 2011

Yellow day

Sabtu - 9 Julai 2011 - BERSIH 2.0 Rally

Encik Suami suda menukar profile pic facebook kambing ke logo BERSIH beliau. Bagus.. at least beliau ada pendirian sendiri. Teruskan usaha mu!
Aku.. masih di Terusan Sugut ini. Buat-buat tak kisah. Bukan buat, memang aku tak kisah. Tetapi dengan sengaja aku mengenakan baju kuning semasa latihan sukan budak-budak hari ini. Bukan nak rally tapi saja suka-suka sebab kebetulan aku ada baju kuning. Agak-agak kalau aku pi bershopping di CM hari ni, aku dah masuk lokap kot eh. 

Aku sebenarnya ada pendapat sendiri tentang rally ni. Bukan 100% sokong tapi ada relevennya jugak. Kalau mengikut apa yang aku baca di media (sudah tentu bukan media government-linkage ok). Media maksud aku adalah dari blogger-blogger yang tidak dikaburi dengan ayat-ayat "Yang Menurut Perintah". Mereka lebih telus dan tidak beralas. Kita terlalu banyak disogok dengan kebaikan-kebaikan yang ditabur media perdana, tetapi kena diingat bahawa zaman ini adalah zaman teknologi di mana maklumat hanya di hujung jari sahaja dan rakyat bukan sahaja bergantung kepada informasi yang dipaparkan di kaca televisyen. Mahu dan tak mahu ambik tahu sahaja. Kalau banyak buka blog rakyat ini, kita akan tahu apa yang cuba disembunyikan oleh "Yang Perlu di Turut Perintahnya ini". Jadinya, rally seperti ini adalah perlu agar bos-bos aku di atas ni bukak mata sikit dan muhasabah diri. Kena tengok di mana salahnya dan kenapa perlu ada rakyat yang memprotes. Mungkin dah banyak kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tapi kemungkinan niat sudah jauh terpesong dari yang sebaliknya. Wallahualam... Kalau di mulut kata ikhlas tapi hati dikaburi dengan niat untuk menambahkan duit poket, baik balik rumah cuci piring, cuci rumah lagi baik biar BERSIH. 

Tapi, all and all. Aku masih lagi menyokong kerajaan kerana aku adalah ahli "Yang Menurut Perintah".. hahahaha.. nampak sangat aku takut untuk keluar dari zon selesa. Kalaupun kadang-kadang mengomen tentang bagaimana kerajaan membelanjakan duit cukai RM 60 yang yang aku bayar setiap bulan. Projek kerajaan sekarang kalau tak ada perkataan "juta" tak sah!... Sehinggakan nak buka page Facebook  yang berslogan "Its free, and its always will be" pun nak pakai sampai 18 million. Huh!... Kerajaan kena buat audit gila babi punya audit laa.. Jangan main pandang sebelah mata jaa... 

Kadang-kadang terfikir juga, apa akan jadi sekiranya pihak pembangkang yang akan memerintah Malaysia ini? Mampukah Anwar dan pembangkang membawa keamanan di Malaysia sebagaiman BN sedang lakukan semenjak merdeka? Bagaimana kalau tuntutan Ambiga yang banyak berkaitan dengan isu-isu Islam itu akan ditunaikan? Apa akan jadi dengan agama Islam di Malaysia? Aku masih mahu Malaysia menjadi negara Islam dan mahu Islam kuat.

Sebenarnya, ia bermula dari dalam diri... Bersihkan hati each and everyone. dari pemimpin ke rakyat di pelusuk negara. Barulah apa-juga yang dilakukan akan bersih. Kalau sembahyang lima waktu kau pun tak bersih, baik takyah aa nak tunjuk yang kau tu bersih sangat. Jom! bersihkan diri supaya kita boleh bersihkan Iman dan Islam.. 

P/s: Hari ini hari Ahad, jom bersihkan rumah jom!

Sunday, July 03, 2011

1murid? 1sukan? 1 sekolah

Kementerian Pelajaran dah lancarkan dasar 1murid 1sukan sejak tahun lalu lagi. Bersempena dengan dasar itu, satu lagi projek 1Malaysia yang perlu diadakan di seluruh sekolah-sekolah di seluruh Malaysia iaitu Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada 2 July 2011 (Sabtu). Aku sebagai ahli-ahli "Yang Menurut Perintah" pun kena juga menyahut cabaran 1Murid 1Sukan 1 Malaysia  ini. Projek ini yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah secara serentak di seluruh negara ingin mencipta rekod Malaysia Book of Records sebagai larian yang terbesar disertai oleh pelajar sekolah.




Tapi yang aku kenfius, tajuk projek ini 1Murid, 1Sukan 1Malaysia. Hmm.. Satu murid? aku rasa dia nak semua murid termasuk guru dan semua kakitangan sekolah... apasal laa dia bagi nama 1Murid. Dorang kena revise betul2 laa baru keluarkan nama projek apa-apa.. jangan main sedap jaa letak 1 dan 1 untuk menyokong 1Malaysia.

Tapi, trima kasih laa jgk sebab dengan adanya projek ini, merasa jugak laa aku joging satu kampung Terusan Sugut ni.. Rasa macam nak joging hari-hari plak lepas ni.. hmmm... menarek..


Tuesday, June 28, 2011

Terengganu on June 2011

Ni nak cerita pasal perjalanan kami semasa cuti sekolah jun lalu ke Terengganu.
Reason memilih Terengganu (walaupun tak bincang reason inipun ngan Encik Suami) tapi here it is:
1. Pak Mentua kerja di Terengganu dan dia dah offer untuk duduk di rumah sewa dia dekat UMT
2. Ada majlis kawin adik Qadier iaitu Fahmi di Besut.
3. Mengimbau kembali memori semasa Cyberkids Camp (+bercinta2an) di Gem Beach Resort :)

Kami bertolak pada hari Khamis 2 Jun 2011. Rancang nak bertolak malam sebab nak jumpa+ambik papa yang akan sampai di airport KLIA plus ambik kunci umah. Habis packing, kami bertolak dari umah Serdang dalam jam 9.00 malam menuju ke KLIA. Setelah ambik papa di airport, kami balik ke Serdang dan makan malam ngan papa dulu di Chop n'Steak belakang umah. Kira-kira tepat jam 12.00 tghmalam baru bertolak dari Serdang.

Perjalanan ke Terengganu sangat lama ok. Agak kesian jugak dengan encik Arip sebagai pemandu sedangkan aku enak-enak tido di sebelah.. hehehehe.. sungguh tidak berhati perut betullah!. Ampun yaa bos.. Kami sampai di Kuala Terengganu kira-kira jam 7.00 pagi hari Jumaat dan terus berjanjitemu dengan rombongan pengantin Fahmi yang juga bertolak pada malam tersebut. Kami sarapan bersama-sama di sebuah gerai berdekatan dengan pasar, ok.. aku tak ingat nama pasar tu apa yang penting bukan Pasar Payang ok.

Setelah bersarapan, kami balik umah sewa papa dan terlelap sehingga ke tengahari ;P.



Cuaca sangat panas ok.. Tapi kena paksa diri jugak untuk bangun sebab takkan laa berkurung dalam umah jek kan. Untuk tengahari aku berkira-kira nak makan nasi kerabu. Yelaa, walaupun nasi kerabu juga bole di temui di KL tapi kalau makan nasi kerabu di Terengganu baru feel dia ada.. So, kami membuat keputusan untuk ke pasar Payang sebab di sana ada food court. Tetapi, bila sampai sana, kami agak kecewa sebab keadaan yang tidak seberapa menyelerakan dan banyak stall yang tutup. Kami pun melilau di sekitar Pasar Payang dan akhirnya sampai di satu restoran di tepi sungai. Ok.. ampun lagi sekali, aku lupa apa nama restoran itu. Oleh kerana kami agak lambat sampai so, makanan di restoran itu dah nak habis. Tapi sebab lapar, kami try jugak ambik nasi campur. Melepas makan nasi kerabu di hari pertama di Terengganu.. :(

Usai makan, kami ke Pasar Payang untuk window shopping. Aku beli beg yang comel, sehelai maxi dress dan berbungkus-bungkus keropok lekor untuk buah tangan nanti bila balik sabah. Encik Arip pula, beli seluar berwarna oren dan ? erk.. eheheh.. nampak sangat aku yang syok shopping sensorang.










 Lepas dari pasar Payang, kami sambung berjalan-jalan di Dataran Shah Bandar pula, dekat jek ngan Pasar Payang. Bila dah penat, kami pun balik ke rumah.






Tapi sebelum sampai di rumah, kami menyinggah dulu di pantai berdekatan umah sewa papa untuk berfoto-fotoan dan bercinta-cintaan di tepi pantai.

Malam itu, kami membuat keputusan untuk tidak keluar rumah sebab masih lagi penat sebenarnya.

 









 

  Hari berikutnya iaitu pada hari Sabtu, pagi2 lagi kami bersiap untuk ke Besut bagi menghadiri majlis kahwin Fahmi. Kami rancang nak sarapan di tepi pantai. Bermula dari Kuala Terengganu, kami menelusuri sepanjang pantai untuk mencari tempat paling best untuk bersarapan. Agak lama juga kami mencari sehinggakan kami suda give up dan pilih saja stall di tepi jalan. Tapi sebab niat itu sangat murni, akhirnya kami belum lagi bersarapan sehinggalah kami sampai ke Pantai Rhu Sepuluh. Pemandangan di pantai ini sangat cantikkk ok!!.. serius cantik. Dan kami akhirnya berjumpa dengan tempat bersarapan yang paling best. Apa lagi, kami order keropok lekor untuk sarapan macam tak penah makan sejuta tahun ok.. dan keropok lekor yang sangat pure di tambah dengan perut kami yang sudah lapar. Ngap saja!


 


Kami sampai di Besut kira-kira jam 12.00 tghari dan kami menuju terus ke kampung di mana majlis kahwin berlangsung iaitu di Chegar Batang. Sebut betul2 ok.. sangat tak sesuai dengan bakal pengantin. hehehhe...


 




Kira-kira jam 4, kami iaitu aku, arip, kadir, dhan dan nizam bertolak balik ke Kuala Terengganu sebab malam tu kami rancang ingin mencandat sotong ;D.

Sebenarnya, abang yang akan jadi guide kami tu cadangkan kami mula mencandat selepas asar, tetapi sebab masa dalam perjalanan kami singgah lagi makan-makan keropok lekor di Pantai Rhu Sepuluh (lagi).. jadi kami agak lambat sampai di Kuala Terengganu. Kira-kira jam 6.30 petang baru sampai di UMT. Kami bergegas sembahyang dan tukar baju sementara qadier, nizam dan dhan mencari makanan. Jam 7 barulah kami selamat sampai di pantai di mana bot untuk mencandat mendarat. Abang tu dah tersengih-sengih tunggu kami.



Dari situlah bermulanya pengalaman mencandat sotong yang pertama. Menurut abang guide itu, mencandat sotong biasanya dibuat dari selepas asar sebab masa tu sotong masih nampak lagi. Menurut beliau juga, disebabkan bulan sedang malu-malu nak keluar, so memang jangan nak jangka hasil yang lumayan la. Nasib baik hajat kami sekadar nak timba pengalaman jek dan bukan nak makan sotong sangat pun.

Antara kami semua, just Nizam jek yang penah mencandat, so ikat mengikat umpan terpaksa dilakukan oleh abang guide tu jugak laa.. hehehe.. kami tolong tgk jek..
Mula-mula kami semua sangat excited ok. Smua pakat pilih port masing-masing. Tapi sebab semuapun tak berapa expert, abang guide jugak laa yang jadi harapan. Sekali dia try, dapat teruss!!.. Kami semua yang terlopong tgk sotong bergelut di umpan tu jadi bertambah bersemangat. Nak candat sotong kena ada caranya, bukan main lepas macam tu jek. Kena tarik-tarik sikit, lepas sikit... macam tu la. Pastu, sampai sekarang aku masih takleh nak define macam mana rasanya bila umpan sotong mengena ok.. Sebab kebanyakan, aku tarik2 tapi hampeh jek. Kalau dapatpun sebab abang tu yang kebetulan tolong rasa tali tu untuk aku. Antara banyak-banyak sotong yang kami dapat, aku dapat satu jek ok.. itu pun kecik gilak! Tapi pengalaman mencandat sangat best ok.. Tapi bila dah jam 11 malam, mata aku dah ngantuk gila, siap terbuai-buai dengan ombak lagi. Lagi la aku mau tido. Dalam jam 11 malam dan hasil candatan sebanyak 11 ekor pelbagai saiz, kamipun bertolak balik ke pantai.

Abang guide tu cadangkan kami bakar jek sotong tu sebab nanti tak fresh. Lagipun takda fridge nak letak. So, kamipun bakar laa hasil candatan itu dan masalah lagi timbul apabila kami terpaksa menghabiskan kesemua ke sebelasan ekor sotong-sotong itu. huhuhuhuhu...

 Jam 3 barulah kami beransur pulang ke rumah sewa papa untuk berehat.


Keesokan paginya iaitu pada hari Ahad. Tiba-tiba, pintu umah diketuk. Rupanya papa suda balik dari KL. Kami yang masih terkulat-kulat pun terus bangun dan bersedia untuk berjalan dan balik terus.




Kadir, Nizam dan Dhan mengikut haluan mereka dan kami pula bertemankan papa, meronda-ronda sekitar Taman Tamadun Islam. Tempat itu agak menarik juga. Tapi masalahnya adalah... Cuaca sangat panassss... Aku tak tau ia disebabkan memang cuaca pada masa itu sangat panas atau sebab Terengganu memang panas disebabkan berdekatan dengan laut. Kami hanya mampu berjalan ke 1 2 replika masjid, selebihnya kami menaiki tram yang disediakan.
 
Dalam jam 4, kami mencari kilang pembuatan keropok lekor basah di Kampung Seberang Takir seperti yang dicadangkan oleh papa.





Selesai dengan urusan keropok lekor, kamipun bertolak balik. Dalam perjalanan, baru kami sedar sebenarnya kami menggunakan jalan baru di bahagian dalam Terengganu. Maka kami pun berjumpa la dengan tempat-tempat yang tak pernah didengari sebelum ini iaitu Bandar Al-Mukhtafi Billah.. hmmm.. kena google laa tempat ni. Nampak macam luxury.

Kami selamat sampai di Serdang kira-kira jam 4 subuh dan esoknya Encik Arip masuk opis seperti biasa..

Wednesday, June 22, 2011

Kem Bina Insan SK Terusan Sugut 2011

Bermula pada Jumaat 17 Jun 2011, SK Terusan Sugut mengadakan Kem Bina Insan untuk pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6. Semuanya cuma seramai 31 orang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang... walaupun masa agak pack dan terkejar-kejar, tapi nampak semua pelajar telah menimba sesuatu dari kem ini. Alhamdulillah.

Jumaat:
Registration-Taklimat kem-Riadah-Makan-Solat-Ice Breaking-Kembara Malam

Sabtu:
Kuliah Subuh-Kawad-Mencari harta Karun-Ceramah-Ikatan-Penyelesaian Masalah-Latihan Persembahan-Riadah-Makan-Solat-Malam Kebudayaan-Malam Penghayatan
Ahad:
Kuliah Subuh-Kawad-Merentas Halangan-Majlis penutupan - Usai!





Aksi facis terlampau:


Kem ni bukan sahaja baik untuk murid-murid, malah mengeratkan kerjasama guru-guru semua... Sangat happy sebab kami semua macam satu family!.. u guys rocks!!