Thursday, November 27, 2008

appreciation


Hidup manusia memerlukan penghargaan untuk membina keyakinan. Bila kita dihargai oleh seseorang, itu bermakna ada sesuatu dalam diri kita ini yang unik dan perlu bagi dia. Kita patut bangga and seboleh-bolehnya kita dapat memberikan respon terbaik untuk menunjukkan bahawa kita berterima kasih dengan penghargaan yang diberikan.


Aku menghargai kamu, aku berbangga jadi kawan kamu dan aku tak mahu kehilangan kawan seperti kamu. Bagiku itu adalah penghargaan terbaik yang aku mampu berikan untuk kamu. Adakah aku melampau dalam memberikan penghargaan? Maaf, kadang-kadang emosi itu melebihi akal fikiran waras hingga boleh menjadikan seseorang manusia bertindak keterlaluan. Atau kamu yang tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon terbaik untuk itu. Yah! Kamu pernah jadi kawan aku, tapi jika aku selalu mengatakan kata maaf, itu bermakna aku tidak layak sebab seorang kawan tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang memungkinkan untuk dia meminta maaf.


Aku sayangkan kamu sebagai kawan, sebagai teman, sebagai sahabat, sebagai pendamping atau sebagai apa jua yang kamu inginkan. Jangan pergi sebab aku masih menghargai kamu. Tapi bagaimana kalau kamu harus dan perlu dan wajib dan yang sewaktu dengannya, tinggalkan aku demi kebaikan semua pihak. Aku tidak tahu bagaimana dan dengan apa untuk meneruskan semua ini. Tapi aku masih macam dulu, aku masih merasa itu. Apakah kamu sudah lupa aku pernah wujud dalam hidupmu dulu?


Kawan, teman dan yang sewaktu dengannya, hidup ini sekejap ja. Semalam kamu jumpa aku, hari ini kamu jumpa dia, siapa tahu esok aku tiada lagi. Aku tahu kamu takkan sedih, sebab kamu punya ramai kawan seperti aku. Semua berpangkal dengan penghargaan, kalau kamu hargai aku, aku akan dapati yang kamu ada sentiasa ada di sisi. Merasa walau tidak melihat. Namun jika kamu sebaliknya, aku akan faham sebab kamu hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan dan tahap kesabaran kamu itu takkan mungkin menyamai tahap kesabaran malaikat.


Apa jua kehidupan yang kamu pilih, aku harap kamu bahagia..

Saturday, November 22, 2008

Sukaneka KDC



Sepanjang weekdays dalam minggu ni, aku rasa stress ja. Aku tau sebenarnya apa yang menyebabkan aku stress. Kepala rasa berat sangat, macam ada ketulan-ketulan dalam otak aku ni yang perlu dipecahkan, tapi tak tau camna nak pecahkan. Tapi tak apa la, at least masih lum gila lagi. Mungkin sebab 2 minggu sebelum cuti, aku dibebani dengan aktiviti yang memerlukan kudrat yang banyak, jadi segala bebanan itu ter'drag' sampai la masuk maktab. Masuk maktab pulak buat aku tension, yes I am tension plus stress. Sebab kamu la! Kamu patut bertanggungjawab.

Tapi Alhamdulillah, minggu ni berakhir dengan BOOM. Pagi tadi kami ada Sukaneka Antara Unit KPLI-KDC Pemulihan. Ada 3 unit semuanya dan setiap unit kelolakan setiap satu. Untuk sukaneka ni, Unit 1 (unit aku la), kelolakan permainan Pemukul (macam ala-ala kriket). Unit 2 pulak, kelolakan permainan sasaran ( Kena baling bola besar guna bola tenis sampai tergolek ke pihak lawan. Unit 3 kelolakan Permainan Bola Jengket (Seperti permainan bola tampar kecuali dalam permainan ni, pemain kena jengket kaki, kalau letak kira foul).

It was fun! and membantu aku mengurangkan keberatan kepala aku. Mungkin ketulan-ketulan di kepala aku dah pecah. Sekarang dah ok dah. Untuk games ni, Unit aku dapat 3rd place untuk game Sasaran dan 1st place untuk Bola Jengket. Games yang kami kelolakan, tak dapat apa-apa ;) tak apa la tu. Tapi Alhamdulillah, sukaneka ni banyak bantu kami mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara kami. Yes, aku ngaku sebelum ini Unit 1 agak lembab dari segi kerjsamam berbanding unit lain. Tapi masa sukaneka ni, semua memberikan komitmen yang tinggi. Puan Norhayati (pensyarah PJK) pun puas hati ngan Unit kami and tak puas-puas memuji :) kembang gak sekejap.

Micro Teaching

Sepanjang 5 hari pada minggu pertama di IP Tawau, banyak benda yang perlu aku fikirkan dan ada di antaranya tak mampu aku selesaikan. Kuliah dari jam 7.30pg sampai jam 5.00ptg, tapi rehat jam 10.30-11 dan 1.00-2.00. Jadi sepanjang hari, kami cuma ada masa 1 jam setengah untuk berehat. Minggu ni, kami banyak mengisi masa rehat itu untuk taklimat la, perbincangan la and sekali tu, kena cuci ngan penyelaras. Tau la guru pemulihan, and perangai pun sebijik cam budak pemulihan, sebab tu penyelaras naik hangin.
Minggu ni jugak kami mula Micro Teaching (mengajar macam ngajar kelas sebenar). Alhamdulillah, komen dari pensyarah agak memberangsangkan dan teguran beliau amat berguna untuk aku gunakan semasa praktikal yang akan bermula Januari tahun hadapan.
wish me luck ya... Bukan nak dapatkan A atau cemerlang, tapi bila ada orang care ngan pengajaran kita, kita lagi teruja untuk buat yang terbaik and dapat mengukur tahap pengajaran kita, ok ke tak ok... Buat masa sekarang, pengajaran yang aku buat di sekolah mengikut macammana yang terbaik untuk anak murid aku, mana la tau pensyarah pembimbing aku nanti boleh betul-betul bimbing aku and perbetulkan mana-mana. InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik and sekiranya ada di antara anda yang terbaca post ni sorang guru bekas pelatih, bolehlah perturunkan apa-apa yang aku boleh praktikkan nanti k.

Friday, November 21, 2008

Scout Out


Hari rabu adalah hari ko-kurikulum. Unit KDC Pemulihan 1 adalah anggota pengakap, tidak boleh tidak kena masuk pengakap jugak. Aku, pasal pengakap ni memang satu benda pun aku tak tau. Memang la penah dengar tapi tak penah terfikir nak masuk. Dari sekolah menengah tahun 2007, semua sekali pelajar-pelajar perempuan SMKA Tun Sakaran kena masuk Persatuan Puteri Islam. Itupun sekadar ahli ja. Tak aktif pun.

Pasal pengakap ni pulak, aku memang buta sikit la. Belajar teori ja tapi praktikalnya agak terkebelakang. Sampaikan nak lekat logo dekat baju aku pun boleh salah! huh! malu aku. Kepada anda-anda yang ahli pengakap di luar sana, abaikan logo di baju aku yang pelik ja rupanya tu sebab, aku pakai logo yang sepatutnya dilekat ke topi, aku lekat kat dada. Nasib baik yang tegur tu, kawan-kawan ja and bukan lecturer. Kalau kena lecturer yang tegur, ditambah lagi ngan lecturer yang jenis kalau menegur pelatih, tak kira malu tak malu.
Hari tu, Rabu (19 hb November 2008- Tahniah kepada anda-anda yang bergraduasi pada hari tersebut) kami semua 'lengkap' ngan uniform, beramai-ramai melawat pelatih-pelatih (KDPM-Kursus Diploma Perguruan Malaysia) yang berkhemah di Taman Bukit Tawau (Table) Tapi kami sekadar tengok ja la, nak buat tak lagi. Tak dapat dah kot sebab kalau tak buat interaksi kali ni, bermakna kami memang tiada harapan la nak buat. Walaupun lawatannya sekejap ja tapi agak memenatkan. Mungkin sebab aku pakai high heel (Apa kejadahnya aku pakai high heel pi masuk pusat rekreasi perkhemahan tu, salah aku jugak!) Alih-alih dapat penat yang berkesangatan. Di tambah lagi ngan stress yang ntah dari mana datangnya. Hmmm.... Tarik nafas ja aku.

Wednesday, November 19, 2008

Bye...bye.. teacher


Interaksi Nov-Dec 2008 versi 1.0

Interaksi Tutorial bagi sesi November-Disember telah bermula! Interaksi kali ni agak lain sebab batch yang (hampir) sama-sama ngan kami dah takda. Maknanya kurang la wajah-wajah yang dikenali di IP sepanjang interaksi ni. Macam tak best la pulak. Lagipun, kami dah boleh dianggap senior sebab dan setahun belajar sini walaupun setakat hanya 3 kali dah interaksi. Bila dah senior atau dah berpengalaman sikit jadi perangai pun nak kena jaga. Kalau interaksi pertama kami dulu (Nov Dec 2007), kami agak terkial-kial dan masih lagi kabur-kabur tentang banyak benda, sekarang ni kami lagi pandai mengawal situasi dan peranan. Cara mengawal penyiapan assignment jugak dah semakin matang ;P. Bukannya sebelum ini tak penah buat assignment masa di Universiti tapi cara pengurusan masa dalam interaksi sebelum ini agak membunuh diri sendiri. Jadi untuk interaksi kali ni, kami lebih berhati-hati terutama dalam pengurusan masa ni. InsyaAllah, interaksi kali ni akan lagi berseri dengan aktiviti BIG (Bina Insan Guru) yang akan dilaksanakan pada 3-6 November 2008 and bertempat di Borneo Paradise, Lahad Datu. Alhamdulillah, syukur sangat diorang dah awalkan dari tarikh asal (13-16 Dec), at least bila dah abis interaksi ni bolelah perbetulkan balik mana-mana urat yang terputus atau kulit yang dah terbakar. Mesti menjaga ke'ayu'an untuk masa depan! ;) hehe...

Tuesday, November 18, 2008

Kamu dan Cintaku

Aku yang lemah tanpamu. Aku yang rentan kerana cinta yang telah hilang darimu yang mampu menyanjungku. Selama mata terbuka, sampai jantung tak berdetak selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu. Darimu, kutemukan hidupku. Bagiku, kau lah cinta sejati. Bila yang tertulis untukku. Adalah yang terbaik untukmu. Kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku. Namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku yang telah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah.
Yah aku adalah pencinta, aku sedang bercinta dan sedang mencintai seseorang. Aku tak kisah kalau kamu kata aku jiwang sebab aku adalah manusia dan aku punya anggota yang kita panggil hati. Hatiku adalah sesuatu yang agak sukar untuk aku kawal. Lalu aku biar ja hati aku melekat pada sesiapa yang ingin dipahatkannya. Kalau kamu cuba leraikan, maka rosaklah hati dan kamu kira masih adakah pengganti yang mampu memulihkan hati ini?

I am forever yours...

Well open up your mind and see like me/
Open up your plans and damn you're free/
Look into your heart and you'll find that the sky is yours/
Please don't, please don't, please don't/
There's no need to complicate/
Cause our time is short/
This oh this this is out fate, I'm yours!

I AM FOREVER YOURS...

Saturday, November 15, 2008

Comot&Comel


That boy with red arrow on his head is Mohd. DzulAzhar bin Nasran. But, well-known with his short but unrelated nickname: Arip (I wonder why...)

Hectic Weeks


Alhamdulillah.. selamat jugak aku sampai di Bandar Sandakan. Tak lama ja 3 minggu berlalu sejak aku outing hari tu. Mungkin disebabkan kesibukan yang berkesangatan. Lepas Deepavali (aku kuar) minggu tu adalah minggu exam jadi agak free sikit sebab aku just ajar 2 kelas perdana (BM tahun 4 dan Math tahun 3) selebihnya adalah kelas pemulihan yang tak termasuk dalam exam sekolah. Walaupun macam tu, aku agak lambat menanda kertas budak2 tahun 3 sebab aku perlu melakukan sesuatu yang hanya aku dan orang-orang yang berkenaan ja yang tau. Perangai cikgu-cikgu ni macam-macam, semata-mata nak nama famous, sanggup lakukan apa ja. Tapi benda tu biarlah dia dan Allah ja yang tahu. Taknak la cerita panjang2 tentang insiden yang memalukan organisasi tempat aku bekerja.

Second week, kerja agak bertambah sebab aku buat Program Bacaan Pantas untuk pelajar-pelajar pemulihan aku. Program khas untuk pelajar-pelajar yang dah pulih dan boleh membaca. Alhamdulillah, walaupun masih ada yang perlu diperbetulkan, tapi pencapaian mereka dah boleh menyaingi kawan-kawan yang lain. Cuma, untuk tahun 2009 aku akan tetap memantau diorang supaya tidak terus tertinggal. Then, minggu itu jugak adalah Minggu PPSMI, and kami buat Pertandingan Spelling B, Story telling, puzzle English dan puzzle Math. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Third week, memang giler hectic nak mampos. Hari isnin ada Program dari Persatuan Bahasa Malaysia pulak. Walaupun sehari ja, tapi hari itu jugak kami kena bersedia untuk Hari Anugerah Kecemerlangan yang tarikhnya terpaksa diawalkan memandangkan tarikh asal (12hb-Rabu) kami kena bersedia untuk event hari khamis. So, bermula malam isnin, tido aku dah tak tentu. Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar, macam biasala, event yang memerlukan komitmen semua orang. Walaupun guru di sekolah ni ada 11 orang dan 1 ktbm tapi huh.. hampeh tol (alemak, terbuka pekung la pula) takpa la tu, sekali lagi, biar mereka dan Allah saja yang tau.. Hari rabu kami kena update files dan clearkan mana yang patut sebab Pengarah sekolah Harian dari Kementerian datang melawat. Menurut mereka, lawatan itu untuk menanda aras bagi memasukkan guru-guru sandaran di sekolah. Kalau nak letak guru baru kat sekolah aku, please la letak guru Bahasa Inggeris, kesian betul budak2 ni terkontang-kanting sebab ketiadaan guru BI.
Apa-hal pun, mesti aku rindu budak2 ni masa 2 bulan di luar.

Aku masih merasa CINTA itu.

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramutersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada disana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu KEJUJURAN

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI

Tetapi Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA!!
Cintaku adalah kesakitan yang teramat... Mungkin hanya aku, Dia dan kamu yang tahu...

Sunday, October 26, 2008

Siapa Pencinta ku? Anda kah?

Doa Si Pencinta

Tuhanku…

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku. Seorang yang sungguh-sungguh mencintaiku lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi di hatinya. Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukku jua.

Wajah cantik dan daya tarik fizikal tidaklah penting, yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintaiku dan memerlukan kasih sayangku…

Dan dia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk siapa ia hidup supaya hidup tidaklah sia-sia. Seorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku. Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku, tetapi juga boleh menasihatiku ketika aku berbuat kesalahan.

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikkan tetapi kerana hatiku, Seorang lelaki yang boleh menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktudan situasi apapun.

Seorang lelaki yang dapat membuatku sebagai seorang wanita ketika aku berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan aku sebagai penegurnya. Seorang lelaki yang sentiasa mendoakanku dalam hidupnya, seorang lelaki yang menginginkan diriku untuk membuatkan hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta padamu Tuhan…

Berikan aku sebuah hati yang sungguh-sungguh mencintaiku sehingga aku dapat mencintanunya dengan sepenuh hatiku pula, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku…berikanlah Rohmu yang lembut sehingga kecantikkanku datang dari mu bukan dari luar diriku…

Akhirnya kami bertemu dan aku berharap kami berdua dapat mengatakan “Betapa besarnya kasihMu kepada kami sehingga Engkau memberikan kesempatan buat kami berdua untuk bertemu”.

“Dan biarlah dia menjadi seorang lelaki yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”

Aku mengetahui bahwa Engaku Tuhan menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau tentukan.
Dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa. Amin.

Friday, October 24, 2008

Deepa(Sedikit Raya)

Happy Deepavali ngan anda semua, sama ada anda orang Melayu, Cina atau India. Kita rakyat Malaysia kena sambut sama2, betul tak? Aku penah nampak objek ni, kat mana ya?:

Bunga Api


Lama jugak aku tak update cerita. Lepas raya and balik sekolah, aku kena consentrate ngan banyak benda. Reports, ulangkaji, paperworks untuk aktiviti lepas exam, assignments.. bla..bla.. tido.. hehehe.. Kesihatan pun merosot, mungkin ni gara-gara pil yang kakak aku suggestkan masa raya tu. Lepas makan pil tu, aku tetiba hilang selera makan, pastu cam kurang tenaga, kepala takleh fokus, mata asyik nak tetutup ja. Badan makin susut... :(
Ada benda akan berlaku ngan aku, tunggu ja la nanti ;) mungkin akan membantu menceriakan aku semula.

Tuesday, September 23, 2008

cintaku di mana? :(

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"


Friday, September 19, 2008

Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”
Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
.............................
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
.................

Tagged

Aku jarang buat tagged ni tapi demi kamu wahai Ibu Nuha ku sayang.. aku relakan jua.. here it goes...

1) What is the most important thing in your life?
my faith to Allah

2) What is the last thing that you bought with your own money?
henfon baru! ;) sony ericsson K530i. Tak sampai 5 jam hihi.. pastu, minyak gosok, Sam Po (Promoted by Anis ;P) sebab sebu lepas bebuka...

3) Where do you wish to get married?
Mekah.. really!!

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
Dunia akhirat.. InsyaAllah...

5) Are you in love?
Macam nak mati ja jatuh cinta ngan dia..

6) Where was the last restaurant you had dinner?
hmmm.. pasar malam tepi laut pinggir Sandakan.. bukak posa tadi.. Alhamdulillah..

7) Name the latest book that you bought?
Al-Quran kira buku jugak ka? Aku beli baru ja tadi.. Al-quran kecik, leh bawak sana sini.. so cool.. nanti aku nak letak gambarnya nanti ;)

9) Do you prefer your mother or father?
Aiyoh... Tanpa ayah dan ibu sapa la aku...

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Chad Kroger (Vocalist Nickleback)

11) Christina or Britney?
Avril please..

12) Do you do your own laundry?
Every day

13) The most exciting place you want to go?
Definitely, Niagara Falls.. aku mau sangat ke sana!!

14) Hugs or kisses?
Hug, kisses... gomol.. hahahaha

15) 8 things I am passionate about:
Outing (from Terusan Sugut), Tgk senyuman budak pemulihan aku, got at least 1 bar line di henfon aku, internet di Klinik Desa Terusan Sugut, movie, thrillers, mau pi camping, haiya! banyak jugak ni, nanti la sambung....

16) 8 things I say too often:
sayang, aiyak!, adede, hek'elleh, ye laa, apa nya?,

17) 8 books I’ve read recently:
Aku baca Dan Brown's Da Vinci Code for the 8th time, Nemesis by Bill Napier, Doomsday Conspiracy by Sidney Sheldon, Ayat-ayat cinta buat ke 3 kalinya, Feng Shui 2008, Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Buku Teks Matematik Tahun 3 dan EReM (Educational Remedial)

18) 8 songs I could listen to over and over again:
Current songs list: Used to, Home and What about Now dari Daughtry.
Selalu dengar lagu: If Tomorrow Never Comes by Ronan Keating.
Pasang sejuta kali takkan boring dengar lagu ni: Negaraku and Sabah Tanahairku. hihihi

19) 8 things I learned last year:
LAst year banyak benda aku blaja, bukan stakat lapan ja.. nak kena sebut jugak ka? aiya.. nanti la.

20) Tag 8 people:
Tanak tag sapa-sapa.. aku budak baik.. tanak nyusahkan kamu2.. ehhehe
selamat hari raya.

Tuesday, September 09, 2008

Eid Fitri



Selamat berpuasa buat sekalian umat Islam di muka bumi. Dan juga selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba.

Kepada anda yang nak balik kampong, ingat-ingatlah orang yang ditinggalkan di sini. Kalau nak bertunang ka atau berkahwin ka, jangan sorok-sorok k. Jangan malu-malu nak gitau walaupun sekadar 3 patah perkataan “Saya mau kawin”. Kang aku jumpa kamu, tetiba inai dah separuh kuku, aku potong jemari runcingmu dengan lengan-lengan sekali.

Kepada anda yang tak jadi bertunang, bila la pula tarikh penundaan seterusnya? Aku suggest, 20hb 02 2020? Cantik jugak tu. Jangan tunggu lama-lama encik oi, nanti dikebas orang, sengih cam kerang busuk ja nanti. Sapa nak tanggung. Sila panggung ja la kamu. Aku takmau tanggungjawab masalah kamu. Ingat itu.

Kepada anda yang sepatutnya dah kawin, sedar-sedarlah diri sikit, kau tu dah tua… bawak-bawak la bertaubat sempena bulan rahmat ni. Pi la jenguk-jenguk jodoh kat luar tu, mana la tau jumpa yang boleh dibuat laki.

Bagi yang belum berpunya, jangan terbawa nafsu… kalau belum jumpa yang terbaik untuk diri jangan pandai-pandai main bantai ja. Ingat kawin tu sesenang mengucapkan aileviu? No way! Pi ambik kapak dulu, tengok hati dia kalau hitam, cincang terus! Biar pupus semua lelaki-lelaki tak guna di dunia ni. Aman.

Bagi anda yang tersepit di antara dua pilihan, jangan la pulak pilih pakai dadu. Ini masa depan, bukan permainan Snake and Ladder. Nanti kang bukan setakat kena patuk ular, kena lagi hempap ngan tangga, tangga sekarang ni bukan buluh k, konkrit beb, sekali hempap, Innalillah…

Yah, semuanya memang berkaitan dengan yang masih hidup dan bernafas. Kalau kamu terasa itu kamu, apa yang kamu akan buat. Jangan buat bodoh ja, sebab aku tulis memang ditujukan untuk kamu.Do something la weh!


Okehlah, kepada kamu yang merasa aku pernah buat salah ngan kamu, tolong la maafkan aku. Aku tak tau bila aku ada masa lagi nak minta maaf, tolong dengan sangat. Aku tak tau lagi bila akan jumpa kamu dan kamu lagi. Mana la tau semasa bersama-sama kamu, kamu ada berkecik hati dan terlupa nak memaafkan aku. Pada kamu yang tengah baca ni, tutup mata jap and bisik kat hati “Apa jua kesalahan Jamal kepada aku, aku maafkan” Okeh, buat sekarang.. Terima kasih kerana berkerjasama. Moga Allah memberi rahmat kepada orang pemaaf seperti kamu. Kalau ada rezeki jumpa nanti, claim duit raya dari aku sebagai balasan.Okeh? Alemak rasuah la pulak. Hihi.

Virus benci

Memory card kamera aku takleh pakai, laptop aku kritikal, external harddisk di ambang bahaya. Thumb drive takyah cakap la memang lingkup dah awal2. Even CD installer pun infected! Dahsyat! Salute sangat pencipta virus ni. Kalau aku jumpa dia, aku nak berguru ngan dia pastu aku hack balik semua apa yang dia buat biar dia tahu dunia ni ada hukum karma. Mungkin kalau aku dah terlebih terror, aku cipta virus yang boleh jangkit hardware gak, tetiba tetikus dia menari-nari kat pad. Atau monitor dia tetiba flip-flop Atau tetiba keyboard dia bergerak sana-sini membentuk perkataan **** *** atau ****. Huhu.. padan muka.

Saturday, August 23, 2008

naluriku dan naluri kamu

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.