Friday, January 07, 2011

Weekender @ School Holiday

1st Weekend:
Warisan Global Sdn. Bhd. Lebuh Ampang, Kuala Lumpur - Menemankan encik suami yang bekerja di hujung minggu...
2nd Weekend:
Bukit Tabur, Taman Melawati... Sangat best tapi agak dangerous dan menyebabkan aku hilang keyakinan sedikit.. Nasib baik ada encik kesayangan dan pacik cina yang baik hati... More info on arief

3rd Weekend:
MAHA 2010, MAEPS Serdang... Sesak.. tapi sangat informatif... Kami naik kuda!...Menonton Teater Natrah di Istana Budaya.. Baru 3 kali tgk teater... (Ini bukan weekand ar). 2 Teater yang aku tgk sebelum ini di KLPac dan PJLA.. di support oleh company, kira ni 1st time beli sendiri..
4th Weekend:
Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor... Besh.. Tapi hampir seminggu susah nak duduk tahayyat...
5th Weekend:
66th Monthniversary... Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.. Sudah semestinya ingin menikmati Chocolate Indulgence di Secret Recipe... Sekali tiada daaa... New York Cheese pun sodap!
Menonton "Tron Legacy" di 3D IMAX... 1st time gak...
6th Weekend:
Pangkor Island.. KKS Family Trip.. (akan dihapdate tentang full report.. bergantung dgn kelajuan tenet)Stadium Nasional Bukit Jalil... Menonton Suzuki Cup 2010 - Harimau Malaya vs Garuda - Final Leg 1 dengan score 3-0!! Sangat berbaloi melupakan kepenatan balik dari Pangkor bila melihat Harimau mengaum di depan mata! Roaarrrrr!!!

Final week (weekdays is a weekend for Mr. Arip).. hahaha
2nd Anniversary -
Anniversary Day 1:
Lunch at La Bodega, Bangsar (Will write more bout it.. later)
Bercinta2 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Anniversary Day 2:
Colmar TropicaleJapanese Tea House

Wednesday, November 17, 2010

jamal kecil - part 2


Dalam family aku ada seramai 8 orang, sorang lelaki dan 7 orang perempuan... Paling bawah sekali, aku laa.. anak bongsu ni.. tapi bukan anak manja aaa... kami semua dilayan dengan sama rata oleh kedua ibu dan ayah yang sudah tua.. hehe.. mari aku senaraikan nama-nama kami sekeluarga.. unik tau!.. Bermula dari kakak sulung sehingga la last.. : Intan Baiduri (kak Intan), Mohd. Jat(Oto), Fatimah@ Norsidah(Kak Sidang), Noorazizah(Kak Ijang), Bunga Mayang(Kak May), Sabtiah(Kak Tie), Indah Rebiah(Kak Apek) dan Jamaliah(Amang,Jompo,Tomang,Adik). Banyaknya panggilan aku eh? hehehe.. mungkin sebab anak last kot, semua2 yg derang nak panggil ngan adik seterusnya melekat ngan aku jak.


Belakang umah kami ada banyak tumbuh2an yang bapa aku tanam. Ada rambutan, mangga, langsat, jambu air, jambu batu, manggis pun ada tapi kami tak penah makan sebab tak penah bebuah. Paling banyak adalah pokok kelapa, koko dan kelapa sawit.


Sebenarnya aku mau cerita pasal aku, kak apek dan kak tie yang cuba untuk mengait kelapa muda semasa kecik. Waktu kecik dulu, aku selalu kena buli oleh kakak2 aku. Mungkin sebab aku paling kecik dan comel.. ehem..ehemm... oleh sebab 3 orang paling bawah dalam adik beradik perempuan, jadi kami selalu buat benda sama2.. tapi ketua kami adalah kakak aku yang kami panggil Kak Ongkong (sekarang dah tukar nama jadi Kak Tie) sebab nama Ongkong itu rasa terlalu extrimist kot.. hehehe.. Kak Tie akan mengarahkan kami membawa galah yang panjang itu ke pokok kelapa.. bayangkan betapa panjangnya galah itu dan di hujungnya pula ada sabit yang tajam.. ditambah pula kami masa tu sangat kecik.. Mungkin dalam usia 5 - 7 tahun laa..

Bila sampai di pokok tu, kak Tie akan arahkan kami untuk tahan hujung galah dan dia pulak yang akan tolak galah tu sampai sabitnya naik ke atas. Tingat dulu, kalau kami terlepas jek galah tu, kena pelepuk kepala aku ngan kak apek. Dengan galah yang berat dan susah nak kawal sebab galah yang panjang. Memang kegiatan itu adalah yang paling extrimist bagi aku pada waktu itu.

Pastu, kami bertiga akan sama2 kawal galah itu dan mencari tandan kelapa yang kira2 sedang2 untuk dimakan isinya.. Adakalanya berjaya mendapat satu dan adakalanya sampai setandan kami turunkan... Kalau kelapa tu muda sangat dan tak sesuai untuk di makan, kami akan sembunyikan supaya bapa aku tak jumpa. Nanti kena marah.

Tapi selalunya misi kami akan berjaya dan kami sama menikmati hasil titik peluh dan ketukan kepala yang perit.

Aku balik baru-baru ni masa Deepavali dan masa tu bapa aku mula menjual pokok kelapa itu ngan orang. Orang tu nak buat kayu untuk perabot ke apa, tak tau la. Diorang nak ambik satu batang kelapa RM 10. So, berakhirlah riwayat pokok2 kelapa yang telah banyak memberikan kami kenangan manis....


SELAMAT HARI TAYA AIDIL ADHA!...
Bapa aku suda korbankan kelapanya... anda?

Monday, November 01, 2010

011110 - Happy Birthday Sayang!

1 November 2010

Hari jadi encik suami yang tercinta dan juga peperiksaan akhir bagi murid-murid. Pagi ni aku jaga 1 kelas jek, BM kertas 2 tahun 6. Selama 1 jam 15 minit... Tapi sebenarnya kepala aku tidak berada di sini kerana aku ingin sangat berada bersama encik comelku yang menyambut hari jadi ke 28 tahun! Jadinya, selama sejam lebih tu jugak la aku menghabiskan masa menconteng2... ini adalah contengan pertamaku yang aku anggap menjadi walaupun tetap buruk dan tak seperti contengan encik birthday boy yang selalu buat aku nak cium2 jak lukisan dia.. hehehe...

Sebelum ni, kalau aku menconteng, hasilnya adalah katun2 berbadan kurus. Murid-murid aku pun selalu jek ketawakan lukisan aku yang kurus tapi still derang tetap faham apa yang aku lukis.. i am not that bad after all!.. hahahaha

Ok la, kepada encik kekasihku, Muhammad Arief bin Suparjo Noordin, semoga tahun 2010 dan tahun2 yang akan mendatang, kau akan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa diberkati, diampunkan dosa, dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan, kejayaan, keselamatan, kebahagiaan, ketenangan jiwa, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah serta isteri mithali yang sentiasa berada di sisi kau di dalam susah dan senang.. Aminnn...

Wednesday, October 27, 2010

hati wanita = balang

Hati wanita itu umpama balang...

Kalau faham hatinya, nampak jelas semuanya... sejernih balang kaca...

Kalau balang itu terhempas ke lantai dan pecah... akan hancurlah semua...

Kalau boleh dicantumkan pun, retaknya tetap ada...

Retaknya tetap selamanya ada...

Monday, October 25, 2010

Hanyut..

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Suara Faizal Tahir itu sedap ok..

Monday, October 18, 2010

64th moons

64 bulan sudah berlalu..
Masih kau ingat rasa malam itu?
64 months
Under starry sky

18 equal 64 equal 5

Friday, October 15, 2010

rungut

Aku berjalan sambil merungut bahawa aku tidak memakai kasut....
Sehinggalah aku berjumpa seseorang yang tidak mempunyai kaki...

Manusia...

Tidak pernah syukur dengan apa yang ada....
Kalau la aku ketahui nikmat kejadian...
Sudah pasti aku akan sentiasa mengalirkan airmata syukur...

Namun...
Aku hanya manusia...
Hatiku belum lagi dicuci dengan air zamzam...
Masih banyak tompok hitam...

Manusia...
Selalu merasa akulah yang paling derita...
Terkadang menyalahkan kejadian yang telah berlaku..
Bertanya2 kenapa harus diuji...

Namun...
Masih belum sedar yang itu ketentuan Tuhan...
Untuk menjadikan aku lebih tabah dan bersyukur

Untuk diriku dan dirimu...

Tetap la genggam apa yang ada di tangan
Kerana kita takkan tahu..
bila ia akan terlepaskan...

Tuesday, October 12, 2010

Hormati isteri

Buat si suami, anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.


Dipetik dari:

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/953-wahai-lelaki-hormatilah-isteri-awak.html

Monday, October 11, 2010

belahan jiwa

Kerana ciptaan Tuhan itu indah,
kita terbit daripada rusuk lelaki,

bukan dekat kepala untuk dijunjungi,
bukan dekat bahu untuk membebani,
bukan dekat lengan untuk dijulangi,
bukan dekat jari untuk disakiti,
bukan dekat pinggul untuk dihenyaki,
bukan dekat lutut untuk ditindihi,
bukan dekat kaki untuk ditunggangi,

tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Wednesday, October 06, 2010

serabut. mcm sabut

Baru je browse back entry2 yang dulu2.. aku tak tau laa.. mungkin sebab bosan disebabkan rakan setia chatting sedang dalam busy mode atau aku sengaja ingin mengimbas apa2 jek la aku tulis sejak dulu2 ni.. (atau memikirkan yang lepas ni connection makin b*huduh dan aku masih lagi mau menghidupkan miszjamal.blogspot.com)

Baca balik apa yg aku penah tulis, aku akan memikirkan apa yang aku fikir masa aku tulis.. Sebenarnya aku selalu beremosi tapi aku selalu malas nak tulis di blog, sebab aku tak tau sapa2 jek yang baca blog aku ni..

Risau nanti aku tujukan dengan seseorang, tapi seseorang yang lain plak terasa. Aku tak mau gaduh dan aku tak mau orang anggap yang tak best.. Aku nak cerita jek apa yang aku selalu rasa tapi aku takut ia akan jadi memburukkan keadaan...

Kadang-kadang aku cemburu dengan dia, dia dan dia.. kalau aku ada banyak masa browse, merata2 blog org dan kisah2 org aku baca.. selalu jadi silence reader jek.. Ada cerita sedih, gembira, bahagia dan ada jugak yang masalah hampir serupa.. Kalau aku jumpa blog org yang aku kenal dan mengalami masalah yang sama, aku akan keep peeking blog dia walaupun aku tak tinggalkan komen... Tengok progress dia and kadang-kadang dengan hanya menceritakan apa yang dia buat setiap hari untuk menangani masalah dia boleh menjadikan aku termotivasi atau sebaliknya...

Sebab tu pompuan suka tgk drama.. (tapi x semua pompuan kot)... Pompuan suka bermain dengan emosi.. bukankah airmata itu adalah kekuatan pompuan.. Kalau tak caya, cuba tanya kawan lelaki sorang tu.. Pompuan nangis depan pagar umah terus cair.. hehehe.... siap ckp "i love u" lagi untuk meredakan tangisannya.. tabik springgg ngan pompuan tu.. badan keding jek.. tapi hebat tol! adohai laa pompuan... sekeras2 lelaki mana pun kalau dah stat kuar mutiara bercahaya tu, siap la lelaki....

apasal lak entry ni agak serabut..?

adehlaa.. entah la napa tetiba aku jadi rajin sgt arini.. mungkin berbalik kepada ayat pertama di atas, takoot internet jadi b*huduh... dan rakan chatting masih lagi dalam busy mode...

Aku ingat nak bukak satu lagi blog aa.. nak luah apa jek dekat situ... tunggu a kalau rajin... tapi aku ni.. bukan rajin sangat pun... adehlaaa.. sudah la jamal.. dah lewat ni.. pi balik.. syuh!

Halloo?.. Tuut...tuttt!

Sudah beberapa hari ni connection internet di sekolah tak berapa ok. One of d teacher bagitau, penah jugak terjadi macam ni dulu.. kejap ok.. pastu dah bingung.. pastu ok.. lelama dia off terus... huhuhuhu.. tak sanggup menerima kenyataan kalau connection internet dah takda.. takkan la aku nak sambung broadband..

nama broadband itu bole la diertisamakan dengan impossible...

BROADBAND in Terusan = Impossible...

Pulak tu sejak 2 menjak ni, public phone selalu jek ada noise masa beckp. seperti ada berjuta-juta burung saling sampuk-menyampuk masa aku tengah berkasih-kasihan di phone booth di bawah panahan cahaya mentari itu.. Haiyaa...

Takkan la nak pusing keliling padang atau bertenggek tepi jambatan untuk cari line.

Sbnrnya di Terusan Sugut ni, ada la part2 tempat tu yg bole dapat line.. Tapi mengikut eksperimentasi dan pengalaman kawan2 lain yang dah try, hanya certain jenama fon jek,

contohnya, Sony Ericsson bole dapat di hujung jambatan itupun jenis W## kalau K##i macam fon aku ni tak dapat la... Sebab tu aku tak penah try kot (atau sebenarnya malas) ... pastu dia pya provider pun tak semua bole dapat.. Kebanyakan yang dapatpun Celcom (tetapi mungkin kerana kebanyakan orang di sini pakai Celcom)....

Berbalik kepada aku.. secara tanpa beralasannya, aku MALAS nak cari line.. Tapi nafkah zahir perlu dipenuhi dan mungkin upacara mencari line perlu dijadikan last resort apabila internet skolah dan public fon sudah tidak beroperasi... Bedoa saja aku tidak jauh ketinggalan dari dunia luar walaupun aku berada nuun di sini yang jauuhh...

Saturday, October 02, 2010

Its October already?

here come October...

bulan tragedi I might say... or specifically, 12th of October
Owh.. please, let me talk about it.. please..pleasee... at least in here...

in this Secret that has to be Silence but not really Sweet tho..

Sudah genap setahun rupanya dan tidak ada dalam seharipun aku tidak merasa gigitan tragedi itu.. menggigit dan melekat...

mari menyanyi lagu tragedi sambil gigit bucu bantal...


Awie

Tragedi Oktober

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kejujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

trying to be in his shoe

Wow! baru jek post pasal hari raya tadi tapi rasa cam nak tulis lagi. Sekarang jam menunjukkan pukul 1.57 am dan aku masih lagi terpacak di depan skrin laptop ni. Ntah apa-apa jek yang aku godek dari internet dari tadi ni. Sebelum ni paling lama aku bertahan adalah sampai jam 3.00am itupun terpaksa menghadapi serangan konco-konco nyamuk yang berusaha untuk menambah darah dalam badan derang yang keding. Sebelum turun tadi ni, dah siap ngan Ridsect red coil, walaupun hidung agak sengal ngan asap yang tipis itu tapi waaayy better dari terkena gigitan nyamuk yang comel. Kang kena denggi.. Aku jugak yang susah.

Sebenarnya aku kesian ngan encik Suami. Chat takleh lelama ngan dia coz sekarang dia menjadi En.Super-Duper-Busy... Dua tangan dan 10 jemariku tidak mampu membantu semasa dia tidak berkecukupan dengan dengan jemari-tangannya... Rasa helpless sangat bila berada jauh dan terasa perlu untuk berada di sisinya. Just mampu chat dan menyampaikan kata-kata chaiyok! Harap semua itu dapat melegakan kekusutan yang bersarang.

Aku masih lagi cuba untuk menjadi isteri yang memahaminya. Noted. C.U.B.A. Iya, aku tau banyak perkara yang menunjukkan aku masih lagi tidak memahaminya. Seperti marah2 apabila dia tak antar emel dan cuba ungkit kisah silam yang tak sepatutnya dibincangkan lagi. Kadang-kadang aku tau dia sembunyikan sesuatu supaya tidak mengeruhkan suasana tapi selalunya aku akan selfish. Memperbesarkan sesuatu yang sekecil2 perkara. Huh! Setan dalam kepala aku selalu memainkan peranan dan selalunya Setan akan bersorak-sorai setiap kali gunung berapi aku meletus. MasyaAllah...

Setiap kali chat, sms atau jumpa ngan kawan or family, mesti soalan yang akan ditanya adalah, "bila nak transfer?" Sehinggakan aku boleh sediakan script yang aku taip jek dalam Words pastu, kalau ada org tya, aku just copy paste jek.

Hati ini sebesar-besarnya ingin berada dengan dia... Buka mata dipagi hari dengan senyumannya... Akupun tak tau dari mana datangnya kekuatan berada jauh dari dia selama 4 tahun ini... Selalu mendodoikan diri sendiri dengan kata-kata "kau akan bersama dia nanti.. sabar"... Tapi hati perempuan aku ni selalu jugak pecah dengan airmata dan sering terpaksa untuk memujuk hati untuk kuat..kuat.. dan kuat!

Jadi kepada anda-anda yang akan berjauhan dengan pasangan anda... Cuba la untuk bersama, cari ruang dan peluang... Sakit!

Friday, October 01, 2010

pictorial of my 2010 raya

Oleh kerana En. Suami tak bercuti pada hari sebelum raya, maka sesudah subuh baru bertolak dari Serdang ke Sg. Air Tawar.
Percubaan Encik Suami untuk mengambil gmbr aku semasa tdo dlm keta, tidak berjaya.... Bahaya betul En. Suami ni, adaka tgh drive pun sempat lagi snap org... Adeh.. bahaya...bahaya..Tahun ni tiada gambar bercium2 tgn dan duduk di sofa sambil acting bermaaf2an, thn ni mood outing... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA ANDA SEMUA!
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, August 31, 2010

generous yet?

Terima kasih kepada kerajaan kerana membekalkan laptop dan broadband kepada SEMUA pelajar di Malaysia... Wow! sungguh bertuah pelajar sekarang... dulu, aku dapat pen, buku latihan, baju, kasut and susu percuma jek.. Sekarang.. laptop percumaa.. hebat2... diperhebatkan lagi ngan broadband setiap satu... hebatt2...

Even budak2 yang jauh di pedalaman seperti Terusan Sugut pun dapat kemudahan ini.. Esok mereka akan menerima sebuah laptop siap ngan broadband... Tahniah.. Aku ulang lagi... BROADBAND ok... nak tegelak pun ada... Broadband di Terusan Sugut? Yuhuuu?

yang mengharukan lagi, lepas ni derang kena bayar RM 11.00 setiap bulan untuk broadband itu.. what? memang aa RM 11.00 itu sgt murah... Tapi budak2 ni nak dapat dari mana duit tu? tangkap ikan sambil baca buku? Even nak makan nasi pun payah, apatah lagi nak bayar broadband yang sah2 takda faedah.

Jangan kan broadband, 3G, signal fon, evem public fon pun ada masa dia akan off...

Aku pun tak pasti sapa la yang sangat pandai... agaknya derang tak siasat dulu keadaan tempat sebelum membuta-tuli bagi benda tu.. Part laptop tu aku setuju sgt laa... memang berbaloi.. part broadband tu, kena difikirkan semula laa datok.. jangan sampai menyusahkan anak2 kampung yang jauh nun di pedalaman ni...


Apa2 hal pun.. Selamat Hari Merdeka!!!...

Wednesday, August 25, 2010

Cash

Subhanaallah... Maha Suci Allah..
Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah...

Mari berdoa di bulan penuh berkat... tapi
Doa mesti ikhlas..
Kalau doa cemana pun, kalau tidak datang dr hati.. biar berbelas2 kali sembahyg hajat pun, kalau bukan datang dari hati... Maybe susah nak dimakbulkan...

Hari ni dah 15 hari dalam bulan Ramadhan, moga bulan penuh berkat ini membawa seribu keberkatan.. berubah dari buruk ke baik.. baik ke keadaan yg lebih baik...

Harap semua akan berubah kepada yang lebih baik... ;D

Friday, August 20, 2010

tergamak


Hukuman bunuh untuk yang membuang bayi.. Namun sejak diwar2kan hukuman itu, nampaknya makin menjadi2 pulak. Setiap hari ada ja berita tentang baby yang dibuang.. MasyaAllah.. tidak ka jatuh cinta mereka kepada wajah tulus bayi yang baru sahaja mengenal dunia... yang pasti kiamat semakin menghampiri.. adakah kita ini tergolong golongan yang terselamat atau mati katak dalam tiupan sangkakala...

Nilai diri dan cuba untuk hiasi peribadi...

Tuesday, August 17, 2010

mixed up mind

Hari ni aku sampai ke kemuncak keganasan self-destruktif. Cam bole kena heart attack anytime.. Nasib baik ada public fon yang berjaya menghubungkan aku dengan si dia yang setia mendengar. Meskipun aku tak harapkan dia untuk menyelesaikan apa juga ketensenan yang melanda di hati.. at least aku bole berkongsi air mata dengan seseorang... Sian dia, dia pun ada problem dia sendiri.. ampun ya sayang...

Sebenarnya banyak benda yang boleh menyebabkan aku semakin murung. yeah.. u heard it right... I am M.U.R.U.N.G... terima kasih... kalau anda2 sekalian mendengar aku kena penyakit serangan jantung aka hypertension aka mati mengejut aka almarhumah, so anda telah faham di sini...

Segalanya seperti bercampur baur... Melihat sumber keself-destruktifan dari semua arah.... dan aku rasa aku sangat terbeban dengan pemikiran aku sendiri yang tidak ada jawapan untuk penyelesaian semua sumber. Aku hanya mampu menangis.. yeah.. menangis babe... Jamal menangis.. terima kasih...

Aku harap Allah beri aku kekuatan untuk hadapi semua ini... minta dia permudahkan segala urusan dan di berikan aku jalan-jalan untuk menyelesaikan...

Monday, August 02, 2010

Konvo IPGM 2010

27 Julai 2010
Dewan Rafflesia
Institut Perguruan Kampus TawauThanks kepada encik suami dan puan ibu kerana sudi bertepuk tangan sama2 duduk di dewan bagi menyaksikan aku konvo.. walaupun diploma jek (diploma setelah mendapat ijazah?).. hehe terbalik daaa...

Tuesday, July 13, 2010

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun..

Dia adalah ayah, mentor, guru dan kaunselor...
Perginya dia menemui Ilahi sangat memberi kesan...

Terasa baru semalam kami menyambut hari persaraan arwah pada 12 mac 2010.
Hari ini kami dikejutkan denga berita yang sungguh tidak dijangka..
Kini, arwah berehat dari segala keperitan dunia...
Semoga Allah merahmati roh arwah... Al-fatihah..
:(
Tuan Haji Muhd. Julkifli bin Mustapah
15 Mac 1954 - 12 Julai 2010