Monday, November 02, 2009

5 reasons why i became a teacher...



I can think of lot more than 5 and I have a long list of it but I like to keep it to myself. ;D.

Can't wait for the end of this month. *giggles* yeay!!

Saturday, October 31, 2009

Happy 27th Birthday!


Dear My Charming Hubby: Arief
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 27!
Maaf tak dapat celebrate bersama-sama kau di sana.
Semoga Panjang Umur dan Murah rezeki serta dikurniakan isteri dan anak yang soleh dan solehah.
Love u and I will always will be

yet another weekend at the beach


Baru ja balik dari berkelah.. Bakar ikan, makan dan berenang-renang.. telinga aku masih lagi ada air..

Friday, October 30, 2009

member abadi

MEMBER ABADI

Detik Itu kau mengenaliku...
Tak ku sangka kita kan sejiwa
kita punya cita rasa yg sama
kerana kita member yg abadi....

Riang gembira kita kecapi
namun duka tetap bersama
ku memahamimu sepenuh jiwa raga
kerana kita member yg abadi...

Malam itu milik kita
walaupun kegelapan melanda
kan ku semat dlm diri
tiap memori bersama

Pengalaman mendewasakan kita
mengajar aku erti dewasa
ku memahamimu sepenuh jiwa raga
kerana kita member yg abadi...

PALAPES UMS With Memories....2000-2003....

Rasengan! :D


Bulan lalu aku buat spek baru coz spek lama ni penuh scratch :P and aku baru tau rupanya degree kerabunan mata aku da meningkat. Pastu sejak ahad arituh, mata aku di serang penyakit mata, budak-budak sini panggil ‘bilas’. penyakit mata yang merah dan ber’najis’… hohoho.. Bila kali terakhir aku kena penyakit ni pun aku tak ingat. Masa budak2 ada kot.
Memang Dia dah tarik balik nikmat yang Dia bagi. Mesti ada sebab. Tapi oleh kerana aku ni manusia yang alpa, aku masih lagi tidak sedar akan pembalasanNya.
Napa aku tau aku tak bersyukur? Sebab, walaupun aku dah di beri penyakit mata dan dapat cuti rehat selama 3 hari, aku pulun tengok Naruto dari malam sampai ke subuh.
Aku abiskan 90 episod Naruto sampai muntah. Sampai aku dah hafal lagu intro dia. Sampai di kepala aku ni aku dengar ja Naruto menjerit “Rasengan!”. Hohoho… Esok hari sabtu, aku mau sambung lagi tengok beberapa episodes :D

Saturday, October 24, 2009

Facebook | Jamaliah Maripat

De ja vu...
Itu yang aku selalu aku rasa bila bukak facebook..
Terasa macam kembali ke suatu masa dulu.. Macam2 rupa bentuk kawan2 lama yang terkeluar.. satu persatu.. nak nangis pun ada tengok kawan2 yang selama ini lost contact and bila jumpa di facebook, siap letak baby jadik gambar profile. Hmmm... Bila tengok gambar, rasa macam nak peluk pun ada.. rindu..

Life..
Segembira mana pun kita pada masa tu, kita takleh nak frozekan.. ia tetap akan berubah. Dulu rapat ngan dia.. bila sesi tu berakhir, swear taknak lepaskan persahabatan.. tapi masa dan suasana baru jadikan kita lupa apa yang telah di'swear'kan.

Friday, October 23, 2009

heart ache...


got this from suerie.. ( curik sebenarnya.. hehehe)

Thursday, October 22, 2009

Sukan Tahunan SKTS ke 13 2009

21 - 22 Oktober 2009 ( Rabu & Khamis)
Padang SK Terusan Sugut



Monday, October 19, 2009

trip on boat sketch ;)


trip on boat sketch.. using iPhone.

iPhone nya menjadikan iPod aku begitu merendah diri. dem

Tuesday, October 13, 2009

Beautiful/ Ironic..

born to be lame
in common wealth
what's with their blessed mentality

your superficial protocols
i say, i'm coming right behind

several things i've learnt
a thousand things i've burnt
complications first before the honey

there's nothing real anymore
you're pure and she's so synthetic
it's back to the retro-motion world

domestic nightmares
to make no friends
you turn tour insides out

dressed secular
lean on the fast life
wear out to tear down
you're living a waking dream

several things i've learnt
a thousand things i've burnt
complications first before the honey

there's nothing real anymore
you're pure and she's so synthetic
it's back to the retro-motion world (2x)

did i react?
there's time on and
and everything's done...

What's pure? Am I synthetic? ;D

Monday, October 12, 2009

Hatiku bernyanyi lagu sayu.. kenapa?

Hati... aku dah pujuk supaya berhenti dari mendendangkan aku lagu sayu...
Masih jua terus mendayu-dayu..
Hati... aku dah pujuk supaya berhenti dari ragu...
Masih jua terus menghantu...
Kenapa yaa??
Kenapa??
Allah..
Berikan aku kesabaran..
Berikan aku keimanan...
Berikan aku ketulusan...
Allah...
Berikan aku kesabaran Khadijah...
Berikan aku ketabahan Hajar...
Berikan aku keikhlasan Aisyah...
Aku ini wanita...
Aku ingin menjadi sekuat mereka...
Allah.. tunjukkan aku jalan...
Jika ini sebenar balasanMu...
Aku redha...

Saturday, October 10, 2009

~hidup~

Hidup, tak sangka ia berlalu dengan begitu pantas. Pantas sehingga kita adakalanya terlepaskan banyak perkara yang kita teringin buat. Sesetengah orang, pasang impian.



‘cecah 25 tahun dah kawin’,
‘before 35 dah berenti beranak, nanti anak kena sindrom down kalau lewat’,
‘by 40 nak gi Mekah’.



Tapi masa yang pantas itu kadang-kadang menjadikan kita terkejar2 untuk mencapai semua yang diimpikan and kadang-kadang tak tercapai pun. Ada target yang dikekang ngan persekitaran dan ada juga sebab kudrat serta takdir Allah.
Mana yang terbaik? Beritahu impian kita ngan orang supaya kita lagi bersemangat untuk mencapainya atau pendamkan saja supaya kalau tak tercapai nanti taklah dikatakan loser.



Kalau ada impian sekarang, silalah cuba untuk capai SEKARANG sebab kita tak tahu detik yang seterusnya kita masih bernafas atau Malaikat Maut datang menjemput.
Teringat pesanan one of lecturer di IPGM, duit yang kita ada sekarang gunakan untuk memuaskan kehendak dan keperluan kita sebab kita takkan tahu sama ada kita mampu hidup untuk memenuhi keperluan itu pada hari esok.
Enjoy hidup anda, derita sekejap, ketawa banyak kejap ;P
Impian aku? Jadi seperti wanita ini bole? InsyaAllah...

Thursday, October 01, 2009

Hari raya ku?

Raya Pertama..
Honestly.. sebelum ni biasanya pagi raya aku masih lagi pakai t-shirt and sibuk di dapur (bukan masak ok.. tolong2 ja.) Tahun ni, aku beraya dengan ahli keluarga baru. Pagi2 lagi Encik Suami bersiap ke masjid. Sebelum dia balik, aku kena ready (tapi tak ready jugak) alahai isteri.. Kami just bertandang ke umah pacik2 umah terdekat and berjumpa arwah nenek.




Raya Kedua..
Bak kata kakak aku. Aku just 'angollom' ngan suami ja. Maksudnya, macam ayam tengah mengeram. Aku eram Encik Suami di umah ja.



Raya Ketiga..



Bertandang ke kampung belah bapak aku di Pulau Pababag. Saja nak kenalkan Encik Suami kepada makcik-makcik di sana plak.


Raya keempat..

Malas nak crita sebab Encik Suami berkeras gak nak balik jumpa papa yang tercinta :)

Last Day bersama KDC ian..


Tiga minggu kursus induksi. Berakhir pada 17hb September. Semoga akan berjumpa lagi nanti. InsyaAllah...

Mungkin tidak berakhir di Jamuan KPLI-KDC Ambilan November.. Jumpa lagi my dear friends.

Friday, September 11, 2009

Kad raya?

Tingat lagi masa aku sekolah rendah dulu. Paling best masa bulan Ramadan selain berbuka puasa adalah,pada masa nak wish selamat berpuasa dan menyambut hari raya through kad. Macam-macam kad ada, kad katun, kad kecik, kad besar, kad bunyi2. Sehinggakan hari pertama Ramadan dah sediakan list nama kawan-kawan supaya tak tertinggal sorang pun. Kalau dapat balasan lagi best, leh simpan atau gantung. Kalau dapat balasan dari secret admire, kembang2 idung baca kad tu and ulang2 baca 2-3 ayat tu sampai tetido. Seronok :)
Lepas tu, kad raya makin dilupakan bila semua orang berjaya punya henset sendiri. Kalau takleh anta mms ngan gambar warna-warni, pakai monochrome yang kena taip2 sebijik2 tu and membentuk gambar tertentu. Nice dan berinovasi.
Kadang2, just anta through email. Kalau kreatif, buat sendiri, kalau tak ada jugak yang application yang bole create kad raya.
Sekarang ni, dah jadik trend anta kad raya through facebook. Thanks la ngan sapa2 yang create application ni. Berbaloi2.. Kad pun cantik2. Jadi sapa2 yang lum register facebook tu, leh la register and anta kad terus ke sejuta rakan-rakan anda. No sweat.

Thursday, September 03, 2009

KISSM

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia - KISSM
1 - 17 September 2009
Dewan Al-Khawarizmi, IPGM Kampus Tawau

Kursus ini wajib dihadiri oleh Pegawai Perkhidmatan yang baru sebelum di sahkan dalam perkhidmatan. Beberapa hari sebelum hari raya barulah kami selesai. BTN tidak dapat dijalankan kerana kerajaan sedang cut cost. Kami kena apply sendiri. Kesian...

Wednesday, September 02, 2009

break fast at Marco Polo

Unit Pemulihan 1 + 2 from Unit 2 KDC.
Marco Polo Restaurant
Makan sampai pecah perut!


Tuesday, September 01, 2009

takda tajuk

ekzos kemik pun mau RM 600 ka? Apa ni bang? Tau la nak dekat raya and abang mau cari duit raya banyak2 nak bagi angpau ngan anak buah di pagi raya nanti. Agak2 la weh.

Monday, August 31, 2009

bodohs!

Aku paling avoid guna perkataan ini. Terutama di depan budak2. Tapi perkataan itu la best-described ngan apa yang aku buat kemarin. Bodoh. Aku tak tau cemana nak menangani emosi disebabkan kebodohan diri sendiri.

Aku tak pandai menulis, tak pandai bekata-kata. So, kadang2 and selalu aku menyakiti hati orang dengan dan tanpa sedar. Aku selalu terlalu berhati-hati dengan perkataan yang aku gunakan. Kenapa? Untuk memastikan akan ada orang sentiasa di sekeliling aku. Ada orang yang jaga perkataan bila bercakap ngan aku?

Aku melakukan kesilapan. Itu semalam. aku tidak tau bila lagi aku akan melakukan kesilapan yang sama.
Aku ni pemaksa kan?
Aku ni tak tahu malukan?
Bila la aku boleh letak tembok besar depan muka bulat tembam aku ni?
Tak tahu malu! Kalau kamu panggil aku perempuan durjana pun aku telankan aja.

Sorri sebab blah macam tu ja semalam. Tengok muka kamu macam kucing kena sembilit 25 tahun. Tak berani aku suh kamu duduk lama2. Lepas tu aku rasa aku nyesal jugak. Hahahaa…

AKu mau salahkan sapa? Salahkan sebab aku jumpa batu berangin itu? Atau mau salahkan setan-setan yang selalu teliur tengok hati hitam aku? Maka dengan bangga mereka-mereka ini mengorek-ngorek dan memecah-belahkan keimanan yang tak tau nipis tebalnya? Apa yang aku fikir eh?
Aku tau kamu baca blog ni walaupun kamu tak letak komen sini. Sebab kamu sendiri bagitau begitu. Aku tak salahkan kamu kalau kamu mendetikkan di dalam hati kamu itu yang kamu nyesal jumpa aku.
Hahaha.. itu roda sayang.... hari ni kamu jumpa pendosa esok mungkin kamu jumpa penoda. Kalau tamau jumpa manusia durjana, baik tidur dalam rumah and berfikir saja.
Kamu sakit hati? Takkan la kot? Palingpun, mesti lepas ni nombor fon aku kamu delete. Patut buat camtu masa mula2 sekali kamu dapat

Emo aku tak stabil sejak semalam, mungkin sebab tu moto abang rxz tunggang tebalik kena ngan punggung keta aku. Sori la bang. Cantik moto abang, exzos kemik tu anta kedai e. bilnya gitau ja by fon tak yah nak jumpa minum2 kopi lagi.
arini sahur ngan milo sejuk dan biskut inti nanas. selamat bepuasa.

Friday, August 28, 2009

final!


Selesai... Alhamdulillah.