Friday, June 26, 2009

bye..bye.. MJ

We Love u. U'll never be forgotten and u'll always in our hearts. U're legend and ur songs are the soundtrack to our lives.

Monday, June 22, 2009

Musim Emo Datang Lagi...

Kamu...

Aku tahu aku lemah...

Aku tahu aku berdosa...

Aku tahu aku lupa padaNya...

Begini rupa titik akhirnya?..

Aku pun tak sangka.

Belumpun baca habis email kamu...

Lalu emo itu mulai berlagu...

Kamu...

Bahagia nanti ya...

Aku tahu kamu memang disayangi Dia...

Thursday, June 18, 2009

Updates ;)

Agak banyak jugak yang berlaku ngan aku sepanjang beberapa minggu ni.
Bermula selepas lawatan lecturer [dan lagi!!]
Minggu sebelum cuti sekolah, aku di lawati oleh 4 orang lecturer sekaligus.. Encik Anuar, Encik Victor, Encik Affendy dan Encik Lim Chee Kah. Haru betul laa! Apa2 hal.. thanks to those lecturer yang bersusah-payah untuk sampai ke Terusan Sugut!

Selang beberapa hari lepas tu...

Lawatan dari orang penting pulak... Encik Mohd. Arief bin Suparjo Noordin aka Encik Kekasih. Thanks jugak ngan kamu kerana berhempas pulas masuk ke Terusan Sugut. At Least kamu dah tau cemana kehidupan aku di sini. Outing bersama2 suami.. Sweet..


Menonton Angel & Demon dan half an hour Bowling tournament. Hehehe.. sowe for d score ya sayang... Need more practise yaa. kikikiki...




Namun selepas itu...

Kena antar kekasih di airport dan aku meneruskan usaha untuk menjadi guru yang terlatih [la sangat...].. di Institut Perguruan Malaysia Kampus Tawau selama dua minggu.

Di antara itu...

Majlis perkahwinan, my dear fren: Erni Gani pada 06.06.09. Congratulation my dear! Harap kekal sehingga ke akhir hayat... InsyaAllah...


Dan Trip ke Sibuan bersama Adik2 ipar...

Ayah mentua dan 2 orang adik ipar, Tati dan Hanum bercuti2 Malaysia di Sabah, so aku sebagai kakak ipar yang [baik], meluangkan sedikit masa dengan mereka. Sorry coz tak dapat nak entertain sepenuhnya, kena balik ke maktab untuk next classes.

Monday, May 18, 2009

Lawatan Lecturer [sekali lagi??]


Pagi ni aku gembira ja, budak-budak pun perasan aku tgh dalam mood ceria. Hampir semua budak tanya aku kenapa aku agak tersenyum-senyum. Sesetengah ada pulak yang buat spekulasi. "Cikgu dan ada baby yaa... heheheh" kata mereka. Haiya ini budak...


Rupa-rupanya mood aku hari ini berkait dengan apa yang berlaku ngan aku menjelang waktu-waktu akhir sebelum tamat waktu sekolah. Kelas terakhir aku berakhir jam 11.40am jadi aku berkira-kira nak bukak internet and surf mana2. Tetiba plak, dari jauh aku tgk si Rosleh dan 3 orang lelaki yang agak di kenali. Hohohohoooo.... Rupanya Ustaz Wan Azmi, Encik Mazuki dan Encik Zeeree yang datang melawat.

Aku punya la terkejut. Aku ingat bila minggu praktikum dah abis, aku dah boleh letakkan fail2 yang berkaitan untuk pemunggahan keluar. Banyak lagi yang aku tak masukkan dalam fail tu. Terutama fail Gerko. Jurnal pun belum di print [sepertinya alasan bodoh bagi orang yang tak buat]. Aku ingat aku nak selesaikan sebelum Interaksi Jun nanti. Rupa-rupanya ada lagi penyeliaan yang aku sungguh tak sangka. Huhuhuhuhu.... tergamam aku seketika. [bukan seketika, even sekarang pun aku masih rasa lagi pening2 kepala kesan kedatangan mereka].
Aku tau banyak yang yang aku tak siapkan. Aku dah terbayang markah aku nanti... C or C-? minta2lah jangan D. Hohoho.. Aku insaf.... Aku memang teruk sangat. Ampun....

Selamat Hari Guru!

Hei Cikgu-cikgu sekalian, kamu itu adalah luar biasa. Kerana kamu mampu melukiskan wajah-wajah masa depan. Tanpa kamu, siapa yang mampu memimpin dunia seaman ini. Syukur dikurniakan kekuatan untuk mampu membimbing dan memimpin dalam jerih payah karenah 101 ragam yang menyakitkan dan membahagiakan. Selamat Pagi Cikgu…


Cikgu Oh Cikgu.. Cikgu Jamaliah sudah masuk dua tahun melalui kejerihan dan kebahagiaan itu. Alhamdulillah Cikgu Jamaliah masih lagi memiliki kekuatan untuk menjadikan anak-anak pedalaman ini seseorang yang celik ilmu. Sebelum menjadi cikgu, Cikgu Jamaliah tidak tahu yang menjadi seorang cikgu itu bukan mudah. Cikgu Jamaliah merasakan bila menjadi cikgu boleh lepak-lepak sebab kerja setengah hari ja. Tapi apa yang Cikgu Jamaliah tidak tahu adalah Cikgu Jamaliah perlu memerah otak sekreatif tahap maksimum supaya murid yang perlu dibetulkan kawasan neuron-neuron otak yang yang tak berapa nak bersambung tu dapat disambungkan supaya segala ilmu itu melekat dan tak mengalir keluar semula. Cikgu Jamaliah tidak tahu yang Cikgu Jamaliah perlu memikirkan cara yang paling berkesan dan menarik minat murid itu untuk mendengar dan memahami segala butir high pitch yang terlontar dari kotak suara yang kadang boleh terkehel disebabkan kenakalan anak-anak murid berlari-lari di dalam kelas.


Walaupun dah masuk dua tahun mengajar, banyak lagi tatacara mengajar yang Cikgu Jamaliah masih belum tahu. Cikgu Jamaliah masih perlu untuk mencari formula untuk menjadikan anak-anak ini tahu membezakan apa itu jin kepala toncet atau huruf M. Cikgu Jamaliah ini masih lagi memerlukan tunjuk ajar dari sekalian cikgu-cikgu yang ada di luar sana.

Cikgu Jamaliah juga ingin sangat berjumpa dengan guru-guru yang sebelum ini bertanggungjawab menjadikan Cikgu Jamaliah ini boleh membaca, menulis dan mengira. Cikgu Jamaliah ingin meminta maaf sekiranya pada masa Cikgu Jamaliah masih lagi budak yang neuron tak bersambung, Cikgu Jamaliah telah menyebabkan cikgu darah tinggi dan sakit jiwa. Cikgu Jamaliah tidak bermaksud begitu kerana pada masa itu Cikgu Jamaliah masih lagi alpa dan belum mengenal dunia. Kepada Cikgu Jahariah, Cikgu Salbiah, Cikgu Inda, Cikgu Jamaluddin, Cikgu Hussein, Cikgu Latif, Cikgu Salleh Musa, Cikgu Azman, Ustazah Rosmah, Cikgu Shahrul Hizam, Cikgu Hasnah, Cikgu Gambalidah, Cikgu Abi Safian, Cikgu Yahaya, Ustaz Shahir, Lalalalaa… [*ni senarai cikgu dan ustaz yang pernah mengajar aku.. Sedikit ja yang aku masih ingat… Teruknya aku ni.. patutlah anak- murid Cikgu Jamaliah semuanya ‘baik-baik’ belaka.]


Banyak la pulak cerita Cikgu Jamaliah ni, akhir kata. Selamat Hari Guru untuk sesiapa sahaja menyampaikan ilmu Allah di dunia ini tidak kirala kamu itu, cikgu, ustaz, pensyarah, tutor, pembantu tadika, atau mat rempit yang sudah insaf. Pada masa kita berenti menuntut ilmu adalah pada hembusan yang terakhir.

Tuesday, May 12, 2009

Angel & Demon


Release : 15th May 2009

Can't wait to watch it on a big screen.
Sedang membaca semula novel tersebut: Angel & Demon by Dan Brown.

Friday, May 08, 2009

Happy Mother's Day


Mak aku takkan baca blog aku ni, tapi aku nak jugak wish dia Happy Mother's Day. Harap mak aku sentiasa sihat dan sayangkan aku seperti dulu. Aku baru perasan yang aku tak banyak entri berkaitan family aku. Bukan sebab aku lupa, tapi aku jarang berada dekat ngan family. Balik Sabah pun, masih lagi duk jauh dari umah.
Baby comel di pangkuan aku itu bukanla hasil dari aku ya... Itu hanya la olok-olokan dan harap auranya akan tersebar kepada kedua2 hamba Allah yang berbaju hijau itu. hehhehhe... Thanks pada Jem dan isteri atas peminjaman baby [Arif], mungkin sekarang Arif kecik itu suda pandai berjalan ke sana ke mari..

Sunday, April 26, 2009

Venomous

Beberapa minggu lalu aku didatangi sekor sang tebuan punggung merah. Mula2 aku buat tak kisah ja. Konon nature lover. Pastu beberapa hari dia bawak geng. Jadi lah 4 ekor. Aku just berharap diorang jumpa tempat lepak yg lain. Tapi dah seminggu tak alih2 jugak so aku pun mula halau [taknak letak ‘bunuh’ coz agak kasar ;)]. Maka bermula la peperangan aku dengan kawanan tebuan. First attack aku ingat 4 ja, rupa-rupanya aku tak sedar yang aku dah bunuh sampai 20 lebih. Rupanya selama ini aku diperkotak-katikkan. Lepas tu aku lega…

Pagi besoknya, tetiba 2 ekor lagi lepak2 di bilik aku. Aik! Ada lagi? Akupun, takpa la biarkan ja dulu. Biar punya biar, da semakin ramai plak. Aku pun memulakan semula peperangan aku dibantu oleh hosmet. Kami tegelak ja masa acara bunuh2an itu. Kami just sempat bunuh dalam 7 ekor bila diorang balas balik serangan itu. Mungkin marah sangat ngan aku. Sekor dari diorang telepas pi kepala aku. Hoh! Bedenyut kepala aku serta merta. Seriyes! Macam mau pengsan ngan sengatan dia. Bisanya macam kena patuk ular [macam la aku penah kena patuk ular ;P]. Sepanjang hari tu kepala aku berdenyut2.

Pastu, esok nya, sengatan yang kena di kepala tu dah beralih ke dahi pulak. Hari Isnin hari tu, bengkak di dahi tak ketara sangat sebab tertutup dengan tudung. Hari Selasa, menular sampai ke mata. Huhuhu.. bengkak macam mata and dahi Hunchback of Notre Dame. Buruk tul muka aku. Setiap orang akan tanya apa jadi ngan muka aku. Then, one of guard sekolah tu offer nak halau tebuan2 tu. Dia alihkan almari, sembur lubang tikus dekat belakang almari aku then tutup lubang tu. Sampai sekarang lubang tu belum tebuka lagi and Alhamdulillah tiada lagi tebuan yang berterbangan sana sini di bilik aku. Tapi bisa sengatan beliau tetap dalam ingatan.
Sakit dooo

Saturday, April 25, 2009

La..la..la... Lagu Rindu

Ruang Rindu
Letto

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada
Chorus 2x:
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu
Bertemu
Aku sedang merindui kamu.

Saturday, April 18, 2009

Pep talk

Why should I trying be somebody else rather than me? Life is too short to not to be myself. There are times that I have to be someone else, act like someone else and speak like someone else. I am a teacher and teacher should model as best as we could.
Smile with tears inside, laugh with cry inside, calm with rage inside, happy with angry inside.

Yes, I am not living my dream but I am grateful with what I am doing. I do pray to Allah to make me the best teacher for my pupils and wipe all the dirt splashes on my heart. I am not an angel. I am a human, a priestess sometimes and a sinner most of the time.


I need a pep talk. *sigh*. Little bit down these few days..

Smarter Bird ;)


Don’t blame me if this bird is smarter than the others. It is going to school indeed. Got this flying greenish thingy on my hand while busy explaining math to those kids. Luckily, I got my camera ready and just snap..snap! I wonder what I am going to meet next time in the future. Monkey? Or a Bujang Senang.. hohoho.. my pleasure… Bole jadi Steve Irving jap.

Tuesday, April 14, 2009

Papa!


Hai papa! How are u? r u alright? I want to talk to you like it use to be. What r u doing today? Are u happy? Are u sad? or missed someone?

Saturday, April 11, 2009

1 week more

Seminggu lagi selesai la praktikum, 17hb April adalah hari akhir. Alhamdulillah. Tinggal nak tunggu interaksi Jun, seat for exam, gi btn, KISSM. owh... belum selesai lagi rupanya. Banyak jugak nak settlekan sebelum bergelar Guru Sandaran Terlatih. Still Sandaran ok... Nak tunggu jadi Guru Terlatih kena tunggu beberapa tahun lagi. Perjalanan karier aku baru bermula sebenarnya.

Hari rabu hari tu Pensyarah Pembimbing aku selamat sampai di Terusan Sugut. Aku pun agak terkejut jugak sebab menurut perancangan asal, beliau hanya akan sampai minggu depan. Alih-alih, lepas rehat hari Rabu tu dia dah sampai. Nak kata ready, taklah 100%. Ada beberapa RPH yang aku tak transfer ke komputer. Aku just pakai tulis tangan ja. Hohoho.... ini semua gara-gara sikap bertangguh aku yang terkutuk itu!. Huh! Harus dihapuskan... Nasib baik Encik Hussein itu baik orangnya. Memahami dan masih kosong dua lagi. hehehehe.... Apa-apapun, bila dia dah sampai dan melawat, aku pun rasa lega.

Thursday, April 09, 2009

Kamu! Shut Up!

Banyak bicara mungkin kan berdusta…
Diam mungkin kan berdendam…
Satu yang kamu dan aku tahu, berkata hanya apabila perlu…
Pedas yang kamu rasa? Mungkin kamu makan lada..
Aku cadang kamu makan gula atau muntahkan saja..

Hei kamu..

ya kamu!

Sudah-sudahla tu..

Trip|Honey

Mungkin agak kelambatan bercerita tentang triphoneymoon ke Penang hari tu [15-18 March 2009]. Tapi kenangannya seperti baru semalam. Kami dah janji nak jadikan trip itu relaks dan enjoy. Biar tak banyak tempat yang dilawat sebab kami dah penah pi sini sebelum ni. Aku even penah belaja 2 tahun di Penang. Keadaan tahun 1998/99 ngan 2009 memang berbeza, ngan KOMTAR yang semakin dimamah usia dan digantikan ngan Prangin Mall yang besar [tahun 1998, Prangin Mall masih lagi ceracak2 besi].

Makan Nasi Kandar di Little India

Lepak di Batu Feringghi [konon nak tgk sunset, tapi hampeh ja...]

Bercanda di I-dunno-what-de-name-of-de-temple, tapi ia dalam kawasan Air Hitam

Definitely, Bukit Bendera...

Thursday, April 02, 2009

Terusan Sugut's Wonder-Beach

Hujung minggu lalu kami Aku, Ijuk[hosmet] dan Steve [jiran] dapat pelawaan untuk bersantai2 di jeti darat. Host pada hari itu adalah, Family Nanung+Hamdan bersama ngan Mimi [adik ipar Nanung] and anak-anak buahnya yang comel [anak2 murid aku jugak]. Aku ingat just berlepak2 sambil memancing ja di tepi jeti tu. Alih2 kami naik bot and menuju ke kuala Terusan Sugut and terdampar di pantai yang dipenuhi ngan pasir. Serius babe.

Aku selalu nampak kawasan tu tiap kali aku kuar masuk tempat ni tapi memang bless tul bila diorang ajak pi sana. Kawasan pasirnya sangat luas bila air surut. Bole buat padang bola lagi. Tapi bila air pasang, kawasan tu dipenuhi air laut Sulu. Nak sangat kongsi ngan korang keseluruhan kawasan tu. Gambar2 di bawah pun tak dapat nak gambarkan kawasan sekeliling. Jadi aku just leh promote mana yang bole. Kalau nak rasa sendiri, jom! ikut aku pi Terusan Sugut.

Makcik ini sedang melakukan aktiviti 'Mengunau' [cari sejenis tiram]
Aku Ijuk[hosmet], Mimi, Farah dan Kamarul
Berenang di laut pada jam 2.30 petang!! Acara membunuh kulitku yang mulus


Pantai yang sedang dipasangi oleh air... heaven..

Netball Kick Start!

Sejak minggu lalu aku cuba mengaktifkan organ2 luar dan dalam badan aku ni ngan mengajak budak2 bermain bola jaring. Bermula Jumaat, sabtu dan ahad minggu lalu aku kembali mengganas. hehe.. dah lama tak bersukan. Sebelum ni, SK Terusan Sugut hanya aktif bila sampai Hari Sukan Sekolah. InsyaAllah, dengan kudrat yang Allah berikan, aku akan pastikan budak-budak dapat sesuatu sebelum diorang meninggalkan sekolah.
Akupun sebenarnya bukan terer sangat ngan netball ni. tapi depan budak2 ni yakin ja. Diorang pun terima ja apa yang aku bagitau diorang. Tapi bukan la aku main bantai ja, aku sempat gak selak2 buku Bola Jaring kat library.

Masa mula2 start main tu, 3 hari aku tepaksa tido awal. Sakit badan beb. Tebayang balik cemana bestnya kalau dapat massage 2 3 jam. Sama ada takda warm up atau pun memang badan aku dah lama tido. Next Session: Jumaat, sabtu and ahad.

aku tak buat lawak pun budak2 ni gelak.. muka aku ni ada campuran clown ke apa?

81?? ni nombor jersi apa ni? hahaha..


Team up: aku and Ijuk(hosmet aku) and those kids.

Tuesday, March 31, 2009

Earth Hour

Post Earth Hour ni sepatutnya seperti ini, tetapi oleh kerana internet yang kelambatan, ada beberapa yang lum terpublish:


Kamipun menyokong Earth Hour! Tepat jam 8.30pm sehingga , seluruh Terusan Sugut memadamkan lampu.


Jejaka di dalam gambar ini adalah encik Steve Micheal [jiran.bodyguard.technition.colleague] and gambar ni diambil semasa kami bersantai di luar semasa Earth Hour.

Tuesday, March 24, 2009

Sweet 18 [plus 10]

Tarikh 13 March 2009, genap usia aku 18+10. Sweet 18 [plus ten].


Bak kata sang pencinta, apa ada pada umur? hanya nombor dan kedutan. Betul ka?


Tahun ni aku berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran bersama insan baru dalam hidup aku. Encik Suami.



Macam biasa, acara wajib yang harus mesti ada pada hari jadi aku adalah, menikmati kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe. Tak hadam lagi coklet kat dalam perut, kami mengikuti acara Amazing Race KL. Destinasi: PWTC.MattaFair.BoothNumber62..


Untuk mendapatkan tiket paling murah ke destinasi yang memberikan kenangan.




Tanjung Bungah Beach Resort, Penang.




Mungkin bagi sesetengah orang, resort tu hanyalah resort sederhana. Tapi bagi kami berdua dan mereka yang terlibat, setiap inci resort itu adalah kenangan.




Hari tu jugak Encik Suami hadiahkan aku something aku sebenarnya tak sangka. Pakej Spa. and yet, dia cakap dia tak tau nak bagi apa. To be honest, aku tak pernah pergi spa. Even masa nak kawin aritu pun aku tak pegi. Encik Suami bawak aku pi Cheras and kami berdua mendapat rawatan Chocolate+Cocoa and Coconut + massage. Aku pun tak ambik detail sangat ngan pakej tu coz dah excited ngan suasana Bali di spa. yang penting aku nak betul2 menikmati spa and memang best. Aku lupa nak ambik full address dia, mungkin Encik Suami tau la tu.


Monday, March 23, 2009

Kursus EduWebTV

Aku attended kursus EduWebTV on 10 - 11 March 2009. Memandangkan on 9th adalah Maulidurrasul, so aku kuar lebih awal dari sekolah (for sure atas kebenaran). Cuti sekolah start 14th March so aku berjaya mendapatkan cuti 2 hari lebih awal. Encik Suami telah menukarkan tiket flight aku lebih awal iaitu on 12th. hehehe


Baju kurung oren yang aku pakai masa kursus ni adalah hadiah kawan sempena birthday ke 27 aku tahun lalu. Dia adalah di antara kawan2 yang wish awal2. But tahun ni, nampaknya dia dah lupa kot. Even nak wish pun susah. Bila aku call baru la dia wish belated birthday. Tak apa la mungkin dia busy ngan kerja dan sekeliling. Kadang-kadang, kawan kita yang kita anggap rapat pun sebenarnya takkan selalu ada dengan kita.