Thursday, April 02, 2009

Netball Kick Start!

Sejak minggu lalu aku cuba mengaktifkan organ2 luar dan dalam badan aku ni ngan mengajak budak2 bermain bola jaring. Bermula Jumaat, sabtu dan ahad minggu lalu aku kembali mengganas. hehe.. dah lama tak bersukan. Sebelum ni, SK Terusan Sugut hanya aktif bila sampai Hari Sukan Sekolah. InsyaAllah, dengan kudrat yang Allah berikan, aku akan pastikan budak-budak dapat sesuatu sebelum diorang meninggalkan sekolah.
Akupun sebenarnya bukan terer sangat ngan netball ni. tapi depan budak2 ni yakin ja. Diorang pun terima ja apa yang aku bagitau diorang. Tapi bukan la aku main bantai ja, aku sempat gak selak2 buku Bola Jaring kat library.

Masa mula2 start main tu, 3 hari aku tepaksa tido awal. Sakit badan beb. Tebayang balik cemana bestnya kalau dapat massage 2 3 jam. Sama ada takda warm up atau pun memang badan aku dah lama tido. Next Session: Jumaat, sabtu and ahad.

aku tak buat lawak pun budak2 ni gelak.. muka aku ni ada campuran clown ke apa?

81?? ni nombor jersi apa ni? hahaha..


Team up: aku and Ijuk(hosmet aku) and those kids.

Tuesday, March 31, 2009

Earth Hour

Post Earth Hour ni sepatutnya seperti ini, tetapi oleh kerana internet yang kelambatan, ada beberapa yang lum terpublish:


Kamipun menyokong Earth Hour! Tepat jam 8.30pm sehingga , seluruh Terusan Sugut memadamkan lampu.


Jejaka di dalam gambar ini adalah encik Steve Micheal [jiran.bodyguard.technition.colleague] and gambar ni diambil semasa kami bersantai di luar semasa Earth Hour.

Tuesday, March 24, 2009

Sweet 18 [plus 10]

Tarikh 13 March 2009, genap usia aku 18+10. Sweet 18 [plus ten].


Bak kata sang pencinta, apa ada pada umur? hanya nombor dan kedutan. Betul ka?


Tahun ni aku berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran bersama insan baru dalam hidup aku. Encik Suami.



Macam biasa, acara wajib yang harus mesti ada pada hari jadi aku adalah, menikmati kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe. Tak hadam lagi coklet kat dalam perut, kami mengikuti acara Amazing Race KL. Destinasi: PWTC.MattaFair.BoothNumber62..


Untuk mendapatkan tiket paling murah ke destinasi yang memberikan kenangan.




Tanjung Bungah Beach Resort, Penang.




Mungkin bagi sesetengah orang, resort tu hanyalah resort sederhana. Tapi bagi kami berdua dan mereka yang terlibat, setiap inci resort itu adalah kenangan.




Hari tu jugak Encik Suami hadiahkan aku something aku sebenarnya tak sangka. Pakej Spa. and yet, dia cakap dia tak tau nak bagi apa. To be honest, aku tak pernah pergi spa. Even masa nak kawin aritu pun aku tak pegi. Encik Suami bawak aku pi Cheras and kami berdua mendapat rawatan Chocolate+Cocoa and Coconut + massage. Aku pun tak ambik detail sangat ngan pakej tu coz dah excited ngan suasana Bali di spa. yang penting aku nak betul2 menikmati spa and memang best. Aku lupa nak ambik full address dia, mungkin Encik Suami tau la tu.


Monday, March 23, 2009

Kursus EduWebTV

Aku attended kursus EduWebTV on 10 - 11 March 2009. Memandangkan on 9th adalah Maulidurrasul, so aku kuar lebih awal dari sekolah (for sure atas kebenaran). Cuti sekolah start 14th March so aku berjaya mendapatkan cuti 2 hari lebih awal. Encik Suami telah menukarkan tiket flight aku lebih awal iaitu on 12th. hehehe


Baju kurung oren yang aku pakai masa kursus ni adalah hadiah kawan sempena birthday ke 27 aku tahun lalu. Dia adalah di antara kawan2 yang wish awal2. But tahun ni, nampaknya dia dah lupa kot. Even nak wish pun susah. Bila aku call baru la dia wish belated birthday. Tak apa la mungkin dia busy ngan kerja dan sekeliling. Kadang-kadang, kawan kita yang kita anggap rapat pun sebenarnya takkan selalu ada dengan kita.

Tuesday, March 03, 2009

Daily Starter


My Daily Starter..

a cup of 3 in 1 Mild Nescafe + Spoonful of Anlene
Jacob's Hi-Fibre cracker
Without them.. My day will be lame..

Friday, February 27, 2009

Ketika Cinta Bertasbih-The Movie

Akan Datang...
Ketika Cinta Bertasbih - The Movie
Satu lagi novel karya Habiburahman El-Shirazy yang diangkat ke layar perak. Aku harap sebelum aku tengok movie dia aku sempat membaca Novelnya dulu, dengar2 movie tu release April ni. Aku dah download e-book untuk dwilogi Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 and sudah tentu dalam bahasa Indonesia. InsyaAllah, kuar nanti aku akan cari buku yang terbit dalam Bahasa Malaysia. Jom ke panggung!!...
Apa-apa hal pun.. aku nak tengok Upin & Ipin The Movie... Please...

Hepi 2 Months...

It says : Me and my dear Arief, We have been married for 2 Months...

"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful."

Thursday, February 26, 2009

Signs of Changes

Finally.. someone is actually doing something in here...
Some said, its due on May.. So, just wait for my May's entry for the updates!

Tuesday, February 24, 2009

His brown eye...

The way we held each others hand,
the way we talked, the way we laughed
it felt so good to find true love
I knew right then and there you were the one
I know that he loves me cause told me so
I know that he loves me cause his feelings show
When he stares at me you see he cares for me
You see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause its me he trust
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell it so
Remember the first day, the first day we kissed
Remember the first day we had an argument
we apologized and then we compromised
and we've haven't argued since
Remember the first day we stopped playing games
Remember the first day you fell in love with me
it felt so good for you to say those wordscause
I felt the same way too
I'm so happy, so happy that your in my my life
and baby now that your apart of me you've showed me
showed me the true meaning of love(the true meaning of love)
and I know he loves me

Friday, February 20, 2009

U n Me..

Whenever you are around me,
my life is
funnier,
happier,
luckier, and...
peculiar? Hahaha… ;P

Monday, February 16, 2009

Astro B***H

Dah dua bulan sejak cuti panjang ujung tahun hari tu and sejak itu jugak Astro di umah aku macam s***. Bilnya datang jugak. Tapi yang kami leh tonton just

"Services Currently Not Available".

Woi.. Aku bayar la setiap bulan and bayar bukan nak tgk benda tu la.. apa punya service laa.. haiya.. Gold Smart Card la sangat. Hampeh ja.. fragile tul.. Macam-macam mekanik dah datang tolong and sampai skg lum ok jugak. Hmmm...

Thursday, February 12, 2009

Walk To Remember

Despite of workloads in these few weeks, I’ve spend my yesterday evening watching “Walk to Remember” cast by Shane West and Mandy Moore. And I ended up crying. Not only because of the sad part but part when he shows how deep is his love.

I know my lover loves me as deepest as that, and even more. I know he loves me so much. To be true, I’ve never met someone who has greatest and deepest love as he is. And the best part is he is mine now. Alhamdulillah…

*[CENSORED PART-children under age please turn to other page ;P]

I miss u my dear and I can’t wait to be always by your side… can’t wait to dancing under the moonlight and counting countless stars like we did before. Hurmm… miss u…

One of the songs in this movie:
Dancing in the moonlight by TopLoader
We get it on most every night
When that moon is big and bright
Its a supernatural delight
Everybodys dancing in the moonlight
Everybody here is out of sight
They dont bark and they dont bite
They keep things loose they keep it tight
Everybodys dancing in the moonlight
Dancing in the moonlight
Everybodys feeling warm and bright
Its such a fine and natural sight
Everybodys dancing in the moonlight
We like our fun and we never fight
You cant dance and stay uptight
Its a supernatural delight
Everybody was dancing in the moonlight

Tuesday, February 10, 2009

This is my LIFE...

Ni gambar aku baru ambik tadi. Even skg pun aku tgh pakai baju biru tu. Minggu ni dah masuk minggu ke 4 praktikum aku. Tak terasa pun waktu berlalu, dah nak masuk sebulan praktikum, tapi pensyarah pembimbing lum datang melawat. Jalan di tutup sebab banjir dan laut bergelora. Susah jugak orang luar nak masuk sekarang ni. Tapi kalau kira bersihnya, baru masuk minggu ke tiga la sebab tolak seminggu cuti raya cina. Malam2ku dipenuhi ngan pemerahan otak untuk buat RPH + BBM + Lembaran Kerja. Sebab petang, aku online+tido. Paling awal aku leh tido, pukul 1am. Itupun selepas memaksa diri untuk menangguhkan keja ke hari esoknya.
TANGGUH...
huh! aku benci sungguh perbuatan itu, tapi itu jugak la yang selalu aku buat. Puratanya, aku ngajar 3 kelas setiap sehari kecuali isnin dan jumaat, 2 kelas pemulihan dan 1 kelas biasa, ngaja matematik. So, setiap malam aku kena sediakan RPH untuk 3 kelas. Bunyinya macam ringan ja kan? Aku pun masa mula2 arrangekan jadual tu memang terasa ringan jugak tapi bila kelas dah berjalan, ngan budak2 pemulihan yang diajar mengenal huruf kecil selama 2 minggu tak kenal2 lagi. Naik biul2 jugak otak aku fikirkan cemana lagi cara untuk buat dorang dapat apa yang diajar. Terima la hakikat yang dorang ni memang budak pemulihan yang sememangnya sangat memerlukan pemulihan..

Sunday, February 08, 2009

What am I good at?

I am not good at singing,

I am not good at dancing,

I am not good at writing,

I am not good at talking,

I am not good at painting,

I am not good at designing,

I am not good at cooking,
I am not good at a lot of other thing...

I am not trying to be good in everything but..

please Ya Allah, make me good at teaching…

Thursday, February 05, 2009

Lot 100 Sour+

Lidah ku pedih...
Tekak ku sakit...
Gara-gara satu balang Lot 100 Sour+ Assorted Gummy yang aku habiskan dalam tempoh sehari! Aku makan bersambung2, adakalanya sampai dua sekali aku sumbat dalam mulut. Best tul feel dia bila rasa masam menyengat tu hilang and berganti ngan gummy yang manis.
But still aku nak lagi balang lain yang penuh ngan benda nih!! please...


Attack!!!

SK Terusan sugut telah diserang!!!

Identiti penyerang:
1. Berbulu,
2. Bermata grey+hazel,
3. Fleksible,
4. Amat tangkas bergayut.

Masa Serangan:
bermula semasa cuti sekolah hujung tahun lalu dan cuti raya cina. Bermakna telah diserang sebanyak 2 kali. Hampeh!

Hasil/ Aktiviti Semasa Serangan:
1. Barang2 dapur rumah aku
2. Lencana Sekolah.
3. Stok susu sekolah.
4. Berbaring2 di karpet rumah aku
5. Melepaskan hajat di ruang tamu umah aku.
6. Kerosakan pada beberapa siling rumah-rumah guru.
7. Dan banyak lagi kerosakan-kerosakan yang lain.

Serangan Balas:
1. Senapang Angin
2. Buat bodo ja la, tak le buat apa lagi dah...



(Sorry Note: I got a picture of the attacker but our connection is too slow and uploading it took me forever..)

Saturday, January 31, 2009

Short But Soo Sweet...


Cuti Chinese New Year seminggu and aku dah beli tiket pegi kl hari sabtu and balik sandakan the next sabtu. But, oleh kerana kehendak perkhidmatan, aku ada taklimat yang aku kena attend pada hari khamis, dengan paksa rela aku mengubah tiket dan balik pada hari rabu. Huhuhu... Tapi walaupun hanya beberapa hari, aku and hubby menghabiskannya dengan berkualiti sekali. Thanks to whom yang mengoffer ke Fraser's Hill, walaupun sekejap but it so sweet for both of us. :)

Tuesday, January 20, 2009

Catatan Mrs Arief

Aku ada masa 10 hari ja perbetulkan balik muka aku yang terbakar lepas berjemur di laut. Walaupun aku dah sapu sun block tapi bukannya betul2 boleh block matahari dari membakar kulit aku. Kakak-kakak aku semua cadangkan petua ni dan itu. Aku cuba ja semua, mana la tau membantu. Tapi last2 2 hari sebelum aku punya big day aku biar ja kulit aku tak bersapu apa2. Biar kulit aku tenang… cheh!


Sehari sebelum majlis aku, ramai la keluarga belah bapak aku dari Pulau Pababag yang datang and tido di umah kami. Some org kg pun datang menolong mana yg patut. Yang lucunya, aku tgk ada gak muka tekejut tgk muka aku yg masi lagi terbakar. Esok nak kawin and muka aku masih burn! Mula la pulak macik2 aku bagitau suh pakai apa2 kat muka. Tapi aku biar ja. Hai laa pengantinn..

KG. TONGGULANGAN SEMPORNA
27 DISEMBER 2008



Alhamdulillah..Segalanya dah selesai, sekarang aku dah bergelar isteri kepada Encik Muhd. Arief bin Suparjo Noordin. Majlis akad nikah berlangsung pada jam 2.00 petang. Hujan rintik-rintik diluar, tapi alhamdulillah tidak la sampai hujan lebat. Aku dah lama tak jumpa Arief sejak bulan Mac hari tu. Agak berdebar gak bila imam bawak nak batalkan air sembahyang (Poyo ja ayat aku nih!) hihi.. saja nak kongsi perasaan, betul tak? Bila dah selesai semua, baru rasa lega. Acara bersanding sebelah malam berlangsung selepas Isyak. Macam biasa, pengantin kena suruh mengalai and kalau mengalai cantik boleh dapat duit banyak.


Masa mengalai tu ada lah beberapa orang yang selit-selit duit kat celah-celah jari. Aku memang tak pernah la mengalai walaupun tarian tu tarian tradisional bangsa aku. Aku boleh rasa muka aku nak meletup terbakar. Malu! Arief rileks ja, pastu dia lagi banyak orang selit duit kat tangan dia. Nampak sangat aku menari hampeh! Hahaa... Agak memenatkan jugak tukar2 baju, macam fashion show ja. Hehe.. tapi bukannya selalu… once in a lifetime. Thanks ngan kawan-kawan yang datang, dari jauh pun ada. To Anis, Mas n Alden, jauh drive dari Sandakan. Sampai jugak korang ;) and thanks ngan hadiahnya ya.. Hijau lagi tuh.. pandai kau ya. To Min and Gapar and si comel Shasha… Tak sempat berbual panjang2, sorry sangat. Nanti lain kali kita borak lama2 lagi k.


Pagi esoknya, kami beramai2 sekali lagi membakar kulit di pulau Sibuan. Mula2 agak berat hati jugak nak pegi sebab teringatkan akan ada lagi majlis di Serdang 1hb nanti. Tapi demi suami ku.. hahaha… aku pegi jugak. Tu kira pre-honeymoon la utk kami.


Kami fly ke KL on 29th Disember. Aku, suami aku ;P, pak mentua ;P, macik mentua :P, and adik ipar. Flight jam 8.40pm, tapi delay sampai jam 10pm. Sabar ja…
Thanks sangat ngan kawan-kawan yang datang 1 hb hari tu.


To Erni n Payed: Makin comel kamu berdua.,

Mau: Tak dapat peluk ko lama-lama la…
To Intan n Gko: Berseri-seri la.. aura pengantin eh? Haha
Avon n Cicak: Yomentiknyee.. hehe
To newly wed, Shaz n Afiz: Ko makin tembam la Shaz ;)
To Shiba n Man: Soalan CepuMas; Korang bila lagi?
To Nanim: Mana abe mu?
To asrina: Napa sorang ja.. Abe Amemu mana?
To Ash n Shin: tak sempat kacau la beb. Aschin! Hehe
To si kecil Nasrah: Tak jadi berkayuh ke Bali la.. huuhu
To si ‘kecil’ Maz: Still syok untuk dpeluk! Hihih
Million thanks to Suria: You are the reason why I am become Mrs Arief.. Salute!! *hug!*
To Wahidah yang bermata grey: Tukar topik! Aku mau tau jugak topik itu aa..
To Nuha n M n Si lovely Izzah: Tak sempat bual panjang2 laa L Sowee.. Lenkali kita sembang k.
To Aufa n Hubby: Baby mu masih basah.. haha
To Aza n Hubby: Baby mu jugak.. hehe
To Redzal:
To Khai:
To Pipi: Bila nak jadi ayah?
To Nisa: Bulan madu aku nanti ko book flight awal2 k.
To Acet n Ila n si Kecil Iman yang ensem: Lama giler tak jumpa korang! Thanks sangat datang. Walaupun sesat cari umah sampai Subang.
To Hairul: *Hug* Ni lagi lama, macam nak ampir seploh tahun tak jumpa. Thanks sangat datang!
To N : Kau makin ayu la.. Lama tak jumpa, hampir tak kenal dah!
To Kak Lela n Hubby n Rafiqi yang masih basah: Rindu gile ngan kak Lela, akhirnya jumpa jugak! Thanks!
To Mr Jem: Napa tak bawak Ariefkecik sekali?
To Kak Ida n Hubby (erk lupa dah nama.. hihih Ampun!)
To Kak Laila

K la buat list untuk kawan2 Arief yang aku kenal plak:
To Hafdzuan n Farah: Thanks biliknya ya
To Nizam n Farah gak: Nice pictures ;)
To Zaidi n Wife: Thanks masuk rombongan gak.
To Erin : Nak tengok shots yang ko ambik.
Kawan2 Serdang dia yang aku tak kenal lagi ;P

To Faizal n Nurul: Aku ingat lagi la ngan ko Optometrist’s Girl (Ha! Siap ngan tempat keja lagi)
To Othman a.k.a Mr. Siput yang still berambut cool.
To Miss Kelly
To Miss Fiza ;)
Hihihi… sowe ye.. yang lain2 tak kenal lagi.

Saturday, January 17, 2009

Catatan BIG

BIG - Bina Insan Guru
Borneo Paradise Eco Resort, Lahad Datu
13-16 Disember 2008


13hb Disember
Perancangan awal, kami bertolak jam 7.00 pagi. Tapi sebab banyak benda yang sangkut, bas n lori yang lambat, kami just bertolak nak dekat jam 10pg. Selamat sampai di Borneo Paradise kira-kira jam 12tgh (aku tak sure sangat sebab aku tido ja sepanjang perjalanan ;P). Sesampai ja, Ust Mazania – Kem komandan dah redi ngan hailer and ngarah itu n ini. Pasang khemah and kumpulan 1, kumpulan Anis dah nak kena redi ngan masak, kesian gak tgk diorang. Tapi nanti semua kumpulanpun dapat turn masing2. Tak da masa nak rehat tapi kami dah aware ngan benda tu. Aktiviti bersambung-sambung pun kami senyum2 ja. Lebih-lebih lagi tgk gaya kem komandan yang cuba buat2 ganas tapi tak ganas langsung! Lucu pulak dengar arahan dia, macam ganas tapi cam buat lawak ja. Hahaha. Petangnya just LDK n macam tu jugak ngan sebelah malam.



14hb Disember
Lepas ja solat subuh kami dah stat ngan kawad kaki nak kena suh nyanyi lagu IP lagi. Macam biasa, bukannya kami hafal pun ;P. Miming ja lebih sampai ada yang kena suh nyanyi depan pokok lagi hahaha, comel! Ada yang sampai hari last, lum lagi hafal 100% lagu tu. Bantai ja!
Hari ni, aktiviti kami adalah kembara di sekitar Borneo Paradise ni sambil ambil gambar flora n fauna n ambil pokok-pokok herba. Pastu nak kena kira langkah n point. Sampai satu point kami kena masak menggunakan apa ja bahan yang dibekalkan. Masakan kami nama dia, scramble roll. Mula2 nak buat pizza pakai pisang n tepung yang dibekalkan tapi sebab masa masak, pisang n tepung tu terhancur, kami pun ambik keputusan jadikannya scramble. Hihihi.. some part ada yang tak masak. Tapi last2 kami jugak yang kena habiskan ;P. Petangnya kami ada LDK n cam tu jugak ngan malamnya. Perancangan asal, kami ada Infra Red tapi hujan turun agak lebat. Kecewa jugak aktiviti tu tak jadi, nak rasa jugak duk hutan sorang2 waktu malam.






15hb Disember
Macam biasa, lepas kawad kaki n brekfes, kami ready untuk aktiviti yang ditunggu-tunggu, aktiviti air! Huhuhu… Aku dah sediakan sun block spf 130 lagi. Untuk sesi 1st aku kena berkayak. Ni memang first time aku berkayak and aku takleh bayang apa aku akan buat kalau kayak tu terbalik, and sebab bayangan itu jugak aku tak bawak kemra yang menyebabkan aku nyesal seumur hidup. Kemra aku dah la besar bagak, nak masuk poket dah tentu tak muat, tetiba nyesal lak tak beli kemra kecik nak senang nak masuk poket, kalau dapat yang water resistant lagi best. Yela, kenangan tu bukan boleh diulang lagi. Kalau simpan dalam kepala otak pun bukan bole simpan semua bahagian. Mesti nak kena tgk gambar n baru la ada feel. Berkayak memang la bole buat dimana2 tapi berkayak ngan kawan2 sebatch takkan mungkin berulang, betul tak? Rupa-rupanya senang jugak nak handle benda tu, seronok plak rasanya. Kami berkayak agak jauh jugak, membelah lautan luas lagi yoo. Besh!
Sesi yang kedua pulak, kami kena terapung di laut. Ni lagi best! Kami ramai2 naik bot and pergi ke tengah laut and terjun and bot tu pergi tinggalkan kami di tengah2 laut tu! Huhuhu… First time aku begitu lama terapung di air and kaki aku tak jejak dasar. Balik2 aku check aku punya life jacket kalau ada cangkuk yang loose. And balik2 jugak aku sapu sun block ;P. Kena jaga beb, aku ada masa 11 hari sebelum majlis kawin aku, and aku berjemur di tengah lautan! Mula2 kami agak happy, siap nyanyi lagi n buat tarian air. Bila part suh berenang sorang2 tetiba semua orang ngadu kena sengat ngan something cam duri, ntah!. Kami pun sampai sekarang tak bole define apa benda yang “menyerang kami” .Masa tu bot kecik da sampai tapi kami semua tak muat naik dalam bot tu. Mana2 yang tak tahan, kena naik tapi leh naik 3 4 org ja, yang lain2 kena tahan la ngan duri tu. Ada jugak kawan2 yang nangis and berdarah lagi. Huhuhu… tahankan aja. Masa tu memang nak rakam sangat. Nak cerita di sini memang takkan dapat gambarkan suasana sebenar. Hanya mereka yang terlibat ja yang faham, betul tak Anis? Memang kenangan tul!

Sebelah petang pulak, kami ada lari berhalangan. Walaupun masa jadi ROTU dulu dah biasa buat ni tapi bila dah lama tak buat, tercungap2 jugak aku. Terutama bahagian merentasi sungai yang aku tak sangka, kaki aku tak jejak! Kami just guna tali and bergayut. Ada part dimana one of ahli kumpulan aku dah nak tenggelam. Haru jugak tengok dia. Tapi dengan bantuan semua ahli, kami semua berjaya jugak. Thanks to my great group!

Sebelah malam, kami ada malam kebudayaan. Biasala, nak kena buat persembahan. Kumpulan kami kena buat tarian moden. Padan! Tapi kami kurang persediaan, jadi hasilnya agak hambar… ;P. Tak pa la, at least dah buat sehabis baik. Malam tu jugak kami ada refleksi keseluruhan and aku tido ja sepanjang sesi tu… ahhahaha.. tak le tahan laa.. Nak jugak buat personal refleksi tapi mata taknak bekerjasama langsung!




16hb Disember
Hari untuk pulang! Lepas brekfes, kami kumpul di dewan and dengar amanat-amanat terakhir dari semua lecturer yang datang. Pastu part bagi-bagi hadiah, pastu part nangis2 la apa lagi.. Ye la.. macam la tak jumpa lagi. Memula tak terasa nak nangis pun (teruk jugak aku ni e), tapi bila Puan Noraini pesan ke telinga, menusuk ke jiwa betul. Hehehe.. terusik jugak jiwa aku. Pesanan tu memang bole tahan la, tapi aku takle a kongsi ngan korang ;P.
Kami bertolak nak dekat jam 1 tghari and macam biasa, aku tido mati sepanjang perjalanan ke IP. Memang banyak kenangan masa di sana and banyak pengajaran, barula kenal siapa kawan and lawan, paling penting kenal diri sendiri… some part dari kita ni yang kita tidak tahu diri kita sendiri and aku jumpa aku di sana…

Enough ngan cerita BIG kejap lagi aku cerita part perubahan terbesar dalam hidup aku…

Thursday, December 11, 2008

Bravo Wrap up!!

Yah Thats it! Officially dah berakhir interaksi November-Disember 2008. Alhamdulillah, segalanya menghepikan, memuaskan dan meninggalkan kenangan baru. Thanks ngan geng-geng karas, unitmate, roomate, IPmate, ex-IPmate and segala mate la. Tak terasa pun dah sampai dah 4 minggu berkubang di IP ni.


Pejam celik tak sedar tetiba dah selesai, celik sepanjang malam, pejam sepanjang kelas pun ada.
Ketawa, ketawa sumbing, ketawa macam nak mati, ketawa ayu, buat-buat ketawa. Semua ada.
Geram, macam nak gigit orang pun ada. (ni semua Azrin punya pasal)
Buat-buat konsentret sampai sakit kepala pun ada (ni En. Shukor punya pasal ;))
Excited sampai terasa nak demam pun ada jugak.

Interaksi kali ni diakhiri ngan test TITAS dan Pembentangan BBM, tu yang nak cakap Bravo wrap up tu, ni ha, gambar ni: tengok dulu a.


Ni gambar pembentangnya, nampak ja ayu tapi hehehe... ;P (I feel good for being Jamaliah..)




Ni plak BBMnya, kecik ja n BBM ni digunakan untuk pengajaran bagi mengenal dan menulis bentuk huruf vokal aeiou. Tak payah la nak cerita panjang-panjang pasal BBM ni. Cukup sekadar aku cakap aku sangat berpuas hati ngan hasil ni. Walaupun nampak very simple yet very useful and aku nak tepuk Bravo untuk kami. Ada lagi cerita menarik pasal BBM ni, tapi bak kata Siti Nurhaliza (Pn Patima), Biarlah Rahsia... Betul tak Anis? ;)


Abaikan aksi-aksi melampau dan luar kawalan sepanjang pembentangan, semua pun adalah aku. Seperti yang aku cakap tadi I feel good for being myself. Yes, aku juga bangga menjadi Jamaliah anak kepada Encik Maripat.

Apa-apahal, aku GUMBIRA...

2nd last


Esok dah hari Jumaat and sepatutnya merupakan hari terakhir di IP, kalau BIG takda, sepatutnya aku dah boleh balik esok juga. Ada banyak benda yang menunggu aku di rumah, perlu dibereskan sebelum harinya sampai. Tapi aku sedih jugak tinggalkan IP. Mungkin sebab di sini aku ada banyak kenangan ngan kawan-kawan, lecturer and lain-lain. Memang la nanti Jun tahun depan kami akan masuk jugak tapi kemungkinan suasana akan lain sikit sebab kami jugak akan ada exam so kemungkinan kami akan ketiadaan masa untuk enjoy. Sekarang la masanya untuk kami mencipta kenangan yang kami akan bawa sepanjang kerjaya sebagai guru. Aku harap selama 4 hari yang mendatang memberikan kami sesuatu yang bermakna. InsyaAllah..

Wednesday, December 10, 2008

EidAdha

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Nasib baik aku asal Semporna, so aku tidak perlulah beraya di IP macam sesetengah pelatih yang lain. So, pagi-pagi 9hb aku baru bertolak ke IP. Malamnya agak free, so kami telah menyerang beberapa rumah di sekitar Tawau. Semua anggota Unit Pemulihan 1 beramai-ramai makan free di rumah2 berikut:
Rumah 1: Encik Shuhamly Suhaimi (KU Unit Pemulihan 1) - 7.30pm


Rumah 2 : Puan Fatimah Dullah (Penyelaras KPLI KDC Pml Amb Nov 07)- 8.30 pm


Rumah 3 : Cik Hasnawaty Habibuding (UnitMate)- 10.00pm

Tuesday, December 02, 2008

significant other

Bagi yang dah tau, Alhamdulillah, bagi yang tak tau lagi meh aku khabarkan:




DENGAN RASA BANGGA DAN BERBESAR HATI MENJEMPUT ANDA YANG SEDANG MENELITI BLOG INI KE
WALIMATUL ARSY:




Congrats!


Lama tak buat cerita pasal budak ni. Mungkin sebab aku selalu jauh dari dia so banyak cerita yang aku tak boleh kaitkan ngan dia. Baru-baru ni dapat khabar berita terbaru. He is getting married! Tahniah! Dengar-dengar dapat pasangan yang jauh. Masuk hari ni genap 27 hari lagi, so maknanya 27 Disember nanti dia akan berkahwin. Ni wish list untuk dia and bakal wife dia:

1. Semoga menjadi suami soleh yang dapat membimbing isteri ke jalan yang diredhaiNya.
2. Semoga beroleh isteri solehah untuk berkongsi segala-galanya.
3. Semoga beroleh anak-anak yang soleh dan solehah untuk bekalan di akhirat kelak.

InsyaAllah… Amin…

Thursday, November 27, 2008

appreciation


Hidup manusia memerlukan penghargaan untuk membina keyakinan. Bila kita dihargai oleh seseorang, itu bermakna ada sesuatu dalam diri kita ini yang unik dan perlu bagi dia. Kita patut bangga and seboleh-bolehnya kita dapat memberikan respon terbaik untuk menunjukkan bahawa kita berterima kasih dengan penghargaan yang diberikan.


Aku menghargai kamu, aku berbangga jadi kawan kamu dan aku tak mahu kehilangan kawan seperti kamu. Bagiku itu adalah penghargaan terbaik yang aku mampu berikan untuk kamu. Adakah aku melampau dalam memberikan penghargaan? Maaf, kadang-kadang emosi itu melebihi akal fikiran waras hingga boleh menjadikan seseorang manusia bertindak keterlaluan. Atau kamu yang tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon terbaik untuk itu. Yah! Kamu pernah jadi kawan aku, tapi jika aku selalu mengatakan kata maaf, itu bermakna aku tidak layak sebab seorang kawan tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang memungkinkan untuk dia meminta maaf.


Aku sayangkan kamu sebagai kawan, sebagai teman, sebagai sahabat, sebagai pendamping atau sebagai apa jua yang kamu inginkan. Jangan pergi sebab aku masih menghargai kamu. Tapi bagaimana kalau kamu harus dan perlu dan wajib dan yang sewaktu dengannya, tinggalkan aku demi kebaikan semua pihak. Aku tidak tahu bagaimana dan dengan apa untuk meneruskan semua ini. Tapi aku masih macam dulu, aku masih merasa itu. Apakah kamu sudah lupa aku pernah wujud dalam hidupmu dulu?


Kawan, teman dan yang sewaktu dengannya, hidup ini sekejap ja. Semalam kamu jumpa aku, hari ini kamu jumpa dia, siapa tahu esok aku tiada lagi. Aku tahu kamu takkan sedih, sebab kamu punya ramai kawan seperti aku. Semua berpangkal dengan penghargaan, kalau kamu hargai aku, aku akan dapati yang kamu ada sentiasa ada di sisi. Merasa walau tidak melihat. Namun jika kamu sebaliknya, aku akan faham sebab kamu hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan dan tahap kesabaran kamu itu takkan mungkin menyamai tahap kesabaran malaikat.


Apa jua kehidupan yang kamu pilih, aku harap kamu bahagia..

Saturday, November 22, 2008

Sukaneka KDC



Sepanjang weekdays dalam minggu ni, aku rasa stress ja. Aku tau sebenarnya apa yang menyebabkan aku stress. Kepala rasa berat sangat, macam ada ketulan-ketulan dalam otak aku ni yang perlu dipecahkan, tapi tak tau camna nak pecahkan. Tapi tak apa la, at least masih lum gila lagi. Mungkin sebab 2 minggu sebelum cuti, aku dibebani dengan aktiviti yang memerlukan kudrat yang banyak, jadi segala bebanan itu ter'drag' sampai la masuk maktab. Masuk maktab pulak buat aku tension, yes I am tension plus stress. Sebab kamu la! Kamu patut bertanggungjawab.

Tapi Alhamdulillah, minggu ni berakhir dengan BOOM. Pagi tadi kami ada Sukaneka Antara Unit KPLI-KDC Pemulihan. Ada 3 unit semuanya dan setiap unit kelolakan setiap satu. Untuk sukaneka ni, Unit 1 (unit aku la), kelolakan permainan Pemukul (macam ala-ala kriket). Unit 2 pulak, kelolakan permainan sasaran ( Kena baling bola besar guna bola tenis sampai tergolek ke pihak lawan. Unit 3 kelolakan Permainan Bola Jengket (Seperti permainan bola tampar kecuali dalam permainan ni, pemain kena jengket kaki, kalau letak kira foul).

It was fun! and membantu aku mengurangkan keberatan kepala aku. Mungkin ketulan-ketulan di kepala aku dah pecah. Sekarang dah ok dah. Untuk games ni, Unit aku dapat 3rd place untuk game Sasaran dan 1st place untuk Bola Jengket. Games yang kami kelolakan, tak dapat apa-apa ;) tak apa la tu. Tapi Alhamdulillah, sukaneka ni banyak bantu kami mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara kami. Yes, aku ngaku sebelum ini Unit 1 agak lembab dari segi kerjsamam berbanding unit lain. Tapi masa sukaneka ni, semua memberikan komitmen yang tinggi. Puan Norhayati (pensyarah PJK) pun puas hati ngan Unit kami and tak puas-puas memuji :) kembang gak sekejap.

Micro Teaching

Sepanjang 5 hari pada minggu pertama di IP Tawau, banyak benda yang perlu aku fikirkan dan ada di antaranya tak mampu aku selesaikan. Kuliah dari jam 7.30pg sampai jam 5.00ptg, tapi rehat jam 10.30-11 dan 1.00-2.00. Jadi sepanjang hari, kami cuma ada masa 1 jam setengah untuk berehat. Minggu ni, kami banyak mengisi masa rehat itu untuk taklimat la, perbincangan la and sekali tu, kena cuci ngan penyelaras. Tau la guru pemulihan, and perangai pun sebijik cam budak pemulihan, sebab tu penyelaras naik hangin.
Minggu ni jugak kami mula Micro Teaching (mengajar macam ngajar kelas sebenar). Alhamdulillah, komen dari pensyarah agak memberangsangkan dan teguran beliau amat berguna untuk aku gunakan semasa praktikal yang akan bermula Januari tahun hadapan.
wish me luck ya... Bukan nak dapatkan A atau cemerlang, tapi bila ada orang care ngan pengajaran kita, kita lagi teruja untuk buat yang terbaik and dapat mengukur tahap pengajaran kita, ok ke tak ok... Buat masa sekarang, pengajaran yang aku buat di sekolah mengikut macammana yang terbaik untuk anak murid aku, mana la tau pensyarah pembimbing aku nanti boleh betul-betul bimbing aku and perbetulkan mana-mana. InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik and sekiranya ada di antara anda yang terbaca post ni sorang guru bekas pelatih, bolehlah perturunkan apa-apa yang aku boleh praktikkan nanti k.

Friday, November 21, 2008

Scout Out


Hari rabu adalah hari ko-kurikulum. Unit KDC Pemulihan 1 adalah anggota pengakap, tidak boleh tidak kena masuk pengakap jugak. Aku, pasal pengakap ni memang satu benda pun aku tak tau. Memang la penah dengar tapi tak penah terfikir nak masuk. Dari sekolah menengah tahun 2007, semua sekali pelajar-pelajar perempuan SMKA Tun Sakaran kena masuk Persatuan Puteri Islam. Itupun sekadar ahli ja. Tak aktif pun.

Pasal pengakap ni pulak, aku memang buta sikit la. Belajar teori ja tapi praktikalnya agak terkebelakang. Sampaikan nak lekat logo dekat baju aku pun boleh salah! huh! malu aku. Kepada anda-anda yang ahli pengakap di luar sana, abaikan logo di baju aku yang pelik ja rupanya tu sebab, aku pakai logo yang sepatutnya dilekat ke topi, aku lekat kat dada. Nasib baik yang tegur tu, kawan-kawan ja and bukan lecturer. Kalau kena lecturer yang tegur, ditambah lagi ngan lecturer yang jenis kalau menegur pelatih, tak kira malu tak malu.
Hari tu, Rabu (19 hb November 2008- Tahniah kepada anda-anda yang bergraduasi pada hari tersebut) kami semua 'lengkap' ngan uniform, beramai-ramai melawat pelatih-pelatih (KDPM-Kursus Diploma Perguruan Malaysia) yang berkhemah di Taman Bukit Tawau (Table) Tapi kami sekadar tengok ja la, nak buat tak lagi. Tak dapat dah kot sebab kalau tak buat interaksi kali ni, bermakna kami memang tiada harapan la nak buat. Walaupun lawatannya sekejap ja tapi agak memenatkan. Mungkin sebab aku pakai high heel (Apa kejadahnya aku pakai high heel pi masuk pusat rekreasi perkhemahan tu, salah aku jugak!) Alih-alih dapat penat yang berkesangatan. Di tambah lagi ngan stress yang ntah dari mana datangnya. Hmmm.... Tarik nafas ja aku.

Wednesday, November 19, 2008

Bye...bye.. teacher


Interaksi Nov-Dec 2008 versi 1.0

Interaksi Tutorial bagi sesi November-Disember telah bermula! Interaksi kali ni agak lain sebab batch yang (hampir) sama-sama ngan kami dah takda. Maknanya kurang la wajah-wajah yang dikenali di IP sepanjang interaksi ni. Macam tak best la pulak. Lagipun, kami dah boleh dianggap senior sebab dan setahun belajar sini walaupun setakat hanya 3 kali dah interaksi. Bila dah senior atau dah berpengalaman sikit jadi perangai pun nak kena jaga. Kalau interaksi pertama kami dulu (Nov Dec 2007), kami agak terkial-kial dan masih lagi kabur-kabur tentang banyak benda, sekarang ni kami lagi pandai mengawal situasi dan peranan. Cara mengawal penyiapan assignment jugak dah semakin matang ;P. Bukannya sebelum ini tak penah buat assignment masa di Universiti tapi cara pengurusan masa dalam interaksi sebelum ini agak membunuh diri sendiri. Jadi untuk interaksi kali ni, kami lebih berhati-hati terutama dalam pengurusan masa ni. InsyaAllah, interaksi kali ni akan lagi berseri dengan aktiviti BIG (Bina Insan Guru) yang akan dilaksanakan pada 3-6 November 2008 and bertempat di Borneo Paradise, Lahad Datu. Alhamdulillah, syukur sangat diorang dah awalkan dari tarikh asal (13-16 Dec), at least bila dah abis interaksi ni bolelah perbetulkan balik mana-mana urat yang terputus atau kulit yang dah terbakar. Mesti menjaga ke'ayu'an untuk masa depan! ;) hehe...

Tuesday, November 18, 2008

Kamu dan Cintaku

Aku yang lemah tanpamu. Aku yang rentan kerana cinta yang telah hilang darimu yang mampu menyanjungku. Selama mata terbuka, sampai jantung tak berdetak selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu. Darimu, kutemukan hidupku. Bagiku, kau lah cinta sejati. Bila yang tertulis untukku. Adalah yang terbaik untukmu. Kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku. Namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku yang telah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah.
Yah aku adalah pencinta, aku sedang bercinta dan sedang mencintai seseorang. Aku tak kisah kalau kamu kata aku jiwang sebab aku adalah manusia dan aku punya anggota yang kita panggil hati. Hatiku adalah sesuatu yang agak sukar untuk aku kawal. Lalu aku biar ja hati aku melekat pada sesiapa yang ingin dipahatkannya. Kalau kamu cuba leraikan, maka rosaklah hati dan kamu kira masih adakah pengganti yang mampu memulihkan hati ini?

I am forever yours...

Well open up your mind and see like me/
Open up your plans and damn you're free/
Look into your heart and you'll find that the sky is yours/
Please don't, please don't, please don't/
There's no need to complicate/
Cause our time is short/
This oh this this is out fate, I'm yours!

I AM FOREVER YOURS...

Saturday, November 15, 2008

Comot&Comel


That boy with red arrow on his head is Mohd. DzulAzhar bin Nasran. But, well-known with his short but unrelated nickname: Arip (I wonder why...)

Hectic Weeks


Alhamdulillah.. selamat jugak aku sampai di Bandar Sandakan. Tak lama ja 3 minggu berlalu sejak aku outing hari tu. Mungkin disebabkan kesibukan yang berkesangatan. Lepas Deepavali (aku kuar) minggu tu adalah minggu exam jadi agak free sikit sebab aku just ajar 2 kelas perdana (BM tahun 4 dan Math tahun 3) selebihnya adalah kelas pemulihan yang tak termasuk dalam exam sekolah. Walaupun macam tu, aku agak lambat menanda kertas budak2 tahun 3 sebab aku perlu melakukan sesuatu yang hanya aku dan orang-orang yang berkenaan ja yang tau. Perangai cikgu-cikgu ni macam-macam, semata-mata nak nama famous, sanggup lakukan apa ja. Tapi benda tu biarlah dia dan Allah ja yang tahu. Taknak la cerita panjang2 tentang insiden yang memalukan organisasi tempat aku bekerja.

Second week, kerja agak bertambah sebab aku buat Program Bacaan Pantas untuk pelajar-pelajar pemulihan aku. Program khas untuk pelajar-pelajar yang dah pulih dan boleh membaca. Alhamdulillah, walaupun masih ada yang perlu diperbetulkan, tapi pencapaian mereka dah boleh menyaingi kawan-kawan yang lain. Cuma, untuk tahun 2009 aku akan tetap memantau diorang supaya tidak terus tertinggal. Then, minggu itu jugak adalah Minggu PPSMI, and kami buat Pertandingan Spelling B, Story telling, puzzle English dan puzzle Math. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Third week, memang giler hectic nak mampos. Hari isnin ada Program dari Persatuan Bahasa Malaysia pulak. Walaupun sehari ja, tapi hari itu jugak kami kena bersedia untuk Hari Anugerah Kecemerlangan yang tarikhnya terpaksa diawalkan memandangkan tarikh asal (12hb-Rabu) kami kena bersedia untuk event hari khamis. So, bermula malam isnin, tido aku dah tak tentu. Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar, macam biasala, event yang memerlukan komitmen semua orang. Walaupun guru di sekolah ni ada 11 orang dan 1 ktbm tapi huh.. hampeh tol (alemak, terbuka pekung la pula) takpa la tu, sekali lagi, biar mereka dan Allah saja yang tau.. Hari rabu kami kena update files dan clearkan mana yang patut sebab Pengarah sekolah Harian dari Kementerian datang melawat. Menurut mereka, lawatan itu untuk menanda aras bagi memasukkan guru-guru sandaran di sekolah. Kalau nak letak guru baru kat sekolah aku, please la letak guru Bahasa Inggeris, kesian betul budak2 ni terkontang-kanting sebab ketiadaan guru BI.
Apa-hal pun, mesti aku rindu budak2 ni masa 2 bulan di luar.

Aku masih merasa CINTA itu.

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramutersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada disana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu KEJUJURAN

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI

Tetapi Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA!!
Cintaku adalah kesakitan yang teramat... Mungkin hanya aku, Dia dan kamu yang tahu...

Sunday, October 26, 2008

Siapa Pencinta ku? Anda kah?

Doa Si Pencinta

Tuhanku…

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku. Seorang yang sungguh-sungguh mencintaiku lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi di hatinya. Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukku jua.

Wajah cantik dan daya tarik fizikal tidaklah penting, yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintaiku dan memerlukan kasih sayangku…

Dan dia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk siapa ia hidup supaya hidup tidaklah sia-sia. Seorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku. Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku, tetapi juga boleh menasihatiku ketika aku berbuat kesalahan.

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikkan tetapi kerana hatiku, Seorang lelaki yang boleh menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktudan situasi apapun.

Seorang lelaki yang dapat membuatku sebagai seorang wanita ketika aku berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan aku sebagai penegurnya. Seorang lelaki yang sentiasa mendoakanku dalam hidupnya, seorang lelaki yang menginginkan diriku untuk membuatkan hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta padamu Tuhan…

Berikan aku sebuah hati yang sungguh-sungguh mencintaiku sehingga aku dapat mencintanunya dengan sepenuh hatiku pula, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku…berikanlah Rohmu yang lembut sehingga kecantikkanku datang dari mu bukan dari luar diriku…

Akhirnya kami bertemu dan aku berharap kami berdua dapat mengatakan “Betapa besarnya kasihMu kepada kami sehingga Engkau memberikan kesempatan buat kami berdua untuk bertemu”.

“Dan biarlah dia menjadi seorang lelaki yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”

Aku mengetahui bahwa Engaku Tuhan menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau tentukan.
Dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa. Amin.

Friday, October 24, 2008

Deepa(Sedikit Raya)

Happy Deepavali ngan anda semua, sama ada anda orang Melayu, Cina atau India. Kita rakyat Malaysia kena sambut sama2, betul tak? Aku penah nampak objek ni, kat mana ya?:

Bunga Api


Lama jugak aku tak update cerita. Lepas raya and balik sekolah, aku kena consentrate ngan banyak benda. Reports, ulangkaji, paperworks untuk aktiviti lepas exam, assignments.. bla..bla.. tido.. hehehe.. Kesihatan pun merosot, mungkin ni gara-gara pil yang kakak aku suggestkan masa raya tu. Lepas makan pil tu, aku tetiba hilang selera makan, pastu cam kurang tenaga, kepala takleh fokus, mata asyik nak tetutup ja. Badan makin susut... :(
Ada benda akan berlaku ngan aku, tunggu ja la nanti ;) mungkin akan membantu menceriakan aku semula.

Tuesday, September 23, 2008

cintaku di mana? :(

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"


Friday, September 19, 2008

Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”
Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
.............................
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
.................

Tagged

Aku jarang buat tagged ni tapi demi kamu wahai Ibu Nuha ku sayang.. aku relakan jua.. here it goes...

1) What is the most important thing in your life?
my faith to Allah

2) What is the last thing that you bought with your own money?
henfon baru! ;) sony ericsson K530i. Tak sampai 5 jam hihi.. pastu, minyak gosok, Sam Po (Promoted by Anis ;P) sebab sebu lepas bebuka...

3) Where do you wish to get married?
Mekah.. really!!

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
Dunia akhirat.. InsyaAllah...

5) Are you in love?
Macam nak mati ja jatuh cinta ngan dia..

6) Where was the last restaurant you had dinner?
hmmm.. pasar malam tepi laut pinggir Sandakan.. bukak posa tadi.. Alhamdulillah..

7) Name the latest book that you bought?
Al-Quran kira buku jugak ka? Aku beli baru ja tadi.. Al-quran kecik, leh bawak sana sini.. so cool.. nanti aku nak letak gambarnya nanti ;)

9) Do you prefer your mother or father?
Aiyoh... Tanpa ayah dan ibu sapa la aku...

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Chad Kroger (Vocalist Nickleback)

11) Christina or Britney?
Avril please..

12) Do you do your own laundry?
Every day

13) The most exciting place you want to go?
Definitely, Niagara Falls.. aku mau sangat ke sana!!

14) Hugs or kisses?
Hug, kisses... gomol.. hahahaha

15) 8 things I am passionate about:
Outing (from Terusan Sugut), Tgk senyuman budak pemulihan aku, got at least 1 bar line di henfon aku, internet di Klinik Desa Terusan Sugut, movie, thrillers, mau pi camping, haiya! banyak jugak ni, nanti la sambung....

16) 8 things I say too often:
sayang, aiyak!, adede, hek'elleh, ye laa, apa nya?,

17) 8 books I’ve read recently:
Aku baca Dan Brown's Da Vinci Code for the 8th time, Nemesis by Bill Napier, Doomsday Conspiracy by Sidney Sheldon, Ayat-ayat cinta buat ke 3 kalinya, Feng Shui 2008, Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4, Buku Teks Matematik Tahun 3 dan EReM (Educational Remedial)

18) 8 songs I could listen to over and over again:
Current songs list: Used to, Home and What about Now dari Daughtry.
Selalu dengar lagu: If Tomorrow Never Comes by Ronan Keating.
Pasang sejuta kali takkan boring dengar lagu ni: Negaraku and Sabah Tanahairku. hihihi

19) 8 things I learned last year:
LAst year banyak benda aku blaja, bukan stakat lapan ja.. nak kena sebut jugak ka? aiya.. nanti la.

20) Tag 8 people:
Tanak tag sapa-sapa.. aku budak baik.. tanak nyusahkan kamu2.. ehhehe
selamat hari raya.

Tuesday, September 09, 2008

Eid Fitri



Selamat berpuasa buat sekalian umat Islam di muka bumi. Dan juga selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba.

Kepada anda yang nak balik kampong, ingat-ingatlah orang yang ditinggalkan di sini. Kalau nak bertunang ka atau berkahwin ka, jangan sorok-sorok k. Jangan malu-malu nak gitau walaupun sekadar 3 patah perkataan “Saya mau kawin”. Kang aku jumpa kamu, tetiba inai dah separuh kuku, aku potong jemari runcingmu dengan lengan-lengan sekali.

Kepada anda yang tak jadi bertunang, bila la pula tarikh penundaan seterusnya? Aku suggest, 20hb 02 2020? Cantik jugak tu. Jangan tunggu lama-lama encik oi, nanti dikebas orang, sengih cam kerang busuk ja nanti. Sapa nak tanggung. Sila panggung ja la kamu. Aku takmau tanggungjawab masalah kamu. Ingat itu.

Kepada anda yang sepatutnya dah kawin, sedar-sedarlah diri sikit, kau tu dah tua… bawak-bawak la bertaubat sempena bulan rahmat ni. Pi la jenguk-jenguk jodoh kat luar tu, mana la tau jumpa yang boleh dibuat laki.

Bagi yang belum berpunya, jangan terbawa nafsu… kalau belum jumpa yang terbaik untuk diri jangan pandai-pandai main bantai ja. Ingat kawin tu sesenang mengucapkan aileviu? No way! Pi ambik kapak dulu, tengok hati dia kalau hitam, cincang terus! Biar pupus semua lelaki-lelaki tak guna di dunia ni. Aman.

Bagi anda yang tersepit di antara dua pilihan, jangan la pulak pilih pakai dadu. Ini masa depan, bukan permainan Snake and Ladder. Nanti kang bukan setakat kena patuk ular, kena lagi hempap ngan tangga, tangga sekarang ni bukan buluh k, konkrit beb, sekali hempap, Innalillah…

Yah, semuanya memang berkaitan dengan yang masih hidup dan bernafas. Kalau kamu terasa itu kamu, apa yang kamu akan buat. Jangan buat bodoh ja, sebab aku tulis memang ditujukan untuk kamu.Do something la weh!


Okehlah, kepada kamu yang merasa aku pernah buat salah ngan kamu, tolong la maafkan aku. Aku tak tau bila aku ada masa lagi nak minta maaf, tolong dengan sangat. Aku tak tau lagi bila akan jumpa kamu dan kamu lagi. Mana la tau semasa bersama-sama kamu, kamu ada berkecik hati dan terlupa nak memaafkan aku. Pada kamu yang tengah baca ni, tutup mata jap and bisik kat hati “Apa jua kesalahan Jamal kepada aku, aku maafkan” Okeh, buat sekarang.. Terima kasih kerana berkerjasama. Moga Allah memberi rahmat kepada orang pemaaf seperti kamu. Kalau ada rezeki jumpa nanti, claim duit raya dari aku sebagai balasan.Okeh? Alemak rasuah la pulak. Hihi.

Virus benci

Memory card kamera aku takleh pakai, laptop aku kritikal, external harddisk di ambang bahaya. Thumb drive takyah cakap la memang lingkup dah awal2. Even CD installer pun infected! Dahsyat! Salute sangat pencipta virus ni. Kalau aku jumpa dia, aku nak berguru ngan dia pastu aku hack balik semua apa yang dia buat biar dia tahu dunia ni ada hukum karma. Mungkin kalau aku dah terlebih terror, aku cipta virus yang boleh jangkit hardware gak, tetiba tetikus dia menari-nari kat pad. Atau monitor dia tetiba flip-flop Atau tetiba keyboard dia bergerak sana-sini membentuk perkataan **** *** atau ****. Huhu.. padan muka.