Sunday, May 28, 2017

Ramadhan 2017

Terus terang ok.

Aku dah nak masuk 5 tahun duduk sini. Malam semalam adalah 1st time aku terawih di surau sini. Akupun tak tau knapa selama ni aku tak pegi. 😣

Selamat berpuasa and selamat bercuti and selamat menjahit baju and everything lah!

Wednesday, May 24, 2017

Muzik of my life

Aku tak pasti knapa tiba2 aku agak slow dengar muzik. Mungkin sebab bila aku start ada anak. Smua kena control. Kalau pasang muzik nanti ganggu dia tido ke apa kan. Atau mungkin sebab radio kereta dah out. Ye lah, tu je time aku nak dengar pun. Kadang kalau pasang muzik dari fon pun, tak berapa dengar sangat. Sibuk pikir, sampai sekolah nnti nak buat apa. Nak masuk kelas terus ke atau p kantin dulu ke, BBM dah siap ke tak, budak smua hadir ke tak.

Pastu, baru ni Arip pasang lagu2 lama. Kira mcm mengimbau kenangan jugakla. Terus rasa rindu. Baru perasan balik yang muzik sangat bagi effect ngan mood.

Hari ni mood rindu suami sebab macam dah lama sangat tak jumpa dia. Jumaat lpas pegi naik Yong Belar. Balik isnin pagi. Selasa dah pegi PD, ada program plak d sana. Come on Thursday! Cepat sikit datang boleh??

Yup! He is the music of my life!

Tuesday, May 23, 2017

Kopi

Budak kampung macam Aku takkan ingat apa beza rasa cappuccino dan mocha. Tapi aku akan sentiasa ingat macamana rasa gabungan rasa manispahitpekat kopi yang nenek aku buat. Ever!

Selamat mengopi everyone!

Monday, February 22, 2016

Aaira @Tadika Ho - 1st Day

First day Aaira ke sekolah bukan 4 Januari sebab Tadika Ho nak settlekan budak2 5&6 tahun hari tu. Dia start pada 6 Januari 2016 (Rabu). So, kira ok laa.. sempat jugak aku nak apply leave. Hehehehe.. Excited telebih sampai ambik cuti.. Ye laa.. ini kan satu fasa terbesar dalam hidup kami. Hari tu jugak Arip apply cuti.

Pagi2 lagi dah ready tapi kluar umah 5 minutes before 8 sebab konon Tadika tu sangat dekat dan kami rancang nak naik moto je. Senang nak parking. Sekali motor taknak start. Keluar peluh jantan Arip start motor pakai pedal apa tah yang kat bawah tu. Dalam jam 8.10 minit baru bertolak. Sampai je, budak2 lain tengah main lego. Cikgu dia Indian lady.





Senarai nama Classmate Aaira. 4 org je Chinese

:) Dapur



Saturday, January 23, 2016

Aaira @Tadika Ho - Registration

Wah! Anak aku dah boleh masuk tadika!.. 

Walaupun Aaira tak berapa nak pandai bercakap lagi (boleh cakap tapi masih sangat pelat), kami (aku n arip) nak jugak dia masuk tadika dah.Nak bagi dia bermain dan jumpa kawan2.. Kadang kesian jugak dengan dia, asyik duk umah je. Memang Aaira boleh main sorang2 tapi lagi best kalau dia bergaul dengan kawan2 dah. Dari dulu lagi kami memang dah rancang nak masukkan Aaira ke Tadika Ho. Tadika ni dekat je ngan umah. Kalau ikutkan, ada lagi tadika Little Caliph yang selang beberapa umah je dr rumah ni, tapi kalau boleh kami nak jugak dia ada pendedahan Mandarin. Bukan tak percaya dengan bahasa sendiri yee.. Tapi bukankah lebih baik kalau kita or anak2 menguasai lebih banyak bahasa kannn... Hopefully Aaira boleh belajar dan bertutur dengan baik.

Alkisahnya bermula pada ujung November, tak ingat sangat tarikhnya. Aku call Tadika Ho lpas tengok number fon di internet wlupn dorang ada je dorang pasang banner and letak number fon jugak, tapi selalu tak dan nak ambik sebab Tadika tu memang betul2 tepi jalan. Nak stop di bahu jalan mcm tak best walaupun ramai jee orang buat mcm tu.

Bila call je, sekali dering dah bersambut and Chinese men yang berckp. So lepas bagitau yang aku nak masukkan anak 4 tahun, dia ckp boleh je datang anytime. Dia suh bawak duit RM 250. Pendaftaran RM 50 dan RM 200 utk advance payment january. Petang tu jugak aku pegi sana. Rupanya Chinese men yang sambut call aku tadi, dia pya guru besar.. Hebat betul guru besar ni jadi kerani. Heheheh

Dia suruh bagi detail Aaira, detail parent and dia bagitau dalam awal disember diorang call lagi. 

Bulan Disember dia call lagi, bagitau yang aku boleh datang ke Tadika tu untuk test uniform and benda2 lain la. Dia pesan jugak jangan lupa bawak duit utk bayaran. Bila aku tya berapa.. Dia berkira2 dalam RM 700++.. Terkedu sebentar jugak la.. Sebenarnya, tak sangka bayarannya pada aku agak mahal, tapi nak wat cemana kan.. Gagahkan jugak keluarkan note purple yang masih keras2 lagi haaa.. :p Mungkin bayaran tadika lain macam ni jugak kottt... Dia bagi list utk bayaran tu.. So, memang ok laa... 

Balik umah, tengok buku.. Maknya yang excited! ahahahhaaha



Monday, December 07, 2015

IKEA CHERAS

Salam sejahtera..

Sejak pertama kali menjejak kaki ke IKEA Damansara, hati memang dah jatuh hati. Sentiasa berangan untuk dapatkan ruangan yang selesa macam showroom IKEA tu. Sejak kami dapat rumah ni pada tahun 2010, secara berdikit-dikit kami penuhkan dengan barang-barang dari IKEA. Walaupun duit taklah banyak sangat tapi kami cuba dapatkan suasana yang selesa seperti yang kami bayangkan. Nasib baiklah aku dan Arip selalu setuju dalam banyak hal berkaitan rumah ni. 

Bila IKEA buat pengumuman akan buka cawangan baru di Cheras, aku ngan Arip lagi excited. Yeay!! Tak payah lagi menempuh perjalanan dan jem Serdang-Damansara. 

Dengan semangat berkobar2 pada Sabtu lalu (5 Disember 2015), selepas menghadiri 2 kenduri kawin yang dibuat di Bangi dan Uniten, kami pun menuju ke IKEA Cheras yang terletak di Jalan Cochrane. Mula bertolak dari Uniten pada kira2 jam 4pm. Sampai area IKEA dalam jam 4.30 laa.. kira ok laa tu... Tapi.. Mak aih!!.. Jem gila kotttt!! Tak tau nak masuk parking dekat mana. Kami dah sampai tapi takleh nak masuk. Terpaksa tawaf and then u turn balik nak cari parking. Kami tengok banyak kereta yang dah parking tepi2 and menapak je masuk dalam IKEA. Apa kah hal?? 

Maka kami tanpa putus asa, parking je dekat tepi... Tetiba.. pintu masuk parking terbuka depan mata.. Aik.. Mati2 Arip ckp dia nampak memang dia letak kon dekat depan tu. Hmmm.. Maybe dorang masih lagi buat construction dekat dalam sebab di luar bangunan masih banyak lagi area yang perlu di bangunkan.. Tak sabar betul la dorang ni nak bukak walaupun tak siap lagi. 

Pintu masuk adalah pintu yang menuju ke cashier, jadi bayangkan betapa sesaknya. Kalau nak masuk terpaksa menempuh orang dah lepas bayar pastu ada yang berbaris nak beli karipap sebelum balik. Flow memang tak berapa nak betul lagi laa.. Tapi masih boleh dimaafkan sebab dah tau belum perfect sepenuhnya.

Suasana di dalam sama je ngan IKEA Damansara. Sesak masa nak beli makanan pun sama je.. Redha ngan kesesakan ini. Harap2 suasana ni kejap je.. esok2 kalau semua org dah less excited ngan pembukaan cawangan ni, harapnya kuranglaaa orang yee.. Arip pun berjanji tak mau datang sini selagi belum siap sepenuhnya... 

Masa nak balik lagi huru-hara... Panjang gila kot barisan nak bayar parking. Dorang kena banyakkan lagi mesin autopay atau buat satu sistem masa buat payment di kaunter ke.. Tapi memang gila laa.. dekat sejam jugak tunggu Arip berbaris... Nasib baik Aaira boleh entertain diri sendiri dan Amin pun tak banyak songeh. 

Peringatan kepada yang lain, kalau nak tapau Swedish Meatball balik rumah, bawak bekas sendiri yeee...

Tuesday, December 01, 2015

Tuhan sahaja yang tahu betapa aku sangat ingin update whatever yang terasa nak share. Bukan hanya sekadar share to the world dan open up semua2 tentang kehidupan, tapi sepertinya impian semasa mula2 nak bukak blog : Diari.

Yup, so far internet tak pernah mengecewakan kalau nak preserve memories. Bole scroll anytime, as long as ada internet connection. Memang ramai ingatkan yang jangan nak share everything sebab kita tak tau people's intention, kadang memang tak betul. Tapi berserah sahaja kepada Allah untuk melindungi kita dari keburukan hati orang lain. 

So, here I am.. again... harap lepas ni, rajin la update. 

Life update so far, dah kawin ngan Encik Arip ni sejak 2008, make it 7 tahun. Anak dah dua, Aaira Safiyyah (3 tahun) dan Ahmad Al-Amin (1 tahun). 

Say hi everyone!